Social Icons

30 March 2015

Kepentingan pemakanan sihat terhadap ibu yang mengalami Diabetes Melitus Gestasi

 
Kepentingan pemakanan sihat terhadap ibu yang mengalami Diabetes Melitus Gestasi 



Diet yang seimbang semasa mengandung akan memberikan bayi anda satu permulaan hidup yang sihat. Diet yang baik dapat :
  • Mengawal aras glukosa di dalam darah
 - Ibu perlulah mengambil makanan yang rendah kandungan gula serta rendah indeks glisemik. Ini dapat mengekalkan aras glukosa dalam darah pada julat normal ( 4.0 mmol/l - 6.0 mmol/l )

  • Memastikan kenaikan berat badan ibu yang sesuai semasa hamil
- Memastikan diet ibu mengandungi karbohidrat, buah-buahan, sayur-sayuran, protein, susu dan produk tenusu, serta mengurangkan pengambilan gula dan lemak.
  • Membantu mengelakkan kecacatan kelahiran bayi     
- Kecacatan kelahiran seperti spina bifida mempunyai hubungan yang rapat dengan diet ibu . Nutrisi yang baik dan seimbang merupakan asas pembinaan yang penting bagi tubuh badan yang sihat.

  • Membantu dalam proses melahirkan bayi dengan lebih mudah 
- Apabila tubuh ibu mendapat nutrient yang cukup dan seimbang , tubuh badan akan berada dalam keadaan yang baik dan sihat. Nutrient tertentu seperti zinc dan protein mempunyai hubungkait dengan proses bersalin dan juga kesihatan uterus.

  • Melindungi bayi dan ibu daripada infeksi
- Vitamin seperti vitamin C diperlukan untuk menguatkan sistem pertahanan tubuh bayi dan ibu.

  • Mengurangkan risiko keguguran bayi: 
- Diet yang baik membolehkan plasenta untuk bertumbuh dengan sihat serta dalam keadaan yang baik . Diet yang baik juga boleh memenuhi keperluan nutrients bayi. Plasenta yang sihat mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengalami keguguran.

  • Bayi akan menjadi lebih sihat
Diet yang sihat akan memberi kesan yang positif terhadap berat badan bayi semasa kelahiran dan juga kesihatan bayi kelak.

  • Melindungi ibu daripada anemia
Kekurangan ferum ( zat besi ) disebabkan oleh diet yang tidak seimbang. Aras ferum yang rendah dalam tubuh menyebabkan keletihan dan juga komplikasi yang lain.

Hubungi saya di sini:
PM : https://www.facebook.com/preciousInsyirah
Sms/Whatsapp : 012-6874142
Blog : http://preciousinsyirah.blogspot.com/
Be 1 Of Our Team!!! 


kt: gdmcares

No comments:

Post a Comment

Testimoni Shaklee

Testimoni (47)
 

Shaklee Different

Shaklee Different

Ziarah Blogku