Social Icons

26 September 2013

Bertenaga Awal Pagi...Hoyeay!!!

Anda kerap letih???
sukar bangun waktu pagi???
Nak diet tapi sukar???
 

 Kini tidak lagi dengan pengambilan "Set Diet Shaklee- Bcomplex&Lechithin"...

Cik Nora Ngaland,
Tidak lagi merasa penat & sukar bangun pagi walaupun tidur lewat malam. Malah makin bertenaga bila bangun awal pagi dan badan tidak letih..
 
 

Suplemen yang diamalkan ialah Bcomplex & Lechithin:
Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik
Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B yang Lengkap dan Seimbang

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan
      menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada
       tenaga.*
•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel
      darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang
      mencukupi dalam diet harian membantu mencegah
      kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang
      kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu
      tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*
Lecithin

Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf.  Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.

Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi  daripada kacang soya.Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin.

Bagaimana ia berfungsi?
Bcomplex
menukarkan makanan yang kita makan kepada tenaga, Ia juga mengurangkan symptom kemurungan serta tekanan @ stress, dalam masa yang sama meningkatkan fungsi otak. Yang paling menarik dalam Bcomplex ini ia menjadi pengalak kepada kesihatan jantung, metabolisma tenaga dan replikasi jantung yang sihat.

Lechithin
Memecahkan lemak & menolong mengurangkan berat badan di samping menurunkan paras kolesterol dalam serum. Bagi yang nak diet lechithin ini juga mengekalkan fungsi optimum otak.. para ibu yang menyusukan anak, pekerja & pelajar boleh mengambilnya.

~ Precious Insyirah~
¤Unik & Ingin jadi luar biasa¤
sms/whatsApp 0126874142

24 September 2013

Bakar,Buang,Bina



Oh tidak! penimbang anda makin bertambah kiraannya....
Rasa menangis, diet tapi tak turun juga berat badan.
Tiada yang mustahil jika anda mampu menurunkan berat badan.. Hanya dengan 3 langkah mudah...

<<BAKAR---->BUANG----->BINA>>

SET DIET SHAKLEE:
3 Langkah untuk Menurunkan Berat Badan dengan Shaklee...
 
 
~LANGKAH PERTAMA : DETOX
Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Agen yang sesuai untuk detox adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa.
Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah SEMBELIT.
Herb-lax tidak di galakkan diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak.

~LANGKAH KEDUA : MEMECAHKAN LEMAK
Proses memecahkan lemak boleh dilakukan dengan mengambil Lecithin atau omega. Lecihtin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membran.
Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.

Walau apa juga supplemen yang anda makan untuk kurus anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda, jangan makan sesuka hati.
Kena kurangkan lemak dan minyak , rajin bersenam dan banyakkan minum air. Sekurang-kurangnya 3L sehari.

~LANGKAH KETIGA : MEMBINA OTOT DENGAN PROTEIN
Protein sangat diperlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan ESP/ MealShake (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)

Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan,pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%... Cth makanan yg kaya protein kacang soya, ikan, telur, hasil tenusu(susu,keju,yogurt), kekacang, avokado, ayam, tauhu

Berminat Boleh PM Precious Insyirah @ sms 0126874142
Free Consultation untuk para pelanggan kami.
 

19 September 2013

Menangis Stretch Mark & Gastrik Hilang Selepas Bersalin

 
>>Anda Punya "Stretch Mark" selepas bersalin?
>>Tidak boleh salah makan?
>>Jangan terlewat makan?
>>Perut anda pedih jika berPUASA?
>>GASTRIK yang kerap menyerang?

 Cubalah Energizing Soys Protein Untuk mengatasi masalah tersebut.

~Kebaikan Shaklee ESP:
• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada
keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian
menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

Sekiranya anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut hubungi saya:

Hubungi Arma di sini:
PM :
https://www.facebook.com/preciousInsyirah
Whatsapp : 012-6874142
Blog :
http://preciousinsyirah.blogspot.com/
Like My Page : https://www.facebook.com/pages/Precious-Insyirah-Wardrobes/166433056756447
Jika anda walk in ke mana-mana branch boleh gunakan id saya 858240 untuk dapatkan harga diskaun 15%-20%.

~Anda boleh dapatkan dari saya atau anda boleh dapatkan Shaklee di Cawangan seluruh Malaysia dengan ID saya, dan jaminan saya untuk anda:
1) FREE Consultation & After Sale Service (bimbingan exclusive dari saya)
2) Harga Terbaik dan Mampu Milik
3) Nikmati layanan ISTIMEWA &EXCLUSIVE di secret group customer saya
See More

ESP & Gabungan Kombinasi Hebat

Anda ingin Sihat, anggun dan cantik semulajadi? dalam masa 30hari?
Energizing Soys Protein adalah jawapannya. (^_^)


 Terdapat pelbagai gabungan set kombinasi mengikut keperluan anda.

Untuk pengetahuan anda,
~ESP - Soy Protein Isolate Powder (850gram)
Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

  ~Kebaikan Shaklee ESP:
• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada
keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian
menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

Sekiranya anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut hubungi saya:

Hubungi Arma di sini:
PM : https://www.facebook.com/preciousInsyirah
Whatsapp : 012-6874142
Blog : http://preciousinsyirah.blogspot.com/
Like My Page : https://www.facebook.com/pages/Precious-Insyirah-Wardrobes/166433056756447
Jika anda walk in ke mana-mana branch boleh gunakan id saya 858240 untuk dapatkan harga diskaun 15%-20%.

~Anda boleh dapatkan dari saya atau anda boleh dapatkan Shaklee di Cawangan seluruh Malaysia dengan ID saya, dan jaminan saya untuk anda:
1) FREE Consultation & After Sale Service (bimbingan exclusive dari saya)
2) Harga Terbaik dan Mampu Milik
3) Nikmati layanan ISTIMEWA &EXCLUSIVE di secret group customer saya

Pengalaman pertamaku berShaklee

Assalammualaikum wth sahabat2 yang dirahmati Allah.
Hari ini Arma ingin berkongsi pengalaman pertama sejak bila menggunakan suplemen shaklee.
Mula menggunakan shaklee masa berpantang anak ketiga. Sebelum bersalin memang nekad ingin menyusukan anak sepenuhnya. Google punya Google terjumpa 1blog yg penuh info mengenai penyusuan dan suplemen shaklee.  Tadaa... blog ummie iffah.
Saya Mahu sihat. Com
Memang best masa tu..rasa teruja sgt2 ingin menyusukan anak..♥
Mula-mula cuba set percubaan basic penyusuan. Memang tawakal sangat2. .
Bila set penyusuan sampai..belek2 dan tengok besar betul suplemen ini...hati terdetik..tak mengapa Arma cuba dan tawakal sepenuhnya pada Allah.  (^___^).
Nanti Arma akan cerita apa yang berlaku masa nak bersalin...
Waiting for my story..☆☆☆

Armawati @ Precious Insyirah
~Unik & Ingin Jadi Luar Biasa~

Emergency Ceaser Huwaaa!!!

Selang hari demi hari...akhirnya saat yang di tunggu pun tiba..
Tengahari itu masa 18 April 2011, mandi tenghari untuk solat Zuhur..tiba-tiba ada tanda lendir+darah... oppss ini macam nak bersalin terdetik dalam hati..
Tapi aku cool je..buat macam biasa...mandi puas-puas...buat apa yang patut dan solat.
Lepas tu..aku telefon suami di pejabat dan mengatakan dah turun tanda..tapi tak sakit lagi...

Suamiku punyalah takut..aku terberanak..dalam 30minit dah sampai rumah..terkejut aku yg tengah makan tengahari dengan masakan kegemaran ku. (^_^). Suamiku tanya.."Ma sakit tak?.. aku senyum dan geleng kepala"
Dia pun makan tengahari disebelahku...
Masa itu..ank ke duaku ada dirumah..manakala sulong disekolah.

Lepas packing barang2 untuk ke Hospital Kulim,  rasa berdebar2 sangat. Aku buat-buat relak..tapi dalam hati berdebar2...
Sapa tak takut bersalin... Tawakal kepadaNya...
Ok..nanti Aku cerita apa yang berlaku dalam wad bersalin... ^_^..
Tunggu tau..cerita selanjutnya...nak gosok baju anak pagi ni dan nak buat sarapan pagi...

Salam Sayang
Armawati Ariffin @ Precious Insyirah
~Unik & Ingin Jadi Luar Biasa~

10 September 2013

Bahaya Rokok Kepada Kesihatan

Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak
Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat

Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.
Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.

Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak

  • Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda.
  • Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
  • Jagalah mereka, sayangi mereka.
  • Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
  • Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
  • Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.
Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk
  • Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
  • Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
  • Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
  • Kualiti sperma anda akan terganggu.
  • Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.
Hubungan Seks Anda Akan Terganggu
  • Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
  • Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
  • Selamatkan diri anda dari mati pucuk
  • Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.
Fikirkanlah Tentang Pasangan Anda

Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni. Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumah tangga.

Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda.

Merokok Mengakibatkan Strok

  • Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
  • Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
  • Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
  • Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
  • Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.
Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok
  • Merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
  • Bantulah diri anda.
  • Amalkan cara hidup sihat.
  • Jangan merokok.
Berhenti Merokok
  • Jangan merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.
  • Lakukan aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi.
  • Hidup akan lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
  • Luahkannya dengan cara positif.
  • Bergiat aktif. Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.
Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung

Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.

Sayangkan Jantung Anda

  • Merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan asap rokok membunuh anda.
  • Jauhilah diri dari asap rokok basi.
  • Belajarlah menyayangi jantung anda.
  • Jangan merokok.
Fakta Membimbangkan Akibat Merokok
  • 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
  • Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
  • Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
  • 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
  • Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
  • Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.
Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru

Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali.

Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru

  • Setiap sedutan membawa padah.
  • Kenapa harus meracuni diri?
  • Jangan biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
  • Selamatkan diri dari kanser paru-paru.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.
Keluarga Anda dan Orang Tersayang

Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru. Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka. Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.

Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.

Sumber:
InfoSihat

Uruskan tekanan Darah Anda

Mengapa Urus Tekanan Darah

Tekanan darah tinggi adalah faktor paling jelas bagi penyakit jantung. Apabila tekanan darah anda berada dalam julat yang sihat, anda akan mengurangkan tekanan pada jantung, arteri dan buah pinggang anda yang mana menjadikan anda lebih sihat lebih lama.

Periksa tekanan darah anda.Tekanan darah tinggi, yang juga dikenali sebagai hipertensi, bermaksud darah yang mengalir dalam arteri anda mengalir dengan daya yang terlalu tinggi dan memberi tekanan kepada arteri anda, meregangkannya melampaui hadnya yang sihat dan menyebabkan koyakan mikroskopik (koyakan halus). Badan kita kemudiannya bertukar kepada mod penyembuhan untuk membaiki koyakan ini dengan tisu parut. Namun malangnya, tisu parut ini memerangkap plak dan sel-sel darah putih yang boleh membentuk sumbatan, darah beku, dan arteri yang mengeras dan lemah.

Dengan mengekalkan tekanan darah anda dalam julat yang sihat, anda:
  1. Mengurangkan risiko untuk melampau regangkan atau mencederakan dinding salur darah anda.
  2. Mengurangkan risiko sumbatan yang juga melindungi jantung dan otak anda.
  3. Melindungi seluruh badan anda agar tisu-tisu anda mendapat bekalan tetap darah yang kaya dengan oksigen yang diperlukannya.

Apakah Akibat Tekanan Darah Tinggi?

Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh mencederakan atau membunuh anda. Ianya adakalanya digelar “pembunuh senyap” kerana ia tiada tanda. Lebih kurang 80% penduduk dunia pernah mendapat hipertensi dalam hidup mereka dan satu daripada tiga orang dewasa mempunyai tekanan darah tinggi, namun, ramai yang tidak menyedari mendapatnya. Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal membunuh ramai orang dan mendatangkan huru-hara pada banyak mereka yang masih hidup dengan menyebabkan penyakit jantung dan angin ahmar (strok).

Sumbatan dan darah beku bermakna kurang darah dapat sampai ke organ-organ penting kita, dan tanpa darah, tisu-tisu mati. Itulah sebabnya tekanan darah tinggi boleh membawa kepada angin ahmar, serangan jantung, kegagalan buah pinggang, malah kegagalan jantung.


Apa Yang Boleh Saya Lakukan Untuk Mengurangkan Tekanan Darah Saya?

Ini satu berita baik! Tekanan darah tinggi adalah boleh diurus. Tidak kira tekanan darah anda adalah tinggi atau normal (normal adalah kurang daripada 120 mm Hg sistolik DAN kurang daripada 80mm Hg diastolic atau <120/80) pengubahsuaian gaya hidup di bawah memberi pelan hidup jantung-sihat yang hebat untuk kita semua.

Tambahan lagi, perubahan-perubahan ini boleh menurunkan tekanan darah anda tanpa menggunakan sebarang ubat preskripsi:

- makan makanan yang sihat-jantung, yang merangkumi pengurangan garam dalam makanan;
- menikmati aktiviti fizikal tetap dan mengekalkan berat yang sihat;
- mengurus tekanan, tidak mengambil alkohol, dan mengelak asap tembakau.

Sumber: eKesihatan

Turunkan Berat Badan Anda & Sayang Jantung Anda

Jika anda ada terlalu banyak lemak – terutamanya jika kebanyakannya pada pinggang anda – anda berada pada risiko yang lebih tinggi bagi masalah-masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kolesterol darah tinggi dan kencing manis. Dan anda tidak sendirian! Lebih 60% dari rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% dari jumlah itu berada dalam kategori obes. Statistik ini adalah mencemaskan kerana obesiti sekarang dikenalpasti sebagai faktor risiko utama dan sendirian bagi penyakit jantung.Turunkan Berat BadanBMI anda: Indeks jisim tubuh (BMI) menilai berat badan anda relatif kepada ketinggian. Ianya satu ukuran komposisi tubuh yang berguna kerana ia menghubungkaitkan lemak tubuh dalam kebanyakan orang. Jika indeks jisim tubuh anda ialah 25.0 atau lebih, anda akan mendapat manfaat dengan menurunkan nombor anda ke bawah 25. Jika BMI anda adalah 30.0 atau lebih tinggi, anda pada risiko jelas bagi mendapat masalah kesihatan jantung.

Mengapa Menurunkan Berat Badan Penting Untuk Kesihatan Saya?

Bayangkan membawa beg galas 10 kg sepanjang hari, setiap hari. Ia membebankan, samalah juga seperti berat badan berlebihan. Apabila anda membuang lemak berlebihan dan berat yang tidak diperlukan, anda mengurangkan beban jantung, paru-paru, salur-salur darah dan tulang-tulang anda. Anda memberikan diri anda pemberian untuk hidup dengan aktif, merendahkan tekanan darah anda dan juga membantu anda rasa diri lebih baik dan yakin.


Apa Yang Boleh Saya Buat Untuk Menurunkan Berat Badan?

Jika anda terlebih berat badan atau obes, anda boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung dengan menurunkan berat badan dan mengekalkannya. Malah menghilangkan seserendah dua atau tiga kilogram boleh memberikan penurunan tekanan darah yang dramatik.

Ketahui keperluan kalori anda: Apabila merancang untuk menghilangkan berat badan, ianya penting untuk memahami apakah pengambilan kalori yang disarankan yang perlu bagi jantina, umur dan tahap aktiviti fizikal anda.

Kesan dan jejak kalori anda: Walau jika anda menjejak apa yang anda makan selama beberapa hari, anda akan belajar banyak tentang tabiat anda. Kira jumlah kalori makanan yang anda makan berbanding dengan kalori tenaga yang anda gunakan pada tahap aktiviti fizikal anda. Ianya adalah berkaitan dengan mengimbangkan kalori masuk dan kalori keluar, dan belajar merancang sewajarnya untuknya.


Sumber: Laman Kesihatan

Hubungi saya sekarang:
WA/SMS : 0126874142 Arma Ariffin
BLOG:
http://preciousinsyirah.blogspot.com/
Like My Page:https://www.facebook.com/pages/Precious-Insyirah-Wardrobes.

Utama penjagaan kesihatan, elak bawa maut ~Gout

Gout iaitu sejenis penyakit sendi, sering dianggap penyakit biasa yang tidak serius dan mengancam nyawa. Golongan berisiko tinggi menghidap penyakit itu ialah mereka yang berusia lebih 40 tahun. Pengumpulan asid urik, gemuk, tekanan dan kerosakan buah pinggang antara penyebab gout yang lazimnya lebih ramai dihidapi lelaki berbanding wanita.

Bagi mengurangkan kesan serangan gout dan menikmati kehidupan lebih baik, berikut disertakan 7 panduan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah gout.

1) Kekalkan hidrasi

Mengekalkan hidrasi dalam tubuh amat penting bagi semua orang dan bukan hanya tertumpu kepada mereka yang mempunyai penyakit gout. Badan manusia kebanyakannya terdiri daripada air dan air yang diperlukan bertanggungjawab mengepam toksin dalam badan dan membawa nutrien kepada sel tubuh.

Dalam kes berkaitan gout, asid urik yang berlebihan akan membina sendi yang menyebabkan serangan penyakit itu dikumuhkan dalam air kencing. Jadi, apabila tubuh terhidrat, ia mampu mengusir asid urik dengan kerap kencing supaya ia tidak akan terkumpul di dalam sendi.

2) Elak minuman keras

Alkohol akan menyumbang kepada masalah dehidrasi dalam badan. Apabila protein daripada yis di dalam bir dipecahkan ia akan tercipta asid urik. Serangan gout akan semakin serius jika berlaku dehidrasi. Banyak alkohol diperbuat daripada yis.

3) Elak beli ubat gout di kaunter

Ada beberapa jenis ubat-ubatan gout yang perlu dielakkan. Paling lazim dijual ialah aspirin dan diuretik iaitu ubat membantu membuang air daripada badan.

Aspirin dikesan boleh menyebabkan paras asid urik dalam badan menjadi tinggi dan boleh menyebabkan lebih banyak serangan gout. Diuretik pula berfungsi membuang air daripada badan. Cuma air yang sama bagaimanapun diperlukan untuk melupuskan asid urik yang berlebihan.

Jika doktor menasihatkan supaya pesakit mengambil aspirin dalam dos rendah setiap hari atau diuretik untuk masalah jantung, orang itu perlu terus mengambil ubat berkenaan kecuali mereka dinasihatkan untuk berhenti. Pesakit gout dinasihatkan menghapuskan penyebab gout untuk mengurangkan serangan.

4) Makan secara sihat

Makan dengan betul. Minum banyak air kerana ia sangat penting untuk pesakit gout. Ada diet khas untuk pesakit gout yang boleh mengurangkan beberapa jenis makanan yang mengandungi purine kerana bahan itu dipecahkan oleh badan sekali gus menyebabkan tahap asid urik meningkat.

Cara terbaik mengurangkan pengambilan daging merah, mengelakkan alkohol dan memakan banyak tenusu rendah lemak, buah-buahan dan sayu-sayuran. Apabila seseorang itu diserang gout, doktor akan memberikan diet gout lengkap untuk membantu mengelakkan ia semakin meningkat.

5) Mengekalkan berat badan

Satu perkara penting bagi pesakit gout ialah mengekalkan berat badan. Jika gagal menyebabkan jumlah asid urik dalam badan juga meningkat.

Mengekalkan berat badan yang sihat tidaklah sukar seperti yang difikirkan. Jika seseorang itu mengikuti semua panduan dan nasihat dalam senarai pemakanan sihat dengan betul, maka berat badan akan datang secara semula jadi. Cukup sekadar mengamalkan senaman sederhana, iaitu sesuatu yang juga baik untuk semua orang.

6) Rehat

Tidur cara pemulihan yang terbaik untuk tubuh. Mendapatkan rehat yang cukup adalah penting bagi penyakit gout kerana apabila tekanan meningkat ia akan membawa kepada lebih banyak serangan penyakit itu.

Pengamal kesihatan juga bersetuju walaupun kita tidak menguap atau mengantuk tetapi jika perlu tidur, mereka patut lakukannya bagi merehatkan dan meredakan tekanan lebih cepat.

7) Halia

Halia digunakan beribu-ribu tahun yang lalu untuk masalah sendi dan gangguan gastrousus.
Penyelidikan menunjukkan ia berkesan mengurangkan kesakitan dan keradangan apabila digunakan dari masa ke masa kerana ada banyak ubat-ubatan disediakan di kaunter perubatan.

Ubat-ubatan berasaskan halia boleh didapati dalam bentuk akar asli, serbuk mahupun dalam bentuk kapsul.

Sumber

Benarkah Kolesterol- Punca Penyakit Jantung Masa Kini?


Punca Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol? 

            
Saban hari kita diingatkan mengenai bahaya kolesterol, antaranya ia merupakan punca penyakit jantung. Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. 
Sementara itu, menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, akibat tidak bersenam dan gagal mengamalkan gaya hidup sihat dipercayai menjadi faktor bilangan penghidap penyakit jantung yang baru mencecah sehingga 38,000 orang setiap tahun.

Jumlah tersebut menggambarkan penyakit jantung sebagai penyumbang kematian terbesar di hospital-hospital kerajaan iaitu 7,597 kematian atau sebanyak 16.54 peratus daripada keseluruhan 45,936 jumlah kematian yang dicatatkan pada 2008.

Di Malaysia terdapat seramai 141 orang menghidap penyakit jantung koronari bagi setiap 100,000 orang setiap tahun iaitu bersamaan 38,000 kes baru setiap tahun.


Artikel Penuh: Utusan Malaysia

Kita semua tahu yang kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Kolesterol HDL datang untuk membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL. Kita juga diberitahu semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita mendapat penyakit jantung.

Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik. Kolesterol LDL dalam keadaan asal adalah baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel, bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL dari makanan, badan kita sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan paras kolesterol LDL dalam tubuh anda.

Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol bukan penyebab penyakit jantung seperti yang selalu digambarkan oleh media. Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine keluaran 23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh dari mereka yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal. Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan serangan jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol anda sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung.

Kolesterol LDL bukan satu-satunya penyebab masalah radang pembuluh darah. Penyebab utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil homosistein dan radikal bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak baik. Pernahkah anda mendengar tentang homosistein? Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein dalam darah yang tinggi.

Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer dari Harvard Public Health School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan dalam paras homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak tiga kali ganda. Dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995 pula, Dr. Jacob Selhub, Ph.D., melaporkan bahawa paras homosistein dalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan menyebabkan strok). Selain dari itu Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit yang mempunyai paras homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka.

Kalau dulu dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok adalah kolesterol, kajian-kajian dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan bahawa homosistein merupakan puncanya. Namun begitu kita tidak perlu bersusah hati kerana masalah tersebut dapat diatasi dengan mengambil bekalan anti-oksidan, asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang cukup.

Apa yang Shaklee tawarkan untuk kesihatan jantung yang menyeluruh adalah dengan pengambilan kesihatan jantung iaitu COQHealth Plus, Omega Guard dan Garlic Complex.

CoQHealth™ Plus - Membantu MEMBERI TENAGA KEPADA JANTUNG *

CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.

CoQ10 telah ditunjukkan dapat:
• Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
• Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
• Meningkatkan peredaran darah
• Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

Omega Guard ™ - Menggalakkan KESIHATAN JANTUNG, SENDI DAN OTAK *

Omega Guard ™ membekalkan spektrum penuh ultra tulen, asid lemak Omega-3 bergred farmaseutikal untuk menyokong jantung, fungsi sendi dan otak yang sihat *. Dibuat dengan proses penyulingan molekul proprietari berperingkat untuk ketulenan terbaik dan potensi asid lemak omega-3 termasuk EPA dan DHA. Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan. Omega Guard ™ merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan Omega Guard ™ menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

Garlic Complex - MEMBANTU MENGEKALKAN TEKANAN DARAH NORMAL *

Kajian menunjukkan bahawa bawang putih menggalakkan kesihatan kardiovaskular dengan membantu mengekalkan tekanan darah dan paras kolestrol yang normal apabila digunakan sebagai diet rendah lemak dan kolestrol.¹ Allicin, komponen yang dijumpai di dalam bawang putih telah dibuktikan mempunyai kaitan terhadap pelbagai mekanisma antaranya termasuklah sokongan untuk mengekalkan tahap mikroorganisma berfaedah yang sihat. Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah. Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan. Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik.* Garlic Complex Shaklee menggabungkan faedah kesihatan bawang putih dengan sifat-sifat antioksidan spearmint dan rosemary.

Hubungi saya sekarang:
WA/SMS : 0126874142 Arma Ariffin
BLOG:
http://preciousinsyirah.blogspot.com/
Like My Page:https://www.facebook.com/pages/Precious-Insyirah-Wardrobes.

¹ Silagy C, Neil A. Garlic as a lipid lowering agent—a meta-analysis. Journal of the Royal College of Physicians London. 1996; 30:329-334.
Sumber:

Rujukan:            


Buku "What Your Doctor Doesn't Know About Nutritional Medicine May Be Killing You (Apa Yang Doktor Anda Tidak Ketahui Mengenai Ubat Pemakanan Mungkin Membunuh Anda)" karangan Dr. Ray Strand, seorang doktor perubatan.

08 September 2013

7 Langkah Ke Arah Jantung Yang Sihat


Assalammualaikum wth..
Jantung adalah nadi utama kehidupan kita..
Apa kan jadi sekiranya jantung kita berhenti berdenyut..pasti nafas & nyawa kita juga akan terhenti.
Justeru itu, Arma ingin kongsikan 7 Langkah ke arah JANTUNG yang SIHAT.

Semoga Bermanafaat untuk semua...
 
Hubungi saya sekarang:
WA/SMS : 0126874142 Arma Ariffin
BLOG:
http://preciousinsyirah.blogspot.com/
Like My Page:https://www.facebook.com/pages/Precious-Insyirah-Wardrobes.

06 September 2013

Alhamdulillah Ibu hamil...tak sembelit lagi

Testimoni:

Alhamdulillah syukur,
Baru bertanya khabar / Follow up dengan customer tetap Precious Insyirah, yang mengalami sembelit & GDM semasa hamil..

PI: Assalammualaikum Azi..Macamana sembelit lagi ka?
Azi: Ok ja..kadang-kadang jd gak. tapi... ambil ESP x jadi la sembelit mcm dulu.

PI: Alhamdulillah..semoga azi sentiasa sihat dan bertenaga sepanjang kehamilan.
Azi: Alhamdulillah...sekarang m...emang kurang letih da.. kalo x kul 2pm mata mesti nak tidur. Sekarang pun tido gak..tapi kejap-kejap sahaja..x boleh nak tidur...hehehe..

PI: Alhamdulillah azi serasi dengan suplemen ini. (^__^)
5.02PM : 6/9/13.

CikPuan Azi, mengambil suplemen:
~Energizing Soys Protein (bertenaga sepanjang kehamilan)
~Zinc (meningkatkan paras insulin dalam badan)
~Bcomplex (membakar makanan kepada tenaga)
~Ostematrix (Membantu melawaskan system perkumuhan bgs untuk yang mengalami sembelit)
feeling happy.

 

02 September 2013

September, Bulan Kesihatan Jantung

Penyakit jantung adalah penyakit pembunuh nombor satu di dunia. Ia adalah penyebab kedua tertinggi kematian di Malaysia. Adakah anda berisiko untuk menghidapinya?
  • Adakah anda merokok?
  • Adakah tekanan darah anda meningkat?
  • Adakah paras kolesterol anda tinggi?
  • Adakah BMI anda melebihi daripada 25?
  • Adakah anda mempunyai sejarah serangan jantung dalam keluarga?
  • Adakah anda pernah mengalami kesakitan dada atau penyakit jantung pada masa lalu?
 
 

Jantung dan kita ibarat lagu dan irama, ibarat siang dan malam, ibarat gula dan semut. Kalau kita takda jantung, tu maksudnya kita ni dah Almarhum la kan? Semua orang tahu jantung berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan. Jadi dah nampak kan kepentingan kita untuk jaga kesihatan jantung kita ni. Macam mana nak jaga jantung agar kekal sihat? Tipsnya mudah sekali iaitu seeloknya kita mesti memulakan tabiat menjaga kesihatan yang baik sejak dari kanak-kanak lagi supaya amalan tu berterusan sampailah kita dewasa.

Antara tips penjagaan jantung yang ditulis oleh Dr. Jamilah Jamaludin berjudul Jantung - Antara Hidup dan Mati (1997), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyatakan beberapa petua untuk kita menjaga kesihatan jantung iaitu antaranya ialah mengawal berat badan, menjaga pemakanan, berhenti merokok, bersenam, mengurangkan tekanan atau stres dan melakukan perubahan gaya hidup.

Kawalan berat badan

Kegemukan sering mencetuskan faktor risiko lain seperti paras lemak yang tinggi, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Oleh itu, berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan kepada nilai yang sesuai bagi bentuk badan seseorang itu. Dan lazimnya, kegemukan itu disebabkan oleh makanan berlebihan yang mungkin diamalkan sejak kecil lagi. Realitinya, mereka yang memiliki berat badan berlebihan tidak bergiat aktif, lantas kalori yang tinggi dalam makanan mereka tidak digunakan. Maka lebihan makanan itu ditukarkan kepada lemak yang berkumpul pula pada bahagian-bahagian tertentu di badan seperti paha, perut dan sebagainya tanpa ketinggalan jantung. Tetapi apabila lemak berkumpul di jantung, ia akan mengganggu kerja-kerja jantung.

Pemakanan

Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, boleh mengelakkan makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju, minyak sapi dan makanan bersantan. Pesakit jantung sendiri dinasihatkan supaya mengambil hanya sedikit makanan berlemak. Makanan yang mengandungi kolesterol hendaklah dielakkan. Ini termasuk telur, mentega, hati, otak dan sebagainya. Penggunaan minyak dalam penyediaan makanan juga patut dibataskan. Sebaliknya, digalakkan makanan yang dimasak secara kukus dan panggang. Masakan cara ini adalah lebih baik. Sayur-sayuran seperti lobak, mentimun, semua jenis kubis dan sayur berdaun hijau selain buah-buahan adalah baik untuk men-jamin kesihatan dan kesejahteraan hidup. Justeru, amat baik sekali ia diamalkan setiap hari pengambilannya. Seperkara lagi yang berkaitan dengan pemakanan ialah dinasihatkan tidak mengambil alkohol. Ia bukan sahaja menyulitkan usaha menurunkan berat badan tetapi turut mendatangkan bahaya pada tubuh, lebih-lebih lagi hati.

Berhenti merokok

Majoriti mereka yang mendapat serangan sakit jantung ialah kalangan yang merokok. Jika pernah mendapat serangan jantung, perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan menghisap rokok dihentikan. Ini berupaya mengurangkan risiko berulangnya sakit jantung itu.

Bersenam

Bersenam adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Joging, berjalan dan mengayuh basikal merupakan antara contoh senaman bagi mereka yang ada mengalami serangan jantung. Pendek kata, sebarang senaman yang dibuat secara teratur adalah baik dan jelas sekali aktiviti ini dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung. Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan. Selebihnya, dengan bersenam secara teratur turut menjadikan tekanan darah diturunkan.

Perubahan gaya hidup

Risiko mendapat penyakit jantung koronari dan hipertensi/tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan amalan atau cara hidup seseorang. Ini meliputi aspek pemakanan, aktiviti riadah, tabiat merokok dan sebagainya. Cara ini, jika menjadi amalan kita, elok diubah. Amalan hidup yang sihat tentunya boleh menjaga tubuh kita, sekali gus menjaga jantung agar hidup sentiasa sejahtera.

Apa yang Shaklee tawarkan untuk kesihatan jantung yang menyeluruh adalah dengan pengambilan kesihatan jantung iaitu COQHealth Plus, Omega Guard dan Garlic Complex.


CoQHealth™ Plus - Membantu MEMBERI TENAGA KEPADA JANTUNG *

CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.

CoQ10 telah ditunjukkan dapat:
• Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
• Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
• Meningkatkan peredaran darah
• Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

Omega Guard ™ - Menggalakkan KESIHATAN JANTUNG, SENDI DAN OTAK *

Omega Guard ™ membekalkan spektrum penuh ultra tulen, asid lemak Omega-3 bergred farmaseutikal untuk menyokong jantung, fungsi sendi dan otak yang sihat *. Dibuat dengan proses penyulingan molekul proprietari berperingkat untuk ketulenan terbaik dan potensi asid lemak omega-3 termasuk EPA dan DHA. Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan. Omega Guard ™ merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan Omega Guard ™ menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

Garlic Complex - MEMBANTU MENGEKALKAN TEKANAN DARAH NORMAL *

Kajian menunjukkan bahawa bawang putih menggalakkan kesihatan kardiovaskular dengan membantu mengekalkan tekanan darah dan paras kolestrol yang normal apabila digunakan sebagai diet rendah lemak dan kolestrol.¹ Allicin, komponen yang dijumpai di dalam bawang putih telah dibuktikan mempunyai kaitan terhadap pelbagai mekanisma antaranya termasuklah sokongan untuk mengekalkan tahap mikroorganisma berfaedah yang sihat. Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah. Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan. Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik.* Garlic Complex Shaklee menggabungkan faedah kesihatan bawang putih dengan sifat-sifat antioksidan spearmint dan rosemary.


Hubungi saya sekarang:
WA/SMS : 0126874142 Arma Ariffin
BLOG:
http://preciousinsyirah.blogspot.com/
Like My Page:https://www.facebook.com/pages/Precious-Insyirah-Wardrobes.

¹ Silagy C, Neil A. Garlic as a lipid lowering agent—a meta-analysis. Journal of the Royal College of Physicians London. 1996; 30:329-334.

Sumber:
1. Google
2.
Cantik Sihat Semulajadi
 
 

01 September 2013

Info Sihat: Berikut 10 makanan yang baik supaya jantung sihat.

Jantung merupakan organ penting manusia.Ia berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan. Makanan yang mengandungi Omega 3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung kita.

Berikut 10 makanan yang baik supaya jantung sihat.


1.Makanan Beroat
Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu,ia kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.


2.Salmon
Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus.“Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat,” menurut Stephen T. Sinatra, MD, penulis Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks, health.com.

3.Avocado
Menambah lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh.


4.Minyak zaitun
Minyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu.Ia adalah pengganti baik bagi mentega.

5.Kekacang
Kacang-kacang seperti walnut dan almond .

6.Berries
Blueberries, raspberries, strawberi dan jenis beri lainnya kaya anti radangan.Berfungsi mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.

7.Kacang peas
Tambah pengambilan kacang peas, seperti kacang merah dan kacang hitam.

8.Bayam
Bayam kaya akan berbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.

9.Biji rami (linseed)
Biji rami kaya dengan serat dan omega-6.Pengambilan biji rami dicampurkan dengan oatmeal.

10.Kacang Soya
Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol karena rendah lemak.
Semoga dengan tip-tip ringkas ini dapat memberi panduan berguna menjaga kesihatan diri kita.

Disusun dan disediakan:
Nithyawathi A/P Batumalai
Penolong Pegawai Penyediaan Makanan
Unit Sajian, Hospital Kuala Penyu

 

Google+ Followers

Testimoni Shaklee

 

Shaklee Different

Shaklee Different

Ziarah Blogku