Social Icons

23 April 2014

KALIMAH HASBUNALLAHU WANI’MAL WAKIL

Assalammualaikum wth & Bismillah...
 
Kalimat ini sangat singkat dan sederhana. Dalam beberapa minit saja, InshaAllah kita boleh menghafalnya. Namun ternyata kalimat ini sangat agung dan amat sangat dahsyat.
 
 
Ayat dan kalimah Agung ini juga begitu besar buat diriku, di kala diriku diberikan tugasan yang bertimpa-timpa, dalam kesusahan,  hanya zikir ini yang ku lafazkan.
 
Allah yang Maha Pengasih & Maha Penyayang sesungguhNya rahmatMu amatlah luas, Alhamdulillah ilham dan panduan darimu Ya Allah sentiasa hadir membimbing hambamu yang kerdil ini. Lafaz zikir ini yang kubaca ketika memandu kenderaan ke pejabat, ketika ilham dalam melaksanakan tugasku buntu dan setiap masa dalam apa jua keadaan... Kerana bila kita meletakkan sepenuhnya kepada Allah, sebak yang tidak dapat kugambarkan terjadi pada ini.
Tawakal sepenuhnya kepadaNya...
 
Sesungguhnya muslimin & muslimat, amalkanlah zikir ini setiap waktu, anda dapat merasa keajaibannya...InsyaAllah...
 
Hanya padaMu ya Allah, Cukuplah Allah yang membantuku, Maha Pelindung, Maha Menolong...
Terima Kasih Ya Allah...
 
Di sini ingin ku titipkan kisah dari kisah Nabi & Rasulullah saw semasa hayat mereka...
Pertama, kalimat ini merupakan kalaamullah.

Bahagian dari ayat Allah dalam QS Ali Imran: 173.


الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيل (173)


 Kerana ia kalaamullah, maka ia mengandung segala kemulian, keagungan dan mukjizat sebagaimana ayat-ayat Allah yang lain.
 
Kedua, kalimat inilah yang dibaca oleh Nabi Ibrahim saat terbang dilempar oleh raja Namrudz yang kafir, ke dalam api besar yang telah disediakan untuk membakarnya. Ibnu Jarir meriwayatkan dari Muktamar bin Sulaiman At Taimy, dari sebahagian sahabatnya, dia telah berkata: “Jibril datang kepada Ibrahim saat terikat menjelang dilempar ke api yang besar dan berkata: “Wahai jibril, apakah kamu perlu bantuan?”.

Nabi Ibrahim menjawab: “Adapun kepadamu, aku tidak perlukan bantuan…”. Lalu dia dilempar ke dalam api yang besr tersebut. Nabi Ibrahim mengucapkan HASBUNALLAHU WA NI’MAL WAKIL, dan selamat dia di dalam api tersebut, tak luka sedikitpun. Bahkan api itu (dengan izin Allah) berubah menjadi dingin dan kesalamatan bagi Nabi Ibrahim.
(kitab Fathul Qadir)
 
Ketiga, kalimat ini juga yang telah di baca oleh Rasulullah saw dan para sahabatnya, ketika Beliau dan mereka dalam keadaan terluka setelah perang uhud. Mereka selamat sampai ke madinah dari kejaran kafir qureisy. Lalu ada berita yang datang yang menakut-nakuti Beliau bahwa pasukan quraisy lengkap dengan segala kekuatannya, telah berkumpul dan siap akan menyerang mereka.

Maka Rasulullah mengucapkan “HASBUNALLAHU WA NI’MAL WAKIL” bersama para sahabat. Bahkan Rasulullah mengumpulkan semua pasukan yang terluka itu. Lalu balik menyerang kafir qureisy. Mengejar mereka sampai ke badar dan hamra’ul asad. Akhirnya mereka tak menemukan pasukan qureisy yang telah lebih dahulu lari ke Makkah karena takut akan dikalahkan oleh pasukan Rasulullah.
(Dalam kitab Tafsir Ibnu Jarir Ath Thabary, dan dalam hadits shahih Bukahri)
 
Keempat, kalimat ini pulalah yang diucapkan oleh  ‘Aisyah, isteri Rasulullah saw, saat beliau tertinggal dari rombongan Rasulullah sepulang dari peperangan bani Musthaliq. Beliau tercicir dan dibwa pulang oleh Shafwan bin Mu’aththal ke madinah.

Peristiwa itu menjadi fitnah besar di Madinah. Ibnu Jarir Ath Thabari meriwayatkan bahwa Zainab ra dan ‘Aisyah ra saling membanggakan kemulian mereka. Zainab berkata: “Akulah yang pernikahannya (dengan Rasulullah) langsung dari langit (perintahnya)”. ‘Aisyah ra menimpali: “Akulah yang pembersihan nama baikku turun di dalam Al Quran, ketika aku dibawa oleh Ibnu Mu’aththal menunggang onta”. Zainab ra bertanya: “Wahai ‘Aisyah, apakah kalimat yang kamu ucapkan saat naik onta tersebut?”. ‘Aisyah ra menjawab: “HASBIYALLAHU WA NI’MAL WAKIL”. Maka selamatlah ‘Aisyah ra dari fitnah besar yang sangat buruk tersebut.
 
Kelima, kalimat ini pula yang diucapkan oleh panglima perang Sa’ad bin Abi Waqqas, ketika akan menyeberang sungai Dijlah hendak menyerang dan merebut Persia. Imam Ibnu Katsir menyebutkan dalam kitabnya yang terkenal Al Bidaayah wan Nihaayah:

“Ketika pasukan kaum muslimin di bawah pimpinan sahabat yang mulia Sa’ad bin Abi Waqqas hendak menyerang Persia, mereka berhadapan dengan sungai Dijlah. Dan semua pasukan belum pernah selama ini bertemu dengan sungai. Maka Sa’ad bin Abi Waqqas mengajak dan memerintahkan pasukannya masuk ke sungai untuk menyeberang ke Persia.
 
Beliau perintahkan pasukannya ketika akan masuk ke air sungai untuk mengucapkan:

“Nasta’inu billah, wa natawakkalu ‘alaih, HASBUNALLAHU WA NI’MAL WAKIL, wa laa haula wa laa quwwata illa billahil Aliyyil ‘Azhim”
(Kepada Allah kita minta tolong, dan kepadanya kita bertawakkal, cukuplah Allah bagi kita sebagai sebaik-baik pelindung, tiada daya dan upaya melainkan bersama Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar).

Maka masuklah mereka ke dalam sungai semuanya. Tidak satupun yang tertinggal atau mundur. Mereka berjalan seolah-olah di atas tanah. Seluruh permukaan air penuh dengan kuda dan pasukan. Sampai-sampai air sungai dijlah tak terlihat lagi. Mereka berbicara di atas permukaan air bagaikan berbicara di atas tanah.

Yang demikian itu kerana mereka sangat nyaman dan tenang serta yakin dengan pertolongan Allah. Dan kerana panglima perang mereka adalah Sa’ad bin Abi Waqqas, salah seorang dari 10 sahabat yang dijamin masuk syurga. Tak satupun diantara pasukan itu yang tenggelam, kecuali seorang lelaki yang bernama Ghardaqah Al Bariqi, kerana terlepas dari kudanya. Tapi kemudian diselamatkan oleh Qa’qa’ bin Amr.
 
Keenam, kerana kalimat inilah yang diajarkan Rasulullah saw untuk menghadapi segala peristiwa dan bencana besar seperti hari kiamat.

Diriwayatkan oleh Abu sa’id, Rasulullah saw telah bersabda: “Bagaimana engkau akan bersenang-senang, sementara Malaikat peniup sangkakala telah memasukkan sangkakala ke mulutnya, dan telah siap mendengar izin bila diperintah untuk meniupnya (bila-bila masa saja)”. Maka hal itu mebuat risau para sahabat Rasulullah. Maka Beliau memerintahkan mereka: “Bacalah HASBUNALLAHU WA NI’MAL WAKIL, ‘alallahi tawakkalnaa”.
(HR Tirmidzi, di shahihkan oleh Albany)
 
Itulah diantara keagungan kalimat ini yang merupakan ekspresi dari pengakuan seorang hamba akan kekuasaan Allah yang mutlak, sekaligus penyerahan sepenuhnya segala urusan kepada Allah SWT.

Sehingga kemudian Allah SWT memberikan bantuan, pertolongan, kemudahan, jalan keluar, penyelesaian dan lain sebagainya, yang tidak terduga, tidak disangka-sangka, (kadang) tidak rasional bagi hamba-hambaNya yang mengucapkan kalimat ini dengan penuh Iman dan tawakkal kepadaNya, dalam menghadapai berbagai ujian, cubaan, fitnah dan konspirasi.
 
Wallahu A’laa wa A’lam bishshawab.
 
Precious Insyirah.
Mencari keredhaan Allah...
23 Jamadilakhir 1435H
 
 
 

19 April 2014

Apakah yang patut dielakkan oleh para ibu hamil yang mempunyai hipertensi?

Apakah yang patut dielakkan oleh para ibu hamil yang mempunyai hipertensi?
 
Ibu hamil yang mendapat hipertensi patut mengelakkan:

  • Makanan yang tinggi kandungan sodium seperti daging yang diproses, makanan dalam tin, dan makanan yang diperap dalam garam.

  • Alkohol. Sebenarnya, semua ibu hamil tidak boleh mengambil alkohol untuk mengelakkan fetal alcohol syndrome dalam bayi.

  • Pengambilan kafein secara berlebihan. Ibu hamil tidak patut mengambil lebih daripada 4 cawan kopi sehari.

  • Pengambilan daging, ikan, poltri atau telur yang mentah / kurang yang boleh membawa kepada jangkitan mikroorganisma.

  • Susu dan produk susu yang tidak melalui proses pasteurisasi.

  • Makanan yang tinggi dalam raksa (mercury) seperti ikan yu dan tenggiri Amerika yang boleh menyebabkan masalah tumbesaran malah kematian dalam bayi.

  • Merokok.
    Selamat Membaca
    Sumber: World Of Blood Preasure

 

Berminat boleh hubungi saya sekarang:



COD : Sekitar Kulim High Tech, Taman Kenari dan Sekitar Taman Selasih


Jaminan saya untuk anda:
1) FREE Consultation dan After Sale Service (bimbingan exclusive dari saya)
 

 

 

18 April 2014

Cara Mengawal Darah Tinggi @ PIH ketika Hamil

Bagaimana tekanan darah tinggi semasa hamil (PIH) dirawat?

  • Kebanyakan ibu boleh melahirkan bayi yang sihat jika PIH dikesan awal dan dirawat dengan penjagaan pranatal biasa.
  • Jika PIH anda teruk, ia boleh membawa kepada preeclampsia yang boleh menyebab kesan yang serius kepada ibu dan bayi.
  • Jika anda mempunyai hypertension yang ringan dan bayi belum mencapai kematangan, doktor anda mungkin akan mengesyorkan anda melakukan yang berikut:
      • Rehat dan berbaring di sebelah kiri semasa tidur
      • Kerapkan pemeriksaan pranatal
      • Kurangkan memakan garam
      • Minum 8 gelas air sehari.

  • Jika bayi anda telah mencapai kematangan yang secukupnya, kelahiran bayi mungkin dijalankan secepat mungkin.
  • Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi yang teruk, doktor anda mungkin cuba merawat anda dengan ubat tekanan darah sehingga anda boleh melahirkan bayi anda dengan selamat. Anda boleh mendapat lebih nasihat dan maklumat daripada doktor anda.
Video ini menerangkan tentang PIH @ darah tinggi ketika kehamilan.Klik disini...
 
 
 

Berminat boleh hubungi saya sekarang:



COD : Sekitar Kulim High Tech, Taman Kenari dan Sekitar Taman Selasih

 
Jaminan saya untuk anda:
1) FREE Consultation dan After Sale Service (bimbingan exclusive dari saya)


 

 
 
 

 

17 April 2014

Siapa Yang Berisiko Hamil untuk PIH?


Siapakah yang berisiko untuk tekanan darah tinggi semasa hamil (PIH)?
  • Ibu kali pertama, ia sering terjadi kepada kandungan sulung.
  • Ibu yang mempunyai keluarga yang mempunyai PIH.
  • Ibu berumur kurang daripada umur 20 atau lebih tua daripada umur 40.
  • Ibu yang mempunyai hypertension kronik
  • Wanita yang mempunyai penyakit buah pinggang sebelum hamil
  • Ibu yang terlalu kurus ataupun rendah.
  • Kandungan molar


Selamat Membaca...


Berminat boleh hubungi saya sekarang:

COD : Sekitar Kulim High Tech, Taman Kenari dan Sekitar Taman Selasih

Jaminan saya untuk anda:
1) FREE Consultation dan After Sale Service (bimbingan exclusive dari saya)
 


16 April 2014

Tekanan darah tinggi semasa hamil (PIH-Pregnancy Induced Hypertion) adakah merbahaya untuk bayi anda???

Bagaimana tekanan darah tinggi semasa hamil (PIH) boleh menjejaskan bayi anda?
  • Penyebab sebenar masih tidak diketahui. Tetapi pakar perubatan mendapati pre-eclampsia mungkin terjadi disebabkan pembentukkan uri yang tidak normal yang boleh berlaku seawal minggu ke 18-20 kehamilan.

  • Salur darah yang terdapat dalam uri tidak menjadi nipis dan lembut. Terdapat juga darah beku menyebabkan salur darah tersumbat di dalam uri. Tekanan darah tinggi akan menjejaskan perkembangan bayi  dan bayi dilahirkan lebih kecil dari biasa.

  • Walaubagaimanapun, sesetengah PIH akan hilang selepas kelahiran bayi. Tekanan darah boleh kekal pada tahap yang tinggi sehingga 6 minggu selepas kelahiran.


Menurut Timbalan Dekan Siswazah, Fakulti Perubatan, Prof Dr Zainul Rashid bin Mohamad Razi menyebut hari ini.

Prof Zainul Rashid berkata darah tinggi semasa mengandung masih menjadi antara penyebab utama kematian ibu semasa mengandung di seluruh dunia.

“Ibu-ibu yang mengandung anak pertama lebih kerap menghidapi penyakit ini dengan kejadian antara 10 hingga 15 peratus. Bermacam cara telah diterokai oleh dunia perubatan untuk mengurangkan kejadian penyakit ini semasa mengandung seperti menggunakan aspirin, zinc, vitamin E dan anti-oksiden. Bagaimana pun semuanya setakat ini tidak berjaya.

“Cara untuk mengatasi masalah ini sekarang adalah dengan mengawal darah tinggi setelah ia terjadi sementara menunggu bayi lebih matang untuk dilahirkan.

“Ini bermakna ibu yang mengalami darah tinggi semasa mengandung masih dalam bahaya untuk mengalami komplikasi seperti sawan, pendarahan akibat lekang uri, kelahiran premature atau awal dan kematian ibu atau bayi”, kata Prof Zainul Rashid.

Sumber:
1. UKM medical student research
2. Bayi Ibu.Com

Berminat boleh hubungi saya sekarang:
COD : Sekitar Kulim High Tech, Taman Kenari dan Sekitar Taman Selasih

Jaminan saya untuk anda:

1) FREE Consultation dan After Sale Service (bimbingan exclusive dari saya)
 

 
 


 

15 April 2014

PIH @ Darah Tinggi Ketika Hamil & Jenis-jenis PIH.


Tekanan darah tinggi semasa hamil juga dikenali sebagai pregnancy induced hypertension (PIH) ataupun hypertension semasa kehamilan. Tekanan darah tinggi semasa hamil boleh membawa kepada keadaan yang serius dipanggil preeclampsia juga disebut sebagai toxemia. Tekanan darah tinggi semasa  hamil menjejaskan kira-kira 6-8% di kalangan ibu hamil.
 

Jenis-jenis tekanan darah tinggi semasa hamil (PIH)

Hypertension kronik

Hypertension gestasi

Preeclampsia

  • Kedua-dua hypertension kronik dan hypertension gestasi  boleh menyebab preeclampsia keadaan yang teruk selepas kehamilan minggu ke-20. Ia boleh membawa kepada komplikasi yang serius untuk kedua-dua ibu dan bayi jika tidak dirawat dengan cepat. Gejala-gejala bukan sahaja termasuk tekanan darah tinggi (melebihi 140/90), ia juga memberi kesan kepada buah pinggang, otak dan organ-organ penting yang lain di dalam badan menyebabkan pengeluaran protein dalam air kencing.
  • Eclampsia akan berlaku jika preeclampsia tidak dirawat dengan segera dimana ibu mula mendapat sawan. Sekiranya tekanan darah darah menjadi terlalu tinggi, kemungkinan akan membawa kematian ibu dan bayi semasa hamil. Terdapat juga risiko stroke terhadap ibu sekirannya tekanan darah tidak dapat dikawal.
Sumber: Bayi Ibu.com

Berminat boleh hubungi saya sekarang:
WA/SMS : 0126874142 Arma Ariffin
BLOG:
http://preciousinsyirah.blogspot.com/
Page:https://www.facebook.com/pages/Precious-Insyirah-Wardrobes
COD : Sekitar Kulim High Tech, Taman Kenari dan Sekitar Taman Selasih
Jaminan saya untuk anda:
1) FREE Consultation dan After Sale Service (bimbingan exclusive dari saya)
 



14 April 2014

Kehamilan dan Hipertensi: Apa yang Patut Saya Lakukan?

Hamil...

Setiap wanita yang hamil, pasti merasakan dirinya adalah insan bertuah yang dianugerah Allah rezeki dan amanah yang tidak ternilai...Namun begitu adakala berlaku komplikasi ketika hamil, dan komplikasi ketika hamil ada kalanya tidak boleh dielak dan ia sering berlaku tanpa sebarang amaaran. Oleh itu anda seharusnya menjalani pemeriksaan antenatal yang kerap dari awal kehamilan.

Anatara komplikasi berikut ialah darah tinggi@PIH (pregnancy induced hypertension), hipertensi ketika kehamilan.
 
Pertama sekali, perkara penting yang perlu diingati ialah: ibu hamil yang mendapat hipertensi tidak patut mengambil diet yang rendah sodium!(garam).


Sumber: Google

Dalam kes hipertensi dalam individu biasa, pengurangan sodium adalah diperlukan untuk menurunkan tekanan darah. Tetapi, strategi yang sama tidak boleh diaplikasikan ke atas hipertensi dalam kehamilan. Hal ini demikian kerana sodium diperlukan untuk penyimpanan air dalam badan dan meningkatkan volume darah. Oleh itu, amaun sodium yang tertentu tetap diperlukan untuk melahirkan bayi yang sihat. Sebagai kesimpulannya, merujuk kepada Panduan Pemakanan Malaysia (MDG), ibu hamil yang mendapat hipertensi harus mengambil tidak lebih daripada 2000 mg sodium sehari, sama dengan 5 g garam.


Suplemen kalsium juga memberi manfaat dalam pengurusan hipertensi dalam kehamilan. Ini disebabkan kekurangan kalsium merupakan salah satu faktor yang membawa kepada hipertensi dalam kehamilan.

Banyak kajian menunjukkan bahawa pengambilan suplemen kalsium dapat mengurangkan darjah keparahan pre-eclampsia selain dapat mengurangkan risiko para ibu hamil untuk mendapat hipertensi. Pengambilan suplemen kalsium sebanyak 1500-2000 mg sehari disyorkan untuk hipertensi dalam kehamilan (WHO, 2011).


 
Panduan Perancangan Menu (daripada American Dietetic Association, ADA):
Makanlah sekurang-kurangnya:

3 hidangan bijian dan produknya terutamanya produk yang ditambah dengan kandungan zat besi.
  • 2-3 hidangan sayur-sayuran. Ini adalah termasuk sekurang-kurang 1 hidangan sayur hijau atau merah yang kaya dengan Vitamin C.
  • 2 hidangan buah-buahan.
  • 2-3 hidangan daging, ikan atau poltri yang kurang lemak.
  • 3 hidangan susu atau produk susu (rendah lemak atau tanpa lemak) untuk mendapat kalsium dan Vitamin D yang mencukupi.


 
Sumber: World Of Blood Presure


Berminat boleh hubungi saya sekarang:

WA/SMS : 0126874142 Arma Ariffin
BLOG:
http://preciousinsyirah.blogspot.com/

Page:https://www.facebook.com/pages/Precious-Insyirah-Wardrobes
COD : Sekitar Kulim High Tech, Taman Kenari dan Sekitar Taman Selasih

Jaminan saya untuk anda:

1) FREE Consultation dan After Sale Service (bimbingan exclusive dari saya)

 

03 April 2014

Ostematrix Oh Ostematrix...

[Testimoni Ostematrix]

Akak... Saya dah sembelit lagi...
Masa mengandung saya kerap sembelit...

Alhamdulillah lepas istiqomah pengambilan Ostematrix ia sangat membantu dalam proses pembuangan dan lawas.

Saya nak repeat order lagi Ostematrix ni...

Testimoni pelanggan Precious Insyirah yang telah mengambil Ostematrix bagi membantu mengatasi masalah sembelit ketika mengandung.

Bukan orang mengandung sahaja yang boleh amalkan malah sesuai untuk seluruh lapisan...

Sempena promosi April ini..
Mai beli Ostematrix... beli 6 percuma 1 hanta rm366.

♧Untuk suami
♧Untuk isteri
♧Untuk ibu
♧Untuk Ayah
♧Mereka yang selalu sembeli
♧wanita mengandung.

mai pm Arma laju2... Sms / wa : 0126874142 pun boleh.

Saya Dah amalkan Ostematrix selama 2tahun... Alhamdulillah memang rasa mantap dan dah jarang kena cramp di betis.
Pluss++++
Dapat susukan Izzah lebih 2tahun.

Terima kasih Allah.

□■□■□■□■□■□■□■□
Precious Insyirah
0126874142
Pengedar Sah Shaklee Anda


Posted via Blogaway

Google+ Followers

Testimoni Shaklee

 

Shaklee Different

Shaklee Different

Ziarah Blogku