Assalammualaikum wth..
Hari ini Kakma ingin berkongsi teknik urutan cakar harimau...
Semoga ianya memberi manafaat kepada semua pasangan suami isteri...
18SG? Teknik urutan CAKAR HARIMAU dan urutan LABAH-LABAH
Sentuhan seperti dakapan, belaian dan urutan merupakan teknik penting yang perlu diamalkan oleh suami isteri untuk mengekalkan keintiman. Di dalam kitab-kitab Melayu lama ada ditunjukkan teknik-teknik urutan yang disyorkan kepada pasangan yang telah berkahwin. Mahu mencuba? Ikuti teknik berikut :
7 TEKNIK URUTAN CAKAR HARIMAU DAN URUTAN LABAH-LABAH
Langkah 1 : Picit sekitar tengkuk pasangan dengan penuh kasih sayang dan kelembutan
Langkah 2 : Urut bahu kiri dan kanan dengan penuh kasih sayang menggunakan kedua belah tangan dan gerakan urutan hingga ke lengan
Langkah 3 : Urut belakang badan di bahagian berhampiran tulang belikat dengan menggunakan gerakan jari seperti membuat 'jemput-jemput'. Teknik ini boleh memberi rangsangan yang tinggi terhadap pasangan
Langkah 4 : Buat cakar harimau di belakang badan dengan mencengkam jari kedua-dua belah tangan secara melekuk ke dalam. Kemudian tarik sambil menekan sedikit di belakang badan dari arah tengkuk ke pinggang berulang-ulang seperti menggaru. Teknik ini boleh memberi rangsangan yang kuat terhadap pasangan.
Langkah 5 : Buat teknik labah-labah iaitu teknik jari jemari merangkak naik dari bahagian pinggang ke atas tengkuk semula (selepas gerakan menurun cakar harimau). Ulang langkah 4 dan 5 beberapa kali.
Langkah 6 : Genggam kedua penumbuk, ketuk (tumbuk) sederhana kuat di bahagaian belakang pasangan dengan penuh kasih sayang. Ketukan boleh juga dengan cara 'karate'mengikut kelajuan dan kekuatan yang sesuai.
Langkah 7 : Lafazkan kata-kata cinta dan kasih sayang di telinga pasangan anda dengan penuh perasaan
Nampak agak mudahkan.. jom cuba teknik ini
kt : Zeti Hafiza
Nice sharing.. TQ
ReplyDelete