Apakah itu Indeks Glisemik ( GI )?
Indeks
glisemik (GI) adalah satu ukuran yang menunjukkan kelajuan peningkatan
tahap glukosa (gula) dalam darah selepas pengambilan makanan. Ia juga
dikenali sebagai indeks pengukuran mengenai kesan makanan yang
mengandungi karbohidrat ke atas paras glukosa darah. Makanan yang
mengandungi karbohidrat akan ditukarkan kepada glukosa selepas
penghadaman dan akan diserap ke salur darah. Glukosa amat penting untuk
membekalkan tenaga kepada badan untuk menampung kehidupan seharian.
Kepentingan Indeks Glisemik ( GI )
Namun
begitu, bagi pesakit GDM, pengawalan aras glukosa darah menjadi masalah
utama mereka. Jadi, pengetahuan tentang nilai indeks glisemik boleh
membantu dalam pengawalan glukosa darah. Glisemik indeks biasanya
dibahagikan kepada 3 kategori, iaitu tinggi , sederhana dan rendah.
Glukosa mempunyai indeks glisemik yang paling tinggi iaitu 100. Makanan
dalam kategori indeks glisemik tinggi akan meningkatkan paras glukosa
darah dengan cepat. Manakala, makanan dalam kategori indeks glisemik
rendah lambat dicerna dan diserap. Ini dapat meningkatkan paras glukosa
secara beransur-ansur. Oleh itu, sangat penting bagi ibu yang mengalami
GDM untuk mengambil makanan di dalam kategori rendah indeks glisemik.
KUMPULAN MAKANAN
|
RENDAH GI (<55)
|
SEDERHANA GI (56-69)
|
TINGGI GI (>70)
|
Bijirin
|
Nasi Perang
Oat Bran Roti dan biskut penuh bijirin |
Nasi Basmati
Croissant Roti pita Makaroni Pasta Spaghetti |
Nasi Putih
Corn flakes Roti Putih |
Sayur-sayuran
|
Lobak merah
Kobis Bunga
Brokoli
Terung
Kobis
Cendawan
Tomato
Cili ( merah, hijau )
Bawang ( putih, besar ) |
Jagung
Keladi |
Ubi kentang
Ubi kayu Kundur Labu |
Buah-buahan
|
Epal
Oren Pic Kiwi Pir Strawberri Cheri |
Anggur
Aprikot Mangga Pisang Betik |
Tembikai
Nanas |
Susu dan produk tenusu
|
Susu skim
Susu penuh Yoghurt |
Kastard
|
|
Kekacang
|
Kacang hijau
Kacang soya Lentil Chick Peas |
Kekacang panggang
|
|
Snek
|
Kacang ( badam, tanah, walnut )
|
Ais krim rendah lemak
Kastard Pudding Segera |
Pancakes
Waffles Muffins Kek cawan Donut Ais krim |
Minuman
|
Jus buah-buahan yang rendah GI
|
|
Minuman ringan
|
PIRAMID MAKANAN MALAYSIA
Hubungi saya di sini:
PM : https://www.facebook.com/preciousInsyirah
Sms/Whatsapp : 012-6874142
Blog : http://preciousinsyirah.blogspot.com/
Be 1 Of Our Team!!!
kt :gdmcares
Hubungi saya di sini:
PM : https://www.facebook.com/preciousInsyirah Sms/Whatsapp : 012-6874142 Blog : http://preciousinsyirah.blogspot.com/
Be 1 Of Our Team!!!
|
||||
kt :gdmcares | ||||
No comments:
Post a Comment