Social Icons

16 November 2014

Tazkirah

Bismillah  Walhamdulillah..
Bersyukur masih diberi  peluang  untuk bernafas dimuka bumi Allah ini.

Rakan-rakan sekalian...sesungguhnya suka merendah diri itu,tanda Allah  dekat dengan  kita..

Semoga hari ini kita isikan  dengan perkara  yang bermanafaat  sebaik mungkin.

Precious Insyirah
Hidup Untuk Memberi 

13 November 2014

Hikmah Bersujud

♥{Penambahan Ilmu Kita Bersama Dari Sudut Perspektif}
.
☞ Sujud bukan sahaja mendekatkan kita dengan Allah SWT tetapi dari sudut perubatan pun ada hikmahnya. Antara hikmah sujud menurut keterangan perubatan ialah:-

█ 1. ☞  Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
.
█ 2. ☞ Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
.
█ 3. ☞ Melegakan sakit hernia.
.
█ 4. ☞ Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
.
█ 5. ☞ Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan.
.
█ 6. ☞ Mengurangkan kesakitan pada apendiks atau limpa.
.
█ 7. ☞ Meringankan bahagian pelvis.
.
█ 8. ☞ Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud.
.
█ 9.  ☞ Gerakan otot-otot ini menjadikannya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelancaran darah.
.
█ 10. ☞ Bagi wanita gerakan otot ini menjadikan buah dadanya lebih baik dan mudah berfungsi untuk menyusukan bayi.
.
█ 11.  ☞ Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal .
.
█ 12.  ☞ Mengurangkan kegemukan.
.
█ 13. ☞ Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
.
█ 14.  ☞ Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
.
█  15.  ☞ Memberi dorongan untuk mudah tidur.
.
█ ☞ Selain itu kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). █
Tabarakallah

Analogi Omegaguard VS Lechithin

Assalammualaikum wth,
Kak Ma, apa perbezaan Lechithin & Omegaguard?..Bagaimana pula ia berfungsi?..Saya ingin menurunkan berat badan...~ Miss
Pm yang diterima hari ini...

...
Baiklah dik... Kakma terangkan tentang omegaguard & lechithin serta perbezaannya..yang jelas dalam poster ini ya..
semoga bermanafaat untuk adik & rakan-rakan fb di luar sana
 
OmegaGuard™
Kod Produk:10236 (90 capsules)
 
Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak omega 3 daripada ikan laut dalam. DHA dan EPA perlu diperoleh melalui pemakanan dan berkesan dalam mengurangkan keradangan serta menyokong fungsi sistem saraf dan mata.
Shaklee OmegaGuard ialah suplemen pemakanan yang mengandungi minyak ikan. Satu sajian OmegaGuard membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
 
 
Lecithin
Kod Produk:10163 (180 kapsul)
Lesitin soya ialah sumber utama kolina, salah satu komponen pengutus saraf asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej dalam otak dan sistem saraf.
Lecithin Shaklee diperoleh secara semula jadi daripada kacang soya. Setiap sofgel mengandungi 530mg lesitin.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
 
Ini pula adalah perbandingan anologi di antara Lechithin & Omegaguard...
 
Untuk harga istimewa...hubungi Arma di sini:
PM : https://www.facebook.com/preciousInsyirah
Whatsapp : 012-6874142
Blog : http://preciousinsyirah.blogspot.com/
Like My Page : https://www.facebook.com/pages/Precious-Insyirah-Wardrobes/166433056756447

  ~Anda boleh dapatkan dari saya atau anda boleh dapatkan Shaklee di Cawangan seluruh Malaysia dengan ID saya, dan jaminan saya untuk anda:
 1) FREE Consultation & After Sale Service (bimbingan exclusive dari saya)
2) Harga Terbaik dan Mampu Milik

Petikan kata-kata Pengasas Shaklee
"Saya tidak pernah memperlekehkan profesion perubatan," tetapi kita adalah dalam 2 bidang yang berasingan. Mereka dilatih utk merawat penyakit,saya berminat dalam memperbaiki kesihatan"

-DR FORREST C.SHAKLEE,SR
 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Shaklee Effect Arma & Anak-anak

{Arma & Shaklee Effect]

Fakta Omega di keratan akhbar KOSMO , Ahad 23 September 2012.
"Pengambilan minyak ikan secara konsisten dapat membantu kanak-kanak menjadi lebih fokus"
Sebelum itu, tentu ramai yang tertanya-tanya apa itu DHA?
 
DHA adalah singkatan kepada docosahexaenoic acid. DHA tergolong dalam kumpulan essential fatty acid. Ini bermakna sumber utamanya tidak dikeluarkan oleh badan anda. Badan hanya mengeluarkan sedikit sahaja DHA. Bayi mendapat DHA dari susu yang diberi oleh ibunya. Sumber utamanya didapati dalam bentuk pemakanan.
60% otak manusia adalah diperbuat daripada lemak. Kebanyakan lemak ini pula diperbuat daripada DHA. Oleh itu DHA amat penting dalam pertumbuhan otak yang sihat.
 
** Sumber utama DHA **
Sumber utama DHA ialah dari ikan laut dalam seperti salmon dan ikan kod. Persediaan minyak ikan (fish oil) yang banyak dijual di farmasi-farmasi mengandungi DHA dan satu lagi bahan yang dinamakan EPA. DHA dan EPA membentuk Omega-3.
Sumber utama DHA lain termasuklah telur dan daging. DHA adalah bahan aktif minyak ikan. DHA dalam badan mungkin ditukar menjadi EPA.



Arma setuju dengan fakta dalam akhbar ini, anak-anak Arma telah amalkan Omegaguard ini secara konsisten sejak 2tahun yang lalu & hasilnya memang telah Arma lihat.

Angah sentiasa cemerlang dalam akademik & Kokurikulum
Manakala Izzah 3tahun sudah boleh membaca Iqra, Buku Anakkku sayang siri 2 & mendapat tempat ke2 dalam "Reading In English at Nursery".

Alhamdulillah, ini semua dari Allah...
Kita berusaha & selebihnya serahkan padaNya.
Hubungi Arma di sini:
PM :
https://www.facebook.com/preciousInsyirah
Whatsapp : 012-6874142
Blog :
http://preciousinsyirah.blogspot.com/
Like My Page : https://www.facebook.com/pages/Precious-Insyirah-Wardrobes/166433056756447

  ~Anda boleh dapatkan dari saya atau anda boleh dapatkan Shaklee di Cawangan seluruh Malaysia dengan ID saya, dan jaminan saya untuk anda:
 
 1) FREE Consultation & After Sale Service (bimbingan exclusive dari saya)
2) Harga Terbaik dan Mampu Milik
 
Petikan kata-kata Pengasas Shaklee
"Saya tidak pernah memperlekehkan profesion perubatan," tetapi kita adalah dalam 2 bidang yang berasingan. Mereka dilatih utk merawat penyakit,saya berminat dalam memperbaiki kesihatan"

-DR FORREST C.SHAKLEE,SR

12 November 2014

Tip Mengatasi Keletihan dan Kepenatan Tubuh Badan

Tip Mengatasi Keletihan dan Kepenatan Tubuh Badan


 Bila badan kita penat sudah tentu menjejaskan kecergasan mental serta fizikal untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

Bercerita tentang kepenatan, anda mungkin mendapati sukar untuk memberi tumpuan sepenuhnya.

Apabila anda sukar menumpukan perhatian, akhirnya anda mendapati diri hilang kesabaran dan perasaan geram sebaliknya pula bertambah.

Apa yang dirasai ini sebenarnya hanyalah kemalasan atau kurangnya motivasi untuk melakukan apa yang ingin dikecapi.

Perompak tenaga atau motivasi kita ada di mana-mana sahaja. Berita baiknya pula, tenaga anda boleh ditingkatkan atau dikembalikan menerusi 10 kaedah mudah.

1.Pengambilan magnesium

Mungkin anda telah mendengar nasihat, pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang. Pemakanan yang seimbang boleh memastikan tubuh menerima vitamin dan mineral sepatutnya. Namun, sekiranya anda merasakan diri sentiasa keletihan, boleh jadi anda kekurangan magnesium. Pakar-pakar nutrisi berpendapat magnesium penting dan diperlukan untuk sekurang-kurangnya 300 tindak balas bio kimia dalam tubuh.

Kajian yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Nutrisi Manusia, Jabatan Pertanian di Grand Forks, Nakota Utara mendapati, wanita yang kekurangan magnesium akan memiliki kadar degupan jantung yang lebih tinggi dan memerlukan lebih banyak oksigen untuk melakukan kerja-kerja fizikal. Kesannya, tubuh terpaksa bekerja lebih keras dan membuatkan anda lebih penat.

Pengambilan harian magnesium yang disyorkan untuk wanita adalah sebanyak 300 miligram manakala 350 miligram untuk kaum lelaki. Pengambilan makanan semula jadi seperti badam, kacang hazel, ikan dan bijirin penuh juga membantu.

2. Berjalan

Pada saat anda keletihan, anda masih boleh berjalan untuk meningkatkan tenaga tubuh. Pakar-pakar kesihatan berkata dengan meningkatkan aktiviti fizikal, secara semula jadinya tenaga dalam tubuh turut mengalami peningkatan. Tidak memerlukan banyak latihan mahupun peralatan, berjalan adalah sesuatu yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja.

Beberapa eksperimen yang dijalankan oleh Robert Thayer dari Universiti California State menunjukkan, berjalan selama 10 minit bukan sahaja meningkatkan tenaga bahkan kesannya boleh bertahan selama dua jam. Apabila aktiviti itu diteruskan selama tiga minggu, tahap tenaga dan mood turut mengalami perubahan positif.

3. Tidur sebentar
Kajian membuktikan otak yang penat boleh menjejaskan tahap tenaga dalam tubuh. Tetapi, Institut Kesihatan Mental Nasional Amerika mendapati, tidur sebentar iaitu sekitar 60 minit boleh membantu mengubah kesan negatif dan mengekalkan apa yang telah dipelajari serta diserap otak.

4. Jangan tinggalkan sarapan pagi
Mereka yang mengambil sarapan pagi memiliki mood yang lebih baik dan penuh bersemangat serta bertenaga sepanjang hari. Berbuka selepas semalaman berpuasa dapat membekalkan tenaga yang diperlukan seharian.

Kajian yang disiarkan dalam jurnal Nutritional Health, Amerika Syarikat (AS) mendedahkan, kecenderungan meninggalkan hidangan tetap boleh mengakibatkan seseorang terasa letih sepanjang hari.

5. Kemarahan dan tekanan
Pakar psikologi terkemuka, Paul Baard pernah berkata, salah satu perosak semangat terbesar seseorang adalah tekanan.

“Tekanan adalah hasil daripada keresahan. Keresahan akan menggunakan keseluruhan tenaga kita”, tambah Baard yang merupakan seorang pakar psikologi sukan di Universiti Fordham, di Bronx, New York.

Tekanan boleh membuatkan anda terasa penat dari aspek mental dan fizikal biarpun anda menghabiskan sepanjang hari terlantar di atas katil. Tekanan pada tahap kronik mahupun tidak kronik boleh menjejaskan kadar tenaga yang seterusnya memberi kesan kepada produktiviti dan perasaan anda.

Akan tetapi, berita baiknya ialah kita boleh mengawal pembunuh tenaga ini dengan merancang aktiviti lebih rileks dalam kehidupan kita. Aktiviti senaman boleh menghilangkan kesan kimia tekanan dan kemarahan.
Selain itu, alternatif kepada senaman termasuklah mendengar muzik, membaca novel berunsur romantik atau sekadar bersembang dalam telefon.

6. Banyakkan minum air dan kurangkan alkohol
Anda mungkin sudah sedia maklum tentang perbezaan antara kelaparan yang disebabkan dahaga atau keperluan sebenar terhadap makanan. Tetapi tahukah anda kedahagaan juga boleh bertopengkan keletihan?
Adakalanya, dehidrasi yang amat sedikit pun boleh meninggalkan anda dengan perasaan letih dan penat. Pengarang buku, The Uncle Sam Diet yang juga seorang pakar nutrisi, Keith Ayoob, pernah berkata: “Jalan penyelesaiannya mudah sahaja – segelas air suam sudah memadai untuk memberi tenaga selepas senaman. Pada ketika itu, tubuh amat mendahagakan cecair.”

Sebaliknya, jika anda mendapati diri sering berasa letih selepas memperoleh tidur mencukupi semalaman, alamatnya sudah tiba masanya anda mengurangkan pengambilan alkohol pada sebelah malam.

7. Banyakkan bijirin dan kurangkan gula
Apabila anda mengambil makanan manis, kandungan gula dalam darah akan meningkat dan memberi anda tenaga. Namun, apabila kandungan gula dalam darah merosot secara mendadak, ia boleh menjejaskan perasaan anda sekali gus.

Tahap tenaga anda akan bertambah secara perlahan-lahan apabila anda memilih makanan yang kaya dengan bijirin penuh. Ini bermakna anda dapat mengekalkan tahap konsistensi tenaga sepanjang hari.

Satu kajian yang diterbitkan dalam sebuah jurnal Amerika, Clinical Nutrition mendapati, pemakanan yang kaya dengan bijirin penuh dapat membantu meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap insulin dan membolehkan pembebasan secara perlahan tetapi stabil.

8. Snek
Snek hebat bermakna snek yang menggabungkan protein, sedikit serat dan lemak seperti biskut penuh bijirin atau dadih dipenuhi kekacang. Karbohidrat dan protein meningkatkan kadar tenaga manakala lemak pula mengekalkan tahap tenaga itu.

9. Hasilkan latte
Kafein yang digabungkan dengan kebaikan protein daripada latte rendah lemak boleh membekalkan anda dengan tenaga tambahan serta kalsium ekstra. Jika boleh, gabungkan juga dengan sedikit kacang badam sebagai hadiah bagi memanjakan diri sepanjang tahun baru ini.

10. Fungsi tiroid dan sel darah merah
Jika anda sentiasa terasa letih biarpun sudah memperoleh rehat yang mencukupi, adalah baiknya anda berbincang dengan doktor tentang alternatif yang boleh dicuba. Ujian darah untuk ketidakupayaan fungsi tiroid dan anemia adalah antara inisiatif yang boleh diambil.

Masalah tiroid merupakan satu isu bagi kaum wanita. Biasa berlaku selepas kelahiran bayi, masalah ini juga membelenggu mereka di peringkat peri menopaus. Ujian darah yang ringkas boleh mengenal pasti masalah ini dan andainya anda didiagnosis dengan keupayaan tiroid yang rendah, perubatan boleh menjadi penyelesaiannya.

Bagi kes anemia pula, pengurangan sel-sel darah merah bermakna tubuh anda kekurangan oksigen yang diperlukan untuk mengekalkan tahap tenaga. Disebabkan itu, anda mudah menjadi letih.


Kredit: Anizyn BlogSpot

Muhasabah Diri : Iktibar Dari Sebatang Pensel

Bismillah Walhamdulillah..
Syukur masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ini.

InshaAllah hari ini, Arma ingin kongsikan sekilas tazkirah yang Arma baca di blog ini Islam2u. Ia amat berkait rapat dengan kehidupan kita sebagai seorang hamba, sebagai ibu & ayah.

Selamat membaca...

Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.

"Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?"

"Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini."
"Apa yang istimewa tentang pensel ini?" tanya si anak.

"Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?"

"Ya, ibu."


Pertama, pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini.
Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

Kedua, ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya.

Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga, pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula.

Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

Keempat, tahukah anak ibu mana yang lebih penting; luar atau isi pensel? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya.

Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

Kelima, pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

Notakaki:
Inilah antara kata-kata yang baik untuk seseorang membawa prinsip yang positif terutamanya buat para ibu bapa untuk memberikan prinsip hidup yang baik buat anak-anak. Apa sahaja kata-kata semangat yang kita ulang-ulangkan pasti memberi bekas dalam jiwa kita mahupun anak-anak. Yang penting sebagai ibu @ ayah kita perlu sentiasa sabar..teruskan mengingatkan anak dan tak lupa juga berdoa kepada yang Maha Esa agar dibukakan pintu hati anak ini.

Precious Insyirah,
Hidup Untuk Memberi...

11 November 2014

Kisah Aku & Minyak Ikan

Kisah Minyak Ikan.

Teringat masa kecil dahulu, mak berikanku minyak ikan..
Katanya ia bagus untuk perkembangan IQ kanak-kanak.
Ya baunya sangatlah buang kembang tekakku.....

Bila jenama ini ada perisa Oren, barulah boleh telan dengan sempurna...
 
Kini, apabila dewasa, Arma berikan Omegaguard yang mudah anak-anak telan dan kapsulnya rasa manis. Mudah sekali Izzah & Angah telan setiap malam.
Bila Tanya anak-anak, sedap kata mereka...
 
Arma quote dr website shaklee sendiri.
Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuardTMmenyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
 
Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
 
Wah!!! ^_^
Kita dapat lihat pelbagai fungsi & kelebihan omegaguard ini...
Berikanlah yang terbaik untuk anak-anak anda...Gambar di bawah menerangkan kepentingan Omega kepada perkembangan kesihatan kita seharian..
 
Antaranya:
~Untuk Penurunan Berat Badan
~Untuk Ibu Hamil (Trimester 2&3)
~Untuk Ibu Menyusu
~Untuk Para Pelajar
~Keluarga Yang Mementingkan kesihatan
~Untuk Kesihatan Jantung
~Untuk Kanak-kanak 1 Tahun Keatas (anak-anak Arma dah mula 12bulan ke atas)
~Untuk masalah sendi & tulang.
 
 

 Sekiranya anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut hubungi saya: Hubungi Arma di sini:
PM :
https://www.facebook.com/preciousInsyirah
Whatsapp : 012-6874142
Blog :
http://preciousinsyirah.blogspot.com/
Like My Page : https://www.facebook.com/pages/Precious-Insyirah-Wardrobes/166433056756447

  ~Anda boleh dapatkan dari saya atau anda boleh dapatkan Shaklee di Cawangan seluruh Malaysia dengan ID saya, dan jaminan saya untuk anda:
 
 1) FREE Consultation & After Sale Service (bimbingan exclusive dari saya)
2) Harga Terbaik dan Mampu Milik
 
Petikan kata-kata Pengasas Shaklee
"Saya tidak pernah memperlekehkan profesion perubatan," tetapi kita adalah dalam 2 bidang yang berasingan. Mereka dilatih utk merawat penyakit,saya berminat dalam memperbaiki kesihatan"

-DR FORREST C.SHAKLEE,SR

10 November 2014

[Shaklee Effect]: Omega Oh Omegaguard...

[Shaklee Effect]: Omega Oh Omegaguard...

Ini adalah chew kegemaran Angah & Izzah.
Alhamdulillah dah 2 tahun secara konsisten anak-anak ibu amalkan supplement ini, dan sejak setahun lepas dah nampak perkembangan yang positif dan memberansa
ngkan di kalangan anak-anak, terutama dalam pelajaran dan keseluruhan.

Arma quote dr website shaklee sendiri.
Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTMmenyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA. 
 
Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
 
Ok mari kita lihat..berapa kandungan DHA dalam sebiji Omegaguard...Jika kita lihat di sini, kandungan sebiji omegaguard Shaklee melebihi 85% DHA berbanding dengan pil omegaguard yang lain. Menurut Miss Celine seorang pakar nutrisi Shaklee, pil omega yang terbaik ialah pil yang mengandungi DHA yang tinggi...
Shaklee merupakan salah satu kompeni yang mempunyai kadar DHA yang tinggi dan sudah pasti menjadi pilihan Arma sekeluarga. ^_^
 

Berbalik kepada anak-anak Arma,
ak Ngah & Izzah petah bercakap dan mudah belajar.
Selain fokus, malah rajin bertanya.Malah ada kalanya pertanyaan mereka amat menduga akal seorang ibu. Bila anak yang dah ke depan, ibu perlu lebih berusaha untuk jadi ibu yang berilmu & wajar mencari imu-ilmu pendidikan dalam mendidik anak-anak. Alhamdulillah ayah pandai mengaitkan semuanya dengan alam ciptaan Allah. Terima kasih ayah.

 Ok..seperti yang kita tahu, omegaguard punyai pelbagai kelebihan dalam kehidupan.Untuk kesihatan minda, menjaga kholesterol, tulang & sendi, penurunan berat badan secara semulajadi...cuba kita lihat gambar di atas, terlalu kelebihan omegaguard ini dalam kehidupan seharian. InshaaAllah sesuai untuk semua golongan.

 Sekiranya anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut hubungi saya:
Hubungi Arma di sini:
PM : https://www.facebook.com/preciousInsyirah
Whatsapp : 012-6874142
Blog :
http://preciousinsyirah.blogspot.com/
Like My Page : https://www.facebook.com/pages/Precious-Insyirah-Wardrobes/166433056756447

  ~Anda boleh dapatkan dari saya atau anda boleh dapatkan Shaklee di Cawangan seluruh Malaysia dengan ID saya, dan jaminan saya untuk anda:
 
 1) FREE Consultation & After Sale Service (bimbingan exclusive dari saya)
2) Harga Terbaik dan Mampu Milik
 
Petikan kata-kata Pengasas Shaklee
"Saya tidak pernah memperlekehkan profesion perubatan," tetapi kita adalah dalam 2 bidang yang berasingan. Mereka dilatih utk merawat penyakit,saya berminat dalam memperbaiki kesihatan"

-DR FORREST C.SHAKLEE,SR

04 November 2014

Promosi Hangat...Omegaguard!!!!!!!!!!!!!


Beli 6 Percuma 1 (Bernilai RM136)



Beli 2 Diskaun 5% Hanya RM258 sahaja. Sebotol jatuh RM129

Pin...Pin...Pon...Pon....

Omegaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Promosi Omegaguard Bulan ini memang lain dari yang lain...
Beli 6 Percuma 1 (Bernilai RM136)
Beli 2 Botol Diskaun 5%. (HANYA RM258 sahaja!!!)
Wah!!!

Jimat dan berbaloi-baloi bukan?

Mari kita Baca Manfaatnya...

1. Asma Kanak-kanak yang suka makan ikan dan ambil supplement minyak ikan jarang dapat asma

2. Penyakit Jantung - Kurangkan risikosakit jantung dan strok - Kurangkan pembekuan darah dan inflamasi - Turunkan tekanan darah - Turunkan lemak dalam darah dan tingkatkan kolestrol baik

3. Fungsi Otak dan Mata - Kesihatan tisu dan retina mata - Wanita hamil dan ibu menyusu yang ambil supplement omega guard akan beri peningkatan tahap kecerdikan dan keriangan bayi

4. Penglihatan - Kanak-kanak yang minum susu ibu yang tinggi kandungan omega mempunyai penglihatan yang lebih baik

5. Kencing Manis - Omega Guard bantu menyeimbangkan paras gula dalam darah

6. Osteoporosis - Omega bantu kurangkan risiko osteoporosis - Omega juga bantu wanita selepas fasa menopous lebih tenang

7. Kanser - Hasil kajian mendapati omega membantu cegah kanser seperti kanser payudara, kanser usus, kanser prostat dan lain-lain

8. Nyanyuk - Golongan dewasa yang ambil omega dapat mengurangkan risiko nyanyuk di usia senja kelak

9. Kulit dan Rambut - Omega guard dapat memberikan kelembapan pada kulit. - Elakkan kulitdari kekerinagan dan berkuping-kuping

10. Radang dan Alergi - Omega Guard dapat kurangkan simptom arthritis rematoid, psoriasis dan penyakit autoimun

11. Hamil - Wanita yang ambil omega setiap hari semasa hamil kurang berisiko melahirkan bayi pra-matang - Omega guard bantu menurunkan tekanan darah tinggi semasa hamil - Sangat berguna untuk elakkan kemurungan selepas bersalin

12. Kesuburan / zuriat - Omega guard beri imbangan dan baiki paras hormon serta meningkatkan aliran darah ke dalam rahim - Semakin banyak omega 3 yang diambil oleh wanita, semakin tinggi dan cerah peluang untuk mengandung

13. Depresi / Kemurungan - Omega Guard bantu orang-orang yang mengalami masalah kemurungan

Pilihan di tangan anda...
Happy Sharing ~ Arma 0126874142.

03 November 2014

Alhamdulillah OMEGAGUARD!!! is coming back...jimat sangat!!!!

Mai Berkenalan dgn Omega Guard

Assalamualaikum..


yeeeyyy!!! omega datang lagi..datang bkn sebarang datang, omega datang dgn harga murah..alahamdulillah syukur rahmah dapat update blog lagi di November ni.
Meh kita tengok offer bulan ini.yang amat berbaloi-baloi...
Beli 6 Percuma 1

Beli 2 RM258 sahaja diskaun 5%

 
bulan ni promotion berganda hebat dengan pembelian Omega Guard. beli 6 percuma 1. kalau takde promotion, harga dia dikategorikan sbg harga mampu milik..dah promotion ni, maka harga dia sgt murah sampaikan korang mesti cakap "aku tak mampu utk tidak memiliki"..eheh..boleh gitu??? boleh je, pape pun boleh kalau kita ckp boleh...

ini KakMa quote dr website shaklee sendiri.
Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTMmenyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA. 
Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
Omega ni ape ye? jam jenama omega kah? Omegatrend kah? bukan..bukan..bukan..Omega Guard ni yelah minyak ikan yg sgt berkualiti tinggi, Omega Guard dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari 3 molekul yg memekatkan asid lemak omega -3 yg bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan2 merbahaya seperti merkuri dan plumbum yg terdapat dlm ikan...(ni la yg special yg membuatkan Shaklee lain dr yg lain, sgt teliti menghasilkan product).

ok la, ni rahmah share sket kebaikan Omega secara amnya.gaya bahasa endon la pulak..tapi korang kan bijak2, xde masalah nak faham kan???
 

antara kebaikan/khasiat Omega 3:

1)Mudah lupa, susah mengingat sesuatu atau pikun merupakan penyakit yang sering diderita oleh para orang tua. Omega 3 sebagai makanan otak sangat penting untuk perkembangan membran sel pada sistem neurologis dari otak kita dan jalur sinyal. Hal ini telah terbukti secara ilmiah bahwa Omega 3 membantu perkembangan otak dan memori untuk anak-anak dan orang dewasa.


2)Mencegah penyakit jantung. Penelitian menunjukkan bahwa Omega 3 dapat mencegah penyakit jantung dan penyakit lain yang berhubungan dengan jantung, hal ini dikarenakan Omega 3 meningkatkan elastisitas arterial. Menurunkan resiko aritmia (detak jantung yang abnormal) dan juga tekanan darah tinggi.

 
3)Menurunkan kadar kolesterol tinggi. Sebuah Penelitian mengatakan pengkonsumsian ikan yang kaya akan Omega 3 secara teratur terbukti meningkatkan kolesterol baik dan menurunkan kadar trigliserida (lemak dalam darah).
 
4)Omega 3 sangat baik untuk kesehatan mata dan penglihatan secara umum, karena Omega 3 merupakan komponen utama dari retina.

5)Membantu mengurangi depresi. Ini mungkin bermanfaat bagi orang-orang dengan depresi ringan. Dapat meningkatkan efektivitas pengobatan karena mempengaruhi otak dengan cara yang berbeda dari antidepresan, sehingga menggabungkan Omega3 dengan obat antidepresan, akan mengurangi depresi dengan cara yang berbeda, menurut David Mischoulon, MD, Seorang profesor psikiatri dari Harvard Medical School.
Mengurangi risiko pembekuan darah. Omega 3 memiliki sifat antikoagulan yang mempengaruhi kemampuan trombosit untuk membekukan darah, sehingga peredaran darah menjadi lancar dan juga terhindar dari penyumbatan pembuluh darah yang berakibat stroke.

6)Untuk wanita hamil, Omega 3 telah terbukti bahwa Omega 3 sangat penting dalam perkembangan kesehatan fisik dan mental pada bayi .
 
7)Omega 3 dapat mengurangi nyeri haid. Hasil Studi menunjukkan bahwa para wanita yang mengkonsumsi suplemen Omega 3 mengalami berkurangnya rasa nyeri pada saat haid. Kedua jenis Omega 3 yaitu asam eicosapentaenoic (EPA) dan asam docosahexaenoic (DHA) diyakini mengurangi tingkat prostaglandin. Tingkat prostaglandin yang tinggi pada wanita selama menstruasi membuat kontraksi rahim meningkat dan kejang otot.



8)Omega 3 memiliki sifat anti-inflamasi dan juga bermanfaat untuk kondisi seperti asma, psoriasis eksim, dan radang sendi.

9)Omega 3 sangat baik untuk meningkatkan kesehatan anak secara keseluruhan dan perkembangan fisik dan mental. Hal ini terbukti bahwa anak-anak yang mengkonsumsi Omega 3 sebagai suplemen memiliki kemampuan baca yang lebih baik. Omega 3 juga bermanfaat bagi anak-anak yang menderita disleksia, dyspraxia dan ADHD.

10)Omega 3 juga dapat mencegah penyakit Alzheimer.
Penelitian juga menunjukkan bahwa Omega 3 dapat membantu orang dengan inflamasi perut dengan kondisi seperti IBS, Ulcerative colitis dan colitis.

11)Orang yang menderita berbagai alergi juga dapat menambahkan suplemen Omega 3 ke dalam makanan mereka sehari-hari.

12)Bermanfaat untuk diabetes. Sebuah studi penelitian menunjukkan Omega 3 dapat menurunkan trigliserida dan apoproteins, dan tidak ada efek samping pada kontrol glikemik.

13)Sebuah penelitian yang cermat menunjukkan bahwa pasangan yang sedang merencanakan bayi atau sedang hamil atau sedang menyusui direkomendasikan untuk mengkonsumsi Omega 3 untuk membantu pertumbuhan bayi lebih cepat.

14)Omega 3 juga berperan dalam tingkat penyerapan vitamin yang larut dalam lemak, seperti vitamin A, D, E dan vitamin K. Vitamin tersebut diperlukan oleh tubuh kita untuk melawan infeksi, menjaga kesehatan mata dan kulit, sirkulasi jantung, pembekuan darah dan kuat tulang.

kt : Sis Rahmah

wah!!! ni memang wajib ni kena dapatkan Omega Guard ni..bestkan fungsi dia..selain tu juga, ia mengandungi kandungan DHA dan EPA yg tinggi utk memaksimumkan fungsi otak kita..


Sekiranya anda berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut hubungi saya: Hubungi Arma di sini:
PM : https://www.facebook.com/preciousInsyirah
Whatsapp : 012-6874142
Blog :
http://preciousinsyirah.blogspot.com/
Like My Page : https://www.facebook.com/pages/Precious-Insyirah-Wardrobes/166433056756447

  ~Anda boleh dapatkan dari saya atau anda boleh dapatkan Shaklee di Cawangan seluruh Malaysia dengan ID saya, dan jaminan saya untuk anda:
 
 1) FREE Consultation & After Sale Service (bimbingan exclusive dari saya)
2) Harga Terbaik dan Mampu Milik
 
Petikan kata-kata Pengasas Shaklee
"Saya tidak pernah memperlekehkan profesion perubatan," tetapi kita adalah dalam 2 bidang yang berasingan. Mereka dilatih utk merawat penyakit,saya berminat dalam memperbaiki kesihatan"

-DR FORREST C.SHAKLEE,SR
 

 

Google+ Followers

Testimoni Shaklee

 

Shaklee Different

Shaklee Different

Ziarah Blogku