Social Icons

14 January 2015

Tips Genius ~Ada Kebenarannya. InshaaAllah boleh di amalkan kepada anak-anak.


Sumber: Google
~Tips genius~

Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang...

Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat tu...

Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya....

Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.

Jadi saya terfikir, apa rahsia mereka?

Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik...

Tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu conclusion yang saya kira agak baik.

Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri...

Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan "melajukan" otak kita....

Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru saya... walaupun mulanya saya tak berapa faham...

Tapi apabila saya mula amati pembacaan Al-Quran saya, memang benar, otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar...

Sekiranya otak saya lambat berfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.

Hal ini saya fahami ketika saya masih sekolah menengah di MRSM dahulu, guru Biologi saya ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential....

Bagaimana ia berlaku?

Ok, logika dan saintifiknya begini...

Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran...

Kita akan buka mulut untuk membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya dimana, jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya...

Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan...

Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia. Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!

Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).

Dan yang menariknya, bila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama, mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang lancar.

Jadi ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju. Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.

Jadi apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.

Dan yang lebih menarik, bilamana Al-Quran dialunkan, tentu ianya bernada indah tanpa kita sedar. Padahal kalau kita baca buku selain quran, tak pulak jadi macam tu.

Jadi nada indah beralun yang keluar ketika quran dibaca tu menjadi terapi telinga yang sekaligus menghantar terapi tu ke otak dan merehatkan seluruh badan kita.

Jadi, walaupun otak bergerak laju semasa membaca quran, nada yang indah tu membawa kita ke situasi badan yang rileks dan tenang menyebabkan kita tidak penat.

Berbeza kalau kita gunakan otak untuk perkara lain, misalnya nak selesaikan soalan Add Math. Kadar tenaga otak yang digunakan sangat tinggi, dan lepas selesai dijawab, kita terasa sangat penat. Sedangkan badan kita tak bergerak pun. Penat tu berlaku sebab otak kita yang penat.
Pembacaan quran pula menggunakan otak kita dengan kuat, tetapi tidak memenatkan langsung!

Dan apabila latihan otak ini dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan berhubung dan menjadikan kita genius dengan izin Allah...

Maka gejala kebodohan khususnya yang berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan dengan perbanyakkan membaca Al-Quran...

Oleh sebab itulah umat Islam terdahulu majoritinya genius walaupun kemudahan rujukan mereka terhad.... sampaikan pada semua...

Semoga  perkongsian  ini bermanafaat.

Arma  0126874142  ☺ 
Rakan  Shaklee  Anda 

13 January 2015

Surah Amalan Semasa Hamil

Bismillah,Semua ibu yang hamil pasti rasa teruja setelah hamil. Justeru itu..amalan rohani juga perlu dipertambahkan supaya zuriat yang lahir ini cantik akhlak dan paras rupanaya. InshaAllah. Berikut adalah surah-surah amalan yang boleh di amalkan oleh para ibu.

Sumber : Google
Surah al-Fatihah
Ibu mengandung digalakkan membaca surah al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwuduk, semoga zuriat yang dilahirkan memperoleh ilmu pengetahuan disamping dapat mengawal hati dan fikiran daripada perkara mazmumah.

Surah Yusuf
Surah Yusuf telah diturunkan di Makkah dan mengandungi 111 ayat. Dinamakan Yusuf kerana hampir keseluruhan dipenuhi akan kisah Nabi Yusuf a.s yang bermula dari ayat 4 hinngga 101. Ibu yang sedang mengandung disarankan agar memperbanyakkan membaca surah Yusuf agar dikurniakan zuriat yang soleh, cerdik, tampan dan tabah menghadapi ujian.

Surah Luqman
Dalam pengkisahan Luqman dengan anaknya, Allah SWT menegaskan tentang wajibnya manusia bersyukur akan segala nikmat yang telah dianugerahkan kepada mereka dan wajib menjauhi perkara syirik. Ibu yang mengandung dianjurkan supaya membanyakkan membaca surah Luqman agar bayi yang dalam kandungan akan dikurniakan kebijaksanaan akal fikiran dan hikmah yang tersirat apabila lahir ke dunia, inshaAllah.

Surah Maryam
Ibu yang sedang hamil disarankan untuk membanyakkan membaca surah Maryam agar bayi yang dilahirkan nanti mempunyai akal yang cerdas dan hati yang sabar dan cekal dalam menempuhi ujian. Amalan surah Maryam juga memudahkan ibu semasa melahirkan anak. Setakat ini sahaja perkongsian saya tentang Surah Amalan Semasa Hamil moga bermanfaat untuk semua

Setakat ini sahaja perkongsian saya tentang Surah Amalan Semasa Hamil moga bermanfaat untuk semua

Arma : 0126874142

Cara Untuk Mendapatkan reflek 'let down'

Assalammualaikum... hari ini KakMa ingin berkongsi panduan stimulasi yg kedua iaitu mengenai "Reflek-Let Down"...KakMa mendapat maklumat ini dari blog kak engku.. Tentu ramai yang tak tahu apa itu "Reflek-Let Down". Jom kita baca mengenainya di sini:

Reflek 'let down' atau pancutan susu adalah penting untuk ibu mendapatkan susu yang banyak semasa memerah. Takungan susu tidak akan keluar sekiranya keadaan ibu tidak tenteram dan releks. Proses 'let down' akan berlaku bila ibu menggambarkan wajah bayinya sedang menghisap susu semasa memerah susu.

Cara untuk mendapatkan reflek 'let down':
  1. Releks dan perah susu di tempat yang sunyi dan jauh daripada kebisingan
  2. Letakkan tuala suam (demah) atas buah dada
  3. Urut buah dada perlahan-lahan dan cuba bayangkan wajah bayi anda sedang menyusu.
  4. Jika memerah susu dirumah tunggu sehingga 30 - 40 minit selepas anda menyusui bayi sebelum membuat perahan.
  5. Perahan ini memberi masa untuk kilang susu membuat tambahan.
Cara yang mudah untuk melarutkan perahan susu ibu yang beku, letakkan bekas dilaluan air terus (air dari paip) kemudiah barulah direndam di dalam mangkuk yang berisi air suam. Jangan menggunakan air terlalu panas kerana ini boleh membuat susu berbintil.

Adalah lebih mudah jika bekas yang berisi perahan susu ibu yang beku diletakkan di bahagian penyejuk (bahagian bawah) kira-kira 6 - 8 jam sebelum digunakan. Cara ini akan memudahkan untuk melarutkan susu beku ini.

Pastikan susu yang telah dipanaskan mencapai suhu badan, uji suhunya dengan menitik beberapa titik susu dibahagian lengan.

Jangan memasak perahan susu, tidak digalakkan memanaskan didalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven), kemungkinan akan kehilangan khasiat susu ibu dan juga kepanasannya tidak menentu. Ini akan membahayakan jika diberi kepada bayi.

Susu yang mendap akan menjadi 2 lapis, ini adalah perkara biasa. Anda hanya perlu menggoncangkan botol perlahan-lahan sebelum digunakan.Simpan perahan susu ibu dengan kadar kuantiti yang sedikit (70 - 80 ml) dalam setiap botol/bekas.

Cara ini akan mengelakkan daripada pembaziran kerana susu yang telah dipanaskan harus dihabiskan dalam masa satu jam.Susu mudah terdedah dengan jangkitan pertumbuhan bakteria. Pastikan semua botol/bekas sudu/cawan kegunaan bayi terjamin bersih. Basuh tangan sebelum menyusui bayi atau selepas menyalin lampin.

Hamil Kembali - 2 jalur merah... Alhamdulillah


Alhamdulillah..syukur kali ini Allah perkenankan hajat kami suami isteri untuk menimang cahayamata ke4. Masih baru usia kandungan Arma ini.

Suamikulah yang paling gembira ketika doktor mengesahkan diriku hamil buat kali ke4 selepas 4tahun. Di mana anak kecilku kini sudah berusia 4tahun...Syukur melihat anak-anakku juga gembira selepas mendapat tahu akan dapat adik baru ^_^.

Bagiku, ianya adalah hadiah pada hari jadiku Disember 2014. Syukur sepanjang persediaan majlis pertunangan adikku dan ketika majlis berlansung tak berlaku apa-apa..Cuma selepas majlis berlansung tengah malam, pukul 3pagi..perutku rasa sakit yang amat sangat.


 
Sumber : Google
Rasa sakit macam gastrik yang melampau...Ingin ku kejutkan suamiku, tak sampai hati..gerak hatiku untuk ke tandas dan buat UPT (Urin Pregnant Test). Ini disebabkan diriku telah lewat 2minggu.
Tidak mahu terlalu mengharap...selepas buat sahaja..aku tak tunggu lama...untuk lihat result...sebab nampak lambat nak dapatkan keputusan. Lalu aku simpan semuala upt itu dan masuk bilik untuk sapu minyak di perut...

Selepas subuh, aku berjumpa mak di dapur pagi itu ketika menyiapkan sarapan..dan tergerak hati melihat uptku malam tadi. Memang mengejutkan tertera 2 jalur merah terang atas upt tersebut.
dan perutku masih sakit lagi..Lalu ayahku kata, lepas sarapan..pergilah klinik..
Dah jadi kebiasaan akan ke Klinik Mesra(Dr Adibah) di Teluk Kemang. Result upt ku bawa sekali dan sakit perutku masih belum berkurang. Alhamdulillah dr. mengesahkan aku hamil 6minggu. Suamiku pun turut gembira selepas mendapat pengesahan dari doktor. Doktor memberikan ubat gastrik yang boleh di ambil oleh wanita hamil...

Syukur alhamdulillah..doa kami di makbulkan.

Jadi awal kehamilan ini, sudah pasti Arma mengambil Bcomplex Shaklee. Ianya lengkap dengan asid folic yang sangat diperlukan untuk perkembangan bayi dalam kandungan untuk pembentukan saraf tunjang.


Kenapa Arma ambil Bcomplex ini?..

<3 Kerana Bcomplex ini istimewa, ia mempunyai folic asid sekali...
<3 Ia juga melawan tekanan - memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
<3 Meredakan senggugut -baik untuk masalh PMS,
<3 Meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman.
Macam-macam kelebihannya lagi...

Sumber : Shaklee Malaysia

Selain itu, Dr.pakar perbidanan juga menggalakkan pengambilan Bcomplex...
 

Ingin tahu lebih lanjut boleh hubungi Arma melalui nombor di bawah.
sms/wa : 0126874142
Rakan Shaklee Kulim
Shaklee Indipendent Distributor Kulim
Sid : 858240
Sekian, celoteh Arma untuk kali ini..bersua lagi di lain masa...
Jaga Diri Hiasi peribadi...
Ilal Liqaq..Maas Salamah (^_^)

Fakta atau Auta : Bersolek Ketika Hamil Rendahkan IQ Bayi Anda

Alhamdulillah pagi ini sempat Arma membaca akhbar KOSMO secara online...
Tertarik diruangan kesihatan yang menyatakan "Bersolek Ketika Hamil Rendahkan IQ Anak" Terkejut juga Arma bila membacanya...

Mungkin kajian dari yang pakar menemui bukti mengenai tentang ini..Arma kongsikan dengan rakan-rakan blogger di luar sana...

PHTHALATES yang digunakan dalam alat solek mampu merendahkan IQ bayi dalam kandungan.
– Gambar hiasan

Hamil merupakan saat yang dinanti-nantikan setiap wanita terutama bagi mereka yang merindui kehadiran seorang bayi dalam kehidupan berumahtangga. Ketika mendapati diri mereka hamil, kebanyakan wanita akan menjaga kandungan mereka dengan sangat berhati-hati.

Sayangnya, ramai wanita hamil masih melakukan rutin yang sama seperti ketika belum hamil dan salah satunya ialah menggunakan alat solek atau produk kosmetik.

Pada masa ini terdapat perdebatan berkenaan kesan penggunaan alat solek terhadap kehamilan. Ramai pakar kesihatan berpendapat, kandungan bahan kimia yang dikenali sebagai phthalates pada alat solek mampu menurunkan darjah kecerdasan (IQ) anak dalam kandungan.

“Hingga kini kami beranggapan, phthalates mampu memberikan impak negatif pada kesihatan otak bayi dalam kandungan. Kami mengetahuinya setelah melakukan kajian untuk memeriksa tahap IQ anak-anak.

Pendedahan tinggi pada phthalates mencatatkan tahap IQ sekitar enam hingga tujuh kali lebih rendah daripada bayi yang tidak terdedah kepada bahan kimia berkenaan. Tahap IQ rendah ini termasuk kesukaran dalam menumpukan perhatian dan mengingat sesuatu benda,” 
jelas ketua penyelidik daripada Columbia University’s Mailman School of Public Health, Profesor Robin Whyatt.

Tambahnya, phthalates merupakan bahan kimia yang mampu merosakkan hormon manusia dan daripada penyelidikan sebelumnya mendapati, bahan itu menjadi faktor dalam peningkatan risiko diabetes dan asma.

“Dalam alat solek, ia digunakan untuk melarutkan bahan kimia lain dan banyak digunakan dalam pewarna kuku,” ujarnya.

Sumber : Kosmo Online 

P/S: Ini adalah kajian dari penyelidik, terpulanglah kepada wanita di luar sana. Mungkin ada kebenaran, tambahan pula segalanya kini terdedah kepada pencemaran.
Bersolek biaralah ala kadar. Sebenarnya yang neutral itu lebih indah dan cantik dan kecantikan yang hakiki adalah di mata Penciptanya. Wallahhualam.

07 January 2015

Dulu Dayang Senandung..Kini Puteri Salju

Perbezaan yang amat ketara!!!

Dulu Dayang Senandung..kini kembali putih, cerah berseri semulajadi tanpa suntikan Botox!!!
Istiqomah dengan pengambilan Vitamin C dan ESP...

Cerah berseri seperti Puteri Salju...

Testimoni Puan Zuri selepas mengamalkan Vitamin C dan ESP..

MANFAAT VITAMIN C

 

Imuniti

- dengan pengambilan vitamin c secara teratur dapat melindungi badan dari infeksi dan juga akan menguatkan tulang dan gigi kita termasuk mempercepatkan penyembuhan luka. Sebab itu jugalah wanita dalam pantang digalakkan untuk mengambil oren sebagai bahan untuk mempercepatkan penyembuhan luka.

Antioksidan

- ia berfungsi sebagai antioksidan yang menghalang serangan radikal bebas di sekeliling kita. Apabila badan terhindar dari risiko serangan radikal, maka sudah tentu peluang untuk kita dijauhkan dari penyakit yang disebabkan oleh sistem imun badan dapat dielakkan.

Hypertension

- ia juga dapat menurunkan kadar tekanan darah, dengan itu dapat mengurangkan risiko darah tinggi.

Kecantikan kulit

- banyak kebaikan vitamin c dalam mengekalkan kulit yang cantik. Ia merangsang pengeluaran kolagen. Kolagen adalah sangat perlu kerana ia umpama gam yang mengikat sel-sel kulit kita untuk sentiasa tegang. jika kehilangan kolagen, kulit akan nampak berkedut dan tidak tegang.
- mengurangkan garis-garis halus yang tidak diingini.
- memutihkan dan memulihkan keadaan kulit yang kusam.

kt:Permata Cintaku




Manafaat Energizing Soys Protein

 


-Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

-Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

-Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

-Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.

-Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

-Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

-Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

-Alhamdulillah lepas amalkan ESP, jarang kena serang gastrik. Sebab saya mempunyai gastrik kuat sejak usia 15tahun. Syukur ESP banyak membantu saya.



Hubungi saya di sini:
PM : https://www.facebook.com/preciousInsyirah
Whatsapp : 012-6874142
Blog : http://preciousinsyirah.blogspot.com/

Alfalfa yang superb!!!

Pin...pin..Pon..Pon...

Promosi Alfalfa Januari Ini... Beli 6 Percuma 1!!!
Promosi Alfalfa Januari Ini... Beli 6 Percuma 1!!!
Promosi Alfalfa Januari Ini... Beli 6 Percuma 1!!!
Promosi Alfalfa Januari Ini... Beli 6 Percuma 1!!!

Promosi Alfalfa Januari Ini... Beli 6 Percuma 1!!!
Promosi Alfalfa Januari Ini... Beli 6 Percuma 1!!!
Promosi Alfalfa Januari Ini... Beli 6 Percuma 1!!!
Promosi Alfalfa Januari Ini... Beli 6 Percuma 1!!!

 

Oh Alfalfa...

Ramai yang bertanya tentang alfalfa...
kak...alfalfa ni "milk Boosters" ya?..
^_^ ya dik... Alfalfa juga dikenali sebagai penggalak susu...
Mari akak kongsikan khasiat kelebihan alfalfa ini ya...

 Khasiat daun alfalfa :

~Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.

~Melegakan sakit sendi dan belakang.

~Menghilangkan kelesuan dan tekanan.

~Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)

~Memberi kelegaan semasa haid.

~Merawat arthitis

~Bagus untuk elergi dan ekzema

~Merawat asma

~Mencuci usus bagi membuang toksik

~Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkita dalam buah pinggang

 ~Meneutralkan asid dalam badan

  ~Merawat masalah keputihan pada wanita

  ~Membesar dan menegangkan payudara

  ~Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri

 ~Memulihkan urat selepas bersalin

 ~Membantu masalah penghadaman dan pencernaan

  ~Meningkatkan stamina seorang suami

  ~Melegakan sembelit

[AMARAN : Alfalfa TIDAK BOLEH diambil oleh pesakit SLE]


PERBEZAAN ALFALFA jenama Shaklee: Alfalfa Complex merupakan suatu Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam 1950-an. Kami hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforous, zat besi, dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin.

Jadi mari dapatkan alfalfa anda sekarang..

PM: Precious Insyirah
Sms/What Apps : 012-6874142

06 January 2015

Sup ikan merahku yang paling simple...


Rasa tak sedap badan...tekak rasa payau..

Teringin  nak makan sup ikan merah...

Resepi  simple
4biji bawang merah
2biji bawang putih
sedikit halia...
2biji ubi kentang 
Daun sup
Bunga Lawang
Bunga Cengkih
Kayu Manis
Ikan merah...
sedikit lada hitam
Garam

Tumis bawang merah dan bawang putih, Bunga Lawang, Bunga Cengkih, Kayu Manis dan halia..
Dah naik bau..masukkan ubi kentang..air dan renehkan...

Dah empuk kentang..masukkan  ikan merah...lada hitam,garam dan daun sup..

Gaul dan siap... makan dengan nasi  panas.
Arma buat semangkuk cili potong letak limau dan kicap kipas udang.. memang sedap sangat...
Alhamdulillah anak-anak pun suka.

Precious Insyirah
Alhmdulillah.

Manfaat Susu Dalam kehidupan seharian.


[Kelebihan  segelas  susu]

Pagi ini Arma  minum segelas susu panas...
selepas  mendapat  nasihat pakar gynae, tambahan pula kerap gastrik sejak kebelakangan  ini.

Arma kongsikan  info tentang  kelebihan  susu yang Arma  quote dari internet.

Susu merupakan minuman kesehatan yang mengandung kalsium, vitamin D, fosfor dan keseimbangan nutrisi lain yang telah terbukti untuk membangun tulang dan gigi serta dapat memperbaiki fungsi otot dan pembuluh darah.

Manfaat Susu untuk memberikan keseimbangan nutrisi. Kandungan dari segelas susu mengandung karbohidrat, protein, kalsium, fosfur dan vitamin D. Susu memiliki lemak yang rendah sehingga baik untuk memberikan energi untuk anda.

Selain itu kandungan sodium alami dan juga kalium sangat baik dalam mengatur tekanan darah yang sihat.

Manfaat susu selanjutnya adalah untuk membangun tulang yang kuat karena kandungan kalsium yang dimiliki susu mampu menurunkan risiko osteoporosis.

Untuk yang sukar minum susu..anda boleh  mencuba

Ostematrix (120biji)
RM60 sebotol.

Semoga info sihat ini bermanafaat  untuk  semua.

Precious  Insyirah 
Hidup  Untuk  Memberi.
sms  /  whatsApp  :  0126874142 

03 January 2015

Salam Maulidur Rasul


Bismillah  Walhamdulillah 
Hari ini kita  meraikan  hari  kelahiran  junjungan  besar Nabi Muhammad  saw.

Arma ingin kongsikan biodata  Rasulullah  saw.

🍁Nama: Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab

🍁Nama-nama lain : 
Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A’qib, Al-Mutawakkil.

🍁Nama-nama Gelaran : 
• Abu Qasim, Al-Amin.

🍁Bangsa : 
• Arab Quraisy

🍁Agama : 
• Islam

🍁Tarikh Lahir : 
• Hari Isnin
• 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.

🍁Bidan Nabi : 
• Ummu Mas’ud.

🍁Tempat Lahir : 
• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.

🍁Bilangan Adik-beradik : 
• Anak tunggal [ anak yatim ].

🍁Nama Ibu : 
• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.

🍁Nama Ibu Susuan : 
• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.

🍁Nama-nama Pengasuh : 
• Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.

🍁Nama-nama Isteri : 
• Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, A’isyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt. Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris.

🍁Nama-nama Anak :
• Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah.

🍁Nama-nama Bapa Saudara : 
• Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Ka’bah, Al-Muqawim, Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak.

🍁Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa : 
• Sufiah, A’tikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha’.

🍁Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam : 
• Hamzah, Al-A’bbas.
• Sufiah, Urwa.

🍁Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan : 
• Mariah al-Qibtiah, Raihanah.

🍁Nama-nama Hamba Lelaki : 
• Aslam, Abu Rafi’, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi.

🍁Nama Anak Angkat : 
• Zaid bin Harithah bin Syarahil.

🍁Nama-nama Khadam : 
• Anas bin Malik, Abdullah bin Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghiffari.

🍁Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran : 
• Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-‘As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.

🍁Setiausaha Sulit : 
• Huzaifah b. Yaman.

🍁Sifat Fizikal : 
• Badan tinggi sedang.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap.
• Bulu dada nipis, keseluhan badan tidak berbulu.
• Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang.

🍁Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang : 
• Siddiq [ benar ], Amanah [ jujur], Tabligh [ menyampaikan ], Fatanah [ bijkasana ].

🍁Sifat-sifat Yang Mustahil:
• Kazib [ dusta ], Khianah [ pecah amanah], Kitman [ menyembunyikan ], Baladah [ bodoh].

🍁Sifat-sifat Yang Harus : 
• Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam.

🍁Pendidikan : 
• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].

🍁Pekerjaan : 
• Gembala Kambing.
• Berniaga.

🍁Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul 
 • Umur 40 tahun di Gua Hira’.

🍁Guru Pertama : 
• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.

🍁Tugas Utama : 
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

🍁Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.

🍁Keistimewaan : 
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.

🍁Gelaran Dari Kalangan Nabi : 
• Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• صلى الله عليه وسلم

🍁Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

🍁Kenangan Pahit : 
• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.

🍁Pengalaman Pertama Menerima Wahyu
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal.

🍁Pengalaman Yang Paling Menakutkan : 
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.

🍁Hijrah ke Madinah 
• Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M.

🍁Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam : 
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa :Khadijah [isteri Nabi]
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.

🍁Sahabat-sahabat Kanan :
• Abu bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.

🍁Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat : 
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].

🍁Berita Yang Mengembirakan : 
• Keislaman Umar bin al-Khattab.

🍁Berita Yang Menyedihkan : 
• Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

🍁Peristiwa Yang Mengembirakan : 
• Pembukaan Kota Mekah.

🍁Penglibatan Dalam Peperangan : 
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.

🍁Nama Tempat Yang Pernah Dilawati : 
• Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].

🍁Catat Rekod Dunia : 
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].

🍁Isteri Yang Paling Disayangi : 
• ‘Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ].

🍁Anak Yang Paling Disayangi : 
• Fatimah.

🍁Cucu Yang Paling Disayangi : 
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.

🍁Sahabat Yang Paling Disayangi : 
• Abu Bakar.  

🍁Nasihat Nabi : 
• “Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.”

🍁Wasiat Nabi : 
• Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ] “Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”

🍁Syafaat Nabi : 
• Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.

🍁Tarikh Wafat : 
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.

🍃Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Sebagai umatnya  sewajarnya  kita mengetahui  biodata  kekasih  Allah  ini.

Salam Maulidur  Rasul...

Google+ Followers

Testimoni Shaklee

 

Shaklee Different

Shaklee Different

Ziarah Blogku