Social Icons

25 November 2013

La Tahzan, Ma... Jangan Bersedih...

~~~~
Ujian
~~~~
Pagi, ini sampai pejabat, aku diuji lagi, bilikku habis basah kuyup air bergenangan atas meja. printer, karpet dan almari kabinetku rosak...kembang dalam air yang bergenang.

Air hujan yang turun masa cuti 2hari lalu, turun melalui dinding...bukan sekali aduan dibuat, tapi..hhmmm susah nak cakap. Biarlah Allah saja yang tahu...cuma kali ini kebocoran syiling sangat-sangat kritikal.

Rasa sebak sangat2 dan terkilan, kerana kontraktor yang bertanggungjawab menjadikan bilikku makin teruk...

Semuanya bercampur baur... Mulanya rasa kesal dengan apa yang berlaku..
Tapi aku ada Allah, aku serahkan semua padaNya.

Aku berpegang pada janji Allah:
"Dan Janganlah Kamu Bersikap Lemah Dan Janganlah Pula Kamu Bersedih Hati Padahal Kamulah Orang-orang Yang Paling Darjatnya Jika Kamu Orang-Orang Yang Beriman"

Buat masa ini aku menumpang bilik rakan sekerja yang cuti bersalin 3bulan. Terima kasih Yan, izinkan diriku menumpang bilikmu buat sementara waktu.


La Tahzan...

Precious Insyirah
Ujian itu membuat kita lagi matang

20 November 2013

Selamat pagi sahabat.

Assalammualaikum wth sahabat - sahabat yang dirahmati Allah. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Ameen...Ameen...Ameen

19 November 2013

Ubat-ubatan yang boleh menghasilkan homolisis...

G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.

Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang selalunya dialami oleh bayi lelaki. Para ibubapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak merbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah.

Setiap bayi yang baru dilahirkan, contoh darah meraka akan diambil untuk dianalisis seperti jenis darah, kekurangan G6PD tahap bilirumin dan sebagainya. Selalunya bayi yang mengalami G6PD akan mendapat jaundice (demam kuning) pada hari pertama kelahiran lagi. Jika tahap bilirumin terlau tinggi sehingga tidak dapat diterima oleh bayi, permindahan darah mesti dilakukan. Biasanya darah akan diambil dari bapa bayi tersebut.


 
sumber:http://web.archive.org/web/20060218135429/us.geocities.com/maizurahm/g6pd.htm




Q&A Mengenai G6PD...


S1 : Apakah glukosa-6-fosfat dehidrogenase (G6PD)?

G6PD ialah sejenis enzim yang diperlukan untuk menstabilkan membran sel darah merah dengan pengaktifan (inactivation) kompoun oksidan. Jika G6PD berkurangan sel-sel merah akan menjadi rosak dan pecah (hemolisis) apabila pesakit termakan atau terdedah kepada bahan-bahan yang mempunyai ciri-ciri pengoksida. Lebih kurang 3-5% penduduk Malaysia kekurangan G6PD.

S2 : Apakah gejala-gejala dan tanda-tanda pesakit defisiensi G6PD?

Bagi bayi baru lahir. Kekurangan G6PD boleh berlakunya jaundis yang patologik. Jaundis bayi-bayi berkenaan terlalu tinggi tahap bilirubin mereka hinggakan pertukaran darah diperlukan. Kesan-kesan sampingan seperti dibincangkan dalam 'Jaundis Neonat' boleh berlaku.

Bagi kebanyakan pesakit defisiensi G6PD hemolisis tidak ketara sehingga 48-96 jam selepas pesakit telah memakan bahan-bahan pengoksida seperti aspirin, sulfonamid, ubat malaria(seperti primaquin), naftalin dan kacang parang (fava beans). Jangkitan juga boleh menyebabkan hemolisis. Gejala-gejala hemolisis akut bagi pesakit ini ialah kepucatan yang akut dan jaundis. Hemoglobinuria (hemoglobin dalam air kencing) akan menjadikan air kencing berwarna gelap. Kematian boleh berlaku tertakluk kepada berapa teruknya hemolisis yang berlaku.

S3 : Apakah penyiasatan makmal yang perlu dilakukan?

Hemoglobin akan berkurangan apabila hemolisis berlaku dan tahap bilirubin tak konjugat(unconjugated.indirect SB) akan meningkat. Pemeriksaan hemoglobin dalam urin juga positif jika terdapat hemolisis akut.

Apabila pesakit mengalami hemolisis akut, ujian G6PD selalunya menunjukkan tiada defisiensi walaupun G6PD berkurangan dalam seseorang pesakit. Oleh itu, ujian G6PD patut dilakukan sebagai ujian penyaringan dalam semua bayi yang baru lahir atau ke atas pengidap penyakit apabila mereka sihat dan tidak mengalami hemolisis.
Pengiraan retikulosit juga akan meningkat dalam hemolisis akut yang melibatkan defisiensi G6PD.

S4 : Apakah rawatan untuk penyakit defisiensi G6PD?

Rawatan kekurangan G6PD ialah dengan cara pencegahan
1. Ujian penyaringan G6PD dilakukan di semua hospital dan klinik perbidanan ke atas bayi-bayi yang baru lahir dengan mengambil spesimen daripada darah tali pusat bayi. Bayi tidak patut dibenarkan pulang dari hospital tanpa pengetahuan status G6PDnya.
2. Jika diagnosis defisiensi G6PD telah dibuat, pencegahan daripada hemolisis perlu dilakukan dengan cara pengajaran berkenaan ubat-ubatan dan bahan-bahan makanan yang patut dielakkan daripada pesakit. Mereka patut memakai rantai "medic alert" yang memberi maklumat mengenai penyakit kekurangan enzim G6PD. Satu senarai ubat-ubatan juga perlu diberi kepada pesakit supaya mereka dapat menunjukkan kepada doctor apabila mereka memerlukan rawatan. (Apendiks)
3. Jika pesakit termakan ubat-ubatan pengoksida seperti dalam senarai yang ada dan dimasukkan ke wad dengan hemolisis akut, pemindahan darah mungkin perlu diberi jika hemolisisnya terlalu teruk. Apabila ubat atau makanan yang terlibat dihentikan, proses hemolisis berhenti dan pemulihan secara spontan berlaku. Kesan sampingan berpanjangan amat jarang berlaku.

S5 : Apakah maknanya kekurangan G6PD intermedia?

G6PD intermedia adalah suatu keadaan di mana enzim G6PD berkurangan bukannya 100% tetapi di antara 20-80% kekurangan. Pesakit G6PD intermedia harus diberi tunjuk ajar yang serupa sebab risikonya pun hampir serupa dengan pesakit G6PD.

S6 : Berapa lamakah bayi kekurangan G6PD harus dijaga di hospital?

Apakah peranan jururawat semasa bayi berada di hospital?
Dinegara Singapura semua bayi yang kekurangan G6PD dijaga di hospital selama 14 hari. Kita berpendapat bahawa sekiranya bayi lebih daripada 2.0kg, tidak jaundis dan kami puashati dengan keupayaan ibubapa maka seseorang ibu boleh membawa bayinya pulang selepas 10 hari.

Jururawat mesti mengambil masa ini untuk menerangkan tentang kekurangan G6PD (S1-S3). Ibubapa mesti faham sekiranya kelihatan kuning, bayi mesti dibawa jumpa doctor dengan serta-merta.

S7 : Bolehkah ibu menyusu badan kepada bayi yang berkurangan G6PD?

Memang boleh. Ibu yang menyusu tidak harusnya makan ubat yang disenaraikan di apendiks 4.

Tidak ada halangan bayi yang kurang G6PD menjadi orang dewasa yang sihat jika mereka tidak terdedah kepada ubat-ubat oksidan yang tercatit dalam apendiks 4.

Professor Dr Zulkifli Ismail
Dr Iean Hamzah Sendut
Ubat-ubat yang tidak boleh dimakan oleh pesakit yang mengidap kekurangan g6pd.
Primaquine
Chloroquine
Quinine
Sulfanilamide
Sulphacetamide
Sulphapyridine
Sulphamethoxazole (Bactrim)
Dapsone
Nitrofurantoin
Ciprofloxacin
Methylene Blue
Nalidixic Acid
Napthalene ( Moth balls)*

Avoid all Chinese and Malay medications

*For the first 3 weeks of life, do not use clothes exposed to mothballs.


Sumber : http://mpaweb.org.my/article.php?aid=98

Mari kita Kenali Apa Itu G6PD???

Menurut dari wikipidea, G6PD ialah (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan. Apabila sel darah merah tidak lagi mampu mengangkut oksijen dengan berkesan ke seluruh tubuh, keadaan dikenali sebagai anemia hemolytik muncul. Tambahan kepada anemia hemolytik, seseorang yang kekurangan G6PD boleh menjangka beberapa manifastasi klinikal pada keadaan mereka. Ini termasuk demam kuning baru lahir, sakit perut dan/atau sakit belakang, pening, sakit kepala, dispnea (pernafasan tidak teratur), dan palpitasi (Cecil, 1992).
Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Ia secara am. Ditemui pada mereka yang mana ibu bapa mereka berasal dari daerah yang pernah sering mengalami Malaria seperti Asia Tenggara, Afrika dan juga Mediterranean.

Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria.
 
Bagaimanakah G6PD diwarisi?
Gambar Sel darah yang tidak Normal
Sumber: Google
G6PD berlaku akibat mutasi (perubahan) terhadap gen yang terdapat pada kromosom X, iaitu salah satu kromosom yang menentukan jantina seseorang individu. Kromosom X secara tunggal dapat diketemukan dalam sel-sel gamet seperti ovum atau sebilangan nukleus yang terdapat dalam sperma. Oleh itu, kebanyakan pengidap kekurangan G6PD adalah lelaki yang mempunyai padanan kromosom XY, manakala wanita yang mempunyai padanan kromosom XX kebanyakannya adalah sebagai pembawa yang sihat sahaja. Untuk seorang wanita yang mengidap kekurangan G6PD, kedua-dua kromosom X nya perlu mengalami mutasi dimana keadaan seperti ini amat jarang berlaku.
 
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau
pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda.
Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera.


12 November 2013

Assalammualaikum wth

Assalammualaikum wth sahabat - sahabat yang dirahmati Allah dan selamat pagi

06 November 2013

Q&A: Faraj Anda Kering Ketika Bersama Suami???

Soalan:
 
Q : ISTERI saya baru melahirkan anak pertama yang kini berusia dua bulan lebih. Masalahnya, sejak melahirkan anak, faraj isteri saya terus kering yang menyukarkan hubungan kami kerana dia berasa sangat pedih meskipun menggunakan krim. Dia tidak mengalami keputihan dan kadangkala farajnya berbau. Untuk pengetahuan doktor, isteri saya bersalin secara pembedahan manakala kesan pembedahan itu ada kalanya bernanah dan sedikit berdarah.


BAGI wanita, terdapat cecair pelincir yang dihasilkan oleh sepasang kelenjar Bartholin yang terdapat pada bahagian dalam dan berhampiran pintu masuk faraj. Cecair ini penting dan hanya dihasilkan sekiranya wanita mengalami rangsangan seksual. Sekiranya wanita terbabit tidak terangsang, cecair pelincir ini tidak dihasilkan dan pasangan merasa kering serta tidak selesa untuk melakukan seks penetratif.

Faraj berbau mungkin petanda jangkitan kuman. Jangkitan kuman lazimnya mendatangkan lelehan, sama ada berwarna keputihan, kehijauan malah boleh juga jernih tetapi berbuih. Jangkitan kuman pada dinding faraj boleh membentuk peradangan pada tisu faraj dan menyebabkan kepedihan (akibat luka seperti melecet). Kepedihan atau kesakitan ini akan turut memberi kesan tambahan kepada mood dirinya dan tiada cecair pelincir yang dihasilkan oleh kelenjar Bartholinnya. Sumber : rahsiarumahtangga.wordpress.com

Nak cara yang lebih semulajadi? Saya cadangkan Alfalfa Complex. Mengandungi 7 enzim pencernaan dalam kuantiti secukupnya untuk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan, mengandungi klorofil. Alfalfa juga mengandungi 16 vitamin, 17 mineral, gentian dan amat kaya dalam protein. Mengandungi mineral surih berbanding mana-mana tumbuhan yang diketahui manusia.


Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria.

Tidak semua alfalfa adalah sama, alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia. Sumber : vitaminsemulajadi.com

Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi. Sumber : shaklee.com.my

Tahukah anda Alfalfa ni mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam “hubungan” suami isteri (enhance libido). ..Jadi jika rasa rasa mcm teruja nak cuba.. silakan yaa Sumber : mamafaiz.com

Dilla Jalil alfalfa mmg best..dilla pernah tanya hasben (lepas bersama selepas 100hari berpantang) ada rasa lain tak??hasben dgn serba salah ckp adalah lain sikit lepas bersalin ni..dh kurang grip!tp lepas ambil alfalfa..katanye ketat mengalahkan anak dara ko!!hehehe..i luv alfalfa!! ♥

Pn Dilla (dari link ini)
"....Semenjak mama mengamalkan alfalfa, masalah keputihan mmg kurang. Ini kerana..terus terang mama cerita..baba sangat2 memuji selepas mama mengamalkannya. Hubungan kami juga menjadi lebih mesra. Bila baba dah puji, mama seronoklah..heheeee. Mama terasa diri mama begitu bersih, lagi satu nak solat pun senang..tidak perlu risau!
Sumber : mamafaiz.com

Sumber terbaik? Semestinya Alfalfa Complex daripada Shaklee! Jom dapatkan harga promosi 330biji dan 700biji daripada saya!
kt: Umi Nazrah
 
Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Armawati Ariffin (ID 858240)
♥ SMS/call/whatsapp : 012-6874142
♥ Facebook: Precious Insyirah



Izzah jatuh katil...

Assalammualaikum wth...
Ahad malam isnin yang lepas, anak kecilku Izzah jatuh katil..

Terkejut ibu & ayah bila dengar tangisan Izzah...

Apa tidaknya... terkejut sangat-sangat kami dibuatnya...
Memang puas pujuk Izzah dan check jika ada lebam kat mana-mana...

Ini puas ibu..gugel...maklumat info tentang bayi yang terjatuh katil...

Info ini dari blog Dr.Saiful.blogspot.com


Sumber: Google
 
Pada umur anak 5 bulan ke atas si manja anda sudah boleh bergolek2 jadi perlu pengawasan yg lebih supaya si manja anda tidak terjatuh.

Jika si manja anda terjatuh tanda2 berikut perlu di pantau dan jika terdapat tanda2 tersebut perlu membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah2 memancut
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan (fit)
6. Lebam pada bahagian belakang telinga
7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan

Semua tanda2 yg dinyatakan perlulah diperhatikan terutamanya dlm tempoh 24 jam selepas terjatuh.

So far, lepas ibu tengok..Izzah tak nampak apa-apa perubahan...


Kali ini ibu & ayah perlu lebih hati-hati lagi...

~Precious Insyirah~

02 November 2013

Promosi Vivix Nov 13 datang lagi...


 
Bulan November ini produk promosi Shaklee sangat2 istimewa dan hebat. Kenapa?? Kerana ianya adalah Vivix™ yang telah dipatentkan hanya dari Shaklee!! c:

Vivix merupakan minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

Vivix ™ mengandungi campuran unik
- botani Polygonum Cuspidatum
- Anggur Muscadine
- Elderberi Eropah
- dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.

Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.



Dalam aging proses, VIVIX bertindak dalam 4 cara di celular level:

1. Mempertahankan sel (cell defense)
2. Memberi tenaga kepada sel (cell energy)
3. Mekindungi dan memperbaiki sel (protection and cell repair
4. Meningkatkan prestasi sel (cell performance)

Selain itu, VIVIX turut memberikan BONUS TAMBAHAN kepada anda dalam membantu dari segi:



ANTARA TESTIMONI VIVIX c:

 
 

Ops, ada juga antara artis kita yang regular menggunakan syrup Shaklee ini ya Antaranya Puan Ayu Raudhah
 

Hebat bukan? Hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Your Shaklee Independent Distributor; Armawati Ariffin (ID 858240)
♥ SMS/call/whatsapp : 012-6874142
♥ Facebook: Precious Insyirah


--> Nak beli 1 botol sahaja pon bleh, malah harga lebih murah berbanding biasa!!:
--> Lebih hebat lagi, pe,belian 2 botol vivix sahaja melayakkan anda mendapat keahlian percuma!!


Vivix TIDAK SESUAI utk IBU Mengandung, IBU menyusu & mereka yg berumur 18 TAHUN kebawah

Bengkak Pada Bahagian Sulit Anak Lelaki



Ada beberapa keadaan yang boleh meyebabkan bengkak (swelling) pada bahagian sulit anak. Yang paling kerap terjadi adalah hydrocele dan hernia (angin pasang)

1. Hydrocele
Hydrocele biasanya dapat dikenalpasti semasa lahir. Ia adalah keadaan di mana lendir pada selaput testis masih belum diserap pada kadar yang sepatutnya. Ini meyebabkan scotum (kantung testis) nampak besar drp biasa.
Jika lendir tersebut tidak banyak tiada rawatan spesifik perlu dilakukan kerana lendir itu akan diserap selepas 3-4 bulan kemudian. Namun jika lendir tersebut agak banyak maka satu pembedahan ringkas perlu dilakukan bagi membuang lendir tersebut.

2. Hernia
Hernia boleh didapati semasa lahir atau kemudian. Ia berlaku apabila otot pada bahagian " hernial orrifice" atau lubang hernia tidak kuat. Ini membolehkan usus memasuki lubang tersebut dan menyebabkan pembengkakan pada pangkal peha atau pada scrotum. Jika hernia agak besar ataupun tidak boleh dimasukkan kembali (irreduceable hernia) maka pembedahan perlu dilakukan bagi membetulkan keadaan ini.

Gambar menunjukkan kaitan antara testis dengan hydrocele dan hernia.


Hydrocele pada scrotum kanan
 

~Precious Insyirah~
##Hidup Untuk Memberi##
 
 

Google+ Followers

Testimoni Shaklee

 

Shaklee Different

Shaklee Different

Ziarah Blogku