Social Icons

23 September 2014

Tips Blogging: 5 Jenis Entri Blog Yang Mendapat Trafik Tinggi

sumber:google

 

5 Jenis Entri Blog Yang Mendapat Trafik Tinggi

Petang tadi, kakma blogwalking sebentar..nak tambah ilmu dan pembacaan, Alhamdulillah bertemu dengan blog Liza Razak...Sangat bagus perkongsian dari beliau. Tambahan pula Kakma cetek sangat ilmu mengenai blogging ini. Justeru itu, kakma ingin kongsikan tips 5 entri blog yang mendapat trafik tinggi.
Selamat membaca (^_^)
1. Senarai tips Berguna
Selain penulis blog, saya juga merupakan pembaca blog. Jadi, saya memang tahu sangat yang ini. Pembaca lebih suka dan mudah tertarik dengan jenis entri yang berunsurkan Senarai tips, contohnya 10 tips diet paling mudah, 10 tips memujuk kekasih hati dan macam-macam lagi. Senang je, saya pasti korang teror bab ni!
2. Senarai Popular atau Terbaik
Ini sebenarnya lebih kurang dengan yang jenis entri yang saya sebutkan di atas, cuma bezanya hanyalah korang cuba senaraikan fakta atau maklumat yang betul-betul POPULAR. contoh, 5 senarai pelakon PALING POPULAR tetapi lakonan hampeh. hahahaha!!! Ok, ini contoh jelah. Janganlah emo. Cuma, kata kuncinya ialah masukkan saja keyword POPULAR! Siap, tunggu saja trafik masuk  :P
3.  Entri berunsurkan nasihat berguna
Ok, ini pun salah 1 jenis entri yang paling mendapat sambutan diblog Lizarazak ni. Ideanya, kita cuba sampaikan maklumat berguna atau nasihat yang positif pada pembaca. Tak kiralah nasihat tu berunsurkan agama atau mungkin hal kehidupan seharian kita. Fikirkan sekarang!
4. Entri berunsurkan soalan pada pembaca
Ini trick paling simple tapi berkesan. hehehehe!! Ok, senang je. Korang cuma perlu fikirkan 1 contoh bentuk permasalahan semasa yang tengah hot waktu sekarang dan cuba hasilka 1 bentuk soalan atau pertanyaan yang boleh buat pembaca blog teruja nak datang baca entri tersebut dan pastikan soalan tu tidak terlalu sensitiflah. Nanti, kalau terlalu sensitif payah juga. Boleh buat gaduh. Ini kena belajar. heh!!!
5. Entri berunsurkan perdebatan
Ini adalah 1 jenis entri yang perlukan risiko agak tinggi. Masih ingat tak, 1 ketika dulu saya pernah kena “bambu” dengan segelintir pembaca gara-gara entri Bantahan terhadap Drama Tahajjud Cinta. Tapi Makin Ramai Yang Teruja Tengok? Itu contoh entri berunsurkan perdebatan. Memang best sebab entri pasal Tahajjud Cinta ni antara sumber Trafik Organik untuk blog saya. Saya ada tulis entri Keyword Tahajjud Cinta Penyumbang Trafik Organik Terbanyak ni tapi ada risikolah. Kalau berani, cubalah.hehehehe!

2 comments:

Testimoni Shaklee

Testimoni (47)
 

Shaklee Different

Shaklee Different

Ziarah Blogku