Social Icons

25 September 2014

Dahsyatnya kelebihan terung yang kita tidak ketahui...

Dahsyatnya kelebihan terung yang kita tidak ketahui...
 
Terung merupakan salah satu jenis sayuran bewarna ungu yang memiliki kandungan nutrisi yang sangat luar biasa. Ini kerana, terung mengandungi kalsium, mineral, kaya serat, bioflavonoid serta vitamin K. Kita mungkin sudah sering makan sayuran ini tanpa mengetahui begitu besarnya khasiat sayuran terung tersebut. Mulailah mencintai sayuran tersebut, kerana kami akan mengulas kebaikan sayuran yang satu ini. Lalu, apa saja manfaat terung bagi kesihatan tubuh?
 
Sumber : Google
 
 
1. Makanan Otak.
Kandungan nutrisi phyto pada terung merupakan salah satu nutrisi yang sangat diperlukan oleh organ otak. Jadi, bagi anda yang bingung untuk memilih jenis makanan yang mampu memberikan nutrisi kepada otak, maka terung akan menjadi salah satu solusinya.

 
2. Pencernaan Yang Lebih Baik. 
 Kandungan serat yang tinggi dalam terung dapat membantu menyehatkan saluran pencernaan serta menghindarkan kanser yang boleh menyerang usus besar anda.

 
3. Pencegah Diabetes.
Terung merupakan sumber serat dan rendah karbohidrat larut yang sangat baik untuk mencegah penyakit diabetes.

 
4. Makanan Untuk Jantung.
Terung dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat yang beresiko membahayakan organ jantung tersebut.

 
5. Pengawal Tekanan Darah Tinggi.
Kandungan bioflavonoid berperanan besar dalam membantu menurunkan tekanan darah tinggi yang boleh mengancam kualiti kesihatan tubuh anda.

 
6. Tulang Yang Lebih Sihat Dan Kuat. Kandungan kalsium dalam terung dapat memperkuat dan mempertahankan kekuatan sendi dan tulang.
 
7. Pencegah Anemia.
Kandungan zat besi dalam terung akan membantu mencegah anemia atau kurang darah yang mungkin diderita oleh sebahagian orang.

Ada yang suka makan terong?
 

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers

Testimoni Shaklee

 

Shaklee Different

Shaklee Different

Ziarah Blogku