Social Icons

14 April 2014

Kehamilan dan Hipertensi: Apa yang Patut Saya Lakukan?

Hamil...

Setiap wanita yang hamil, pasti merasakan dirinya adalah insan bertuah yang dianugerah Allah rezeki dan amanah yang tidak ternilai...Namun begitu adakala berlaku komplikasi ketika hamil, dan komplikasi ketika hamil ada kalanya tidak boleh dielak dan ia sering berlaku tanpa sebarang amaaran. Oleh itu anda seharusnya menjalani pemeriksaan antenatal yang kerap dari awal kehamilan.

Anatara komplikasi berikut ialah darah tinggi@PIH (pregnancy induced hypertension), hipertensi ketika kehamilan.
 
Pertama sekali, perkara penting yang perlu diingati ialah: ibu hamil yang mendapat hipertensi tidak patut mengambil diet yang rendah sodium!(garam).


Sumber: Google

Dalam kes hipertensi dalam individu biasa, pengurangan sodium adalah diperlukan untuk menurunkan tekanan darah. Tetapi, strategi yang sama tidak boleh diaplikasikan ke atas hipertensi dalam kehamilan. Hal ini demikian kerana sodium diperlukan untuk penyimpanan air dalam badan dan meningkatkan volume darah. Oleh itu, amaun sodium yang tertentu tetap diperlukan untuk melahirkan bayi yang sihat. Sebagai kesimpulannya, merujuk kepada Panduan Pemakanan Malaysia (MDG), ibu hamil yang mendapat hipertensi harus mengambil tidak lebih daripada 2000 mg sodium sehari, sama dengan 5 g garam.


Suplemen kalsium juga memberi manfaat dalam pengurusan hipertensi dalam kehamilan. Ini disebabkan kekurangan kalsium merupakan salah satu faktor yang membawa kepada hipertensi dalam kehamilan.

Banyak kajian menunjukkan bahawa pengambilan suplemen kalsium dapat mengurangkan darjah keparahan pre-eclampsia selain dapat mengurangkan risiko para ibu hamil untuk mendapat hipertensi. Pengambilan suplemen kalsium sebanyak 1500-2000 mg sehari disyorkan untuk hipertensi dalam kehamilan (WHO, 2011).


 
Panduan Perancangan Menu (daripada American Dietetic Association, ADA):
Makanlah sekurang-kurangnya:

3 hidangan bijian dan produknya terutamanya produk yang ditambah dengan kandungan zat besi.
  • 2-3 hidangan sayur-sayuran. Ini adalah termasuk sekurang-kurang 1 hidangan sayur hijau atau merah yang kaya dengan Vitamin C.
  • 2 hidangan buah-buahan.
  • 2-3 hidangan daging, ikan atau poltri yang kurang lemak.
  • 3 hidangan susu atau produk susu (rendah lemak atau tanpa lemak) untuk mendapat kalsium dan Vitamin D yang mencukupi.


 
Sumber: World Of Blood Presure


Berminat boleh hubungi saya sekarang:

WA/SMS : 0126874142 Arma Ariffin
BLOG:
http://preciousinsyirah.blogspot.com/

Page:https://www.facebook.com/pages/Precious-Insyirah-Wardrobes
COD : Sekitar Kulim High Tech, Taman Kenari dan Sekitar Taman Selasih

Jaminan saya untuk anda:

1) FREE Consultation dan After Sale Service (bimbingan exclusive dari saya)

 

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers

Testimoni Shaklee

 

Shaklee Different

Shaklee Different

Ziarah Blogku