Social Icons

02 November 2013

Bengkak Pada Bahagian Sulit Anak Lelaki



Ada beberapa keadaan yang boleh meyebabkan bengkak (swelling) pada bahagian sulit anak. Yang paling kerap terjadi adalah hydrocele dan hernia (angin pasang)

1. Hydrocele
Hydrocele biasanya dapat dikenalpasti semasa lahir. Ia adalah keadaan di mana lendir pada selaput testis masih belum diserap pada kadar yang sepatutnya. Ini meyebabkan scotum (kantung testis) nampak besar drp biasa.
Jika lendir tersebut tidak banyak tiada rawatan spesifik perlu dilakukan kerana lendir itu akan diserap selepas 3-4 bulan kemudian. Namun jika lendir tersebut agak banyak maka satu pembedahan ringkas perlu dilakukan bagi membuang lendir tersebut.

2. Hernia
Hernia boleh didapati semasa lahir atau kemudian. Ia berlaku apabila otot pada bahagian " hernial orrifice" atau lubang hernia tidak kuat. Ini membolehkan usus memasuki lubang tersebut dan menyebabkan pembengkakan pada pangkal peha atau pada scrotum. Jika hernia agak besar ataupun tidak boleh dimasukkan kembali (irreduceable hernia) maka pembedahan perlu dilakukan bagi membetulkan keadaan ini.

Gambar menunjukkan kaitan antara testis dengan hydrocele dan hernia.


Hydrocele pada scrotum kanan
 

~Precious Insyirah~
##Hidup Untuk Memberi##
 
 

No comments:

Post a Comment

Testimoni Shaklee

Testimoni (47)
 

Shaklee Different

Shaklee Different

Ziarah Blogku