Social Icons

04 June 2012

Tips Pantas Untuk Penyusuan Badan Yang Berjaya



Masa saya sekarang ini memang perlu di isi dengan pantas, perlu menaip dengan laju untuk memaksimumkan penggunaan masa. Jom saya kongsikan Tips Pantas utk Penyusuan Badan yang Berjaya.

BERSABAR
Sekiranya ini adalah anak yang pertama, menyusu badan mungkin tidak semudah atau seselesa yang anda jangka. Bersabarlah dan teruskan untuk beberapa minggu. Ia akan menjadi lebih mudah apabila anda dan bayi anda sudah dapat menyesuaikan diri dengan satu sama lain.
TERATUR
Bayi anda belajar dan mengamalkan teknik penyusuan badan yang betul melalui pengalaman penyusuannya. Ini bermakna bahawa adalah sangat penting untuk anda meletakkan bayi dipayudara setiap kali menyusunya. Apabila kedua2 payudara dan botol diberikan pada masa yang sama, bayi akan keliru dan mungkin menolak payudara. Perkara terbaik adalah untuk mengelak dari menggunakan puting selama sekurang-kurangnya beberapa minggu pertama.
KEYAKINAN
Yakinlah yang bayi anda mendapat susu yang mencukupi dari penyusuan  badan. Ramai ibu baru bimbang bahawa bayi mereka tidak mendapat khasiat yang mencukupi dari susu ibu. Jadi pemakanan yang sihat dan seimbang adalah sangat penting untuk memastikan bayi mendapat cukup nutrien.
JANGAN TAKUT UNTUK MENDAPATKAN BANTUAN
Kadang-kadang anda mungkin memerlukan bantuan khusus mengenai penyusuan badan, seperti memahami pelbagai kaeda penyusuan badan. Adalah penting untuk meminta pertolongan dari kaunselor terlatih, atau mendapat sokongan dan nasihat dari ibu-ibu berpengalaman yang lain.

Kredit dari Iffah Anuar
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Moga tips yang saya kongsikan ini dapat membantu ibu-ibu untuk menjayakan Penyusuan Badan. Sekiranya ibu-ibu ingin mendapatkan supplement Shaklee untuk menyokong kesihatan dan penyusuan badan, Ibu-ibu bolehlah berhubung terus dengan saya untuk khidmat nasihat PERCUMA dan membuat pesanan di ummiamir81@gmail.com atau di talian 012-6874142


Selamat beramal, meraih fadhilat Rejab dengan sebaiknya.
Salam sayang dari saya!

PreciousInsyirah | Shaklee Independent Distributor (Shaklee ID-858240) | 012-6874142 | ummiamir81@gmail.comPrecious Insyirah Wardrobe's  |

No comments:

Post a Comment

Testimoni Shaklee

Testimoni (47)
 

Shaklee Different

Shaklee Different

Ziarah Blogku