Social Icons

05 February 2015

Wanita mudah alami patah tulang sendi pinggul

Alhamdulillah...
Menjelang lunch, Arma sempat blogwalking beberapa blog untuk tambah ilmu -ilmu mengenai kesihatan...



Salah satu blog yang Arma jumpa dari intim.wordpress.com, ada berkongsi tentang satu artikel tentang "Wanita mudah alami patah tulang sendi pinggul".

Benarkah artikel ini?...jom mari kita baca bersama-sama...

 
 

Oleh Hafizah Iszahanid

Penggambilan kalsium, vitamin D elak risiko tulang reput
PATAH tulang sendi pinggul bukan sekadar patah tulang, sebaliknya menjadi penanda aras berlakunya perubahan dalam gaya kehidupan seseorang.
Bagi golongan muda, patah tulang sendi pinggul biasanya disebabkan kemalangan jalan raya atau kecederaan sukan, tetapi mereka yang berusia 65 tahun ke atas kerana tulang semakin rapuh.

Oleh itu, patah tulang sendi pinggul lebih kerap berlaku pada mereka yang berusia. Apabila usia meningkat, tulang semakin rapuh dan kejadian seperti jatuh boleh menyebabkan tulang sendi pinggul patah.

Patah tulang sendi pinggul sebenarnya masalah global. Contoh di Amerika, kajian mendapati lebih 300,000 dimasukkan ke hospital setiap tahun kerana masalah itu.
Pakar Perunding Ortopedik dan Pembedahan Trauma, Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Dr CHin Chee Howe, berkata di Asia pula, kira-kira 50 peratus kes patah tulang sendi pinggul berlaku menjelang 2050.

“Sebenarnya patah tulang sendi pinggul boleh berlaku tanpa mengira usia, tetapi biasanya pada mereka yang berusia 65 tahun ke atas. Ada banyak sebab masalah itu berlaku dan punca utamanya kerana kurang kalsium,” katanya.
Dr Chin berkata, apabila semakin berusia, tulang perlahan-lahan kekurangan mineral dan menjadi kurang padat.

Katanya, kehilangan mineral itu menyebabkan tulang lemah dan tulang sendi pinggul mudah patah.

“Berbanding lelaki, wanita lebih berisiko mengalami masalah patah tulang sendi pinggul kerana kepadatan tulang wanita lebih mudah merosot terutama selepas putus haid. Selain itu, jangka hayat wanita lebih lama berbanding lelaki.
 
“Pereputan tulang berlaku lebih cepat dari dalam. Justeru, pengambilan kalsium harus ditingkatkan sejak muda. Dalam satu kajian, pengambilan kalsium di kalangan orang Malaysia adalah antara 300 hingga 500 miligram (mg) sehari, yang mana tidak mencukupi,” katanya.

Dalam satu kempen imbasan tulang yang dilakukan di seluruh negara oleh Fonterra Brands, satu daripada setiap dua wanita yang berusia 50 tahun ke atas berhadapan dengan risiko tinggi masalah kesihatan tulang.
Pengurus Penyelidik Nutrisi, Fonterra Brands, Aaron Lambert, berkata daripada imbasan rawak di seluruh negara didapati 50 peratus wanita yang putus haid berisiko tinggi dan perlu mengambil langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko tulang lemah.

Simptom patah tulang sendi pinggul
a) Terlalu sakit di pinggul atau pangkal paha
b) Rasa tegang, lebam dan bengkak di kawasan pinggul
c) Kaki pendek sebelah

Langkah pencegahan
Ada banyak cara untuk mencegah patah tulang sendi pinggul. Yang paling penting dan perlu diberi keutamaan ialah lakukan usaha mencegah masalah rapuh tulang (osteoporosis) terlebih dahulu iaitu mengambil lebih banyak kalsium dan vitamin D. Minum susu dan makan makanan yang tinggi kalsium selain susu seperti keju, yogurt dan sayur-sayuran hijau. Di pasaran, ada banyak susu antaranya susu untuk nutrisi tulang, contoh Anlene.

INFO: Faktor risiko
  • Lanjut usia
  • Keadaan kesihatan yang kronik
  • Jantina (perempuan lebih berisiko)
  • Genetik
  • Kurang kalsium dan vitamin D
  • Menghisap rokok dan minum alkohol

  • ###########################################################
    Ok..dah bacakan artikel ini, bagi yang ada masalah seperti di atas, perlulah mengambil tindakan awal supaya tidak timbuk masalah di kemudian hari.

    Antara ikhtiar yang boleh kita lakukan ialah dengan mengambil Ostematrix dalam kehidupan kita seharian. Ia adalah alternative kepada sesiapa yang ada masalah untuk minum susu. Memadai 4biji ostematrix sebelum tidur...malah membantu dirimu tidur dengan lebih nyenyak sepanjang malam serta segar di pagi hari.

    Kajian dibuktikan secara kilinikal & biovailabiliti menunjukkan kalsium Ostematrix diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan.


    Mai kita rebut peluang sempena promosi ostematrix ini...Saya juga amat meminati ostematrix..sepanjang kehamilan, saya jarang cramp kaki..Syukur Alhamdulillah...
    Jangan segan-segan ya...


    Hubungi saya di sini:
    PM : https://www.facebook.com/preciousInsyirah
      Sms/Whatsapp : 012-6874142
    Blog : http://preciousinsyirah.blogspot.com/

    No comments:

    Post a Comment

    Testimoni Shaklee

    Testimoni (47)
     

    Shaklee Different

    Shaklee Different

    Ziarah Blogku