Social Icons

13 January 2015

Cara Untuk Mendapatkan reflek 'let down'

Assalammualaikum... hari ini KakMa ingin berkongsi panduan stimulasi yg kedua iaitu mengenai "Reflek-Let Down"...KakMa mendapat maklumat ini dari blog kak engku.. Tentu ramai yang tak tahu apa itu "Reflek-Let Down". Jom kita baca mengenainya di sini:

Reflek 'let down' atau pancutan susu adalah penting untuk ibu mendapatkan susu yang banyak semasa memerah. Takungan susu tidak akan keluar sekiranya keadaan ibu tidak tenteram dan releks. Proses 'let down' akan berlaku bila ibu menggambarkan wajah bayinya sedang menghisap susu semasa memerah susu.

Cara untuk mendapatkan reflek 'let down':
  1. Releks dan perah susu di tempat yang sunyi dan jauh daripada kebisingan
  2. Letakkan tuala suam (demah) atas buah dada
  3. Urut buah dada perlahan-lahan dan cuba bayangkan wajah bayi anda sedang menyusu.
  4. Jika memerah susu dirumah tunggu sehingga 30 - 40 minit selepas anda menyusui bayi sebelum membuat perahan.
  5. Perahan ini memberi masa untuk kilang susu membuat tambahan.
Cara yang mudah untuk melarutkan perahan susu ibu yang beku, letakkan bekas dilaluan air terus (air dari paip) kemudiah barulah direndam di dalam mangkuk yang berisi air suam. Jangan menggunakan air terlalu panas kerana ini boleh membuat susu berbintil.

Adalah lebih mudah jika bekas yang berisi perahan susu ibu yang beku diletakkan di bahagian penyejuk (bahagian bawah) kira-kira 6 - 8 jam sebelum digunakan. Cara ini akan memudahkan untuk melarutkan susu beku ini.

Pastikan susu yang telah dipanaskan mencapai suhu badan, uji suhunya dengan menitik beberapa titik susu dibahagian lengan.

Jangan memasak perahan susu, tidak digalakkan memanaskan didalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven), kemungkinan akan kehilangan khasiat susu ibu dan juga kepanasannya tidak menentu. Ini akan membahayakan jika diberi kepada bayi.

Susu yang mendap akan menjadi 2 lapis, ini adalah perkara biasa. Anda hanya perlu menggoncangkan botol perlahan-lahan sebelum digunakan.Simpan perahan susu ibu dengan kadar kuantiti yang sedikit (70 - 80 ml) dalam setiap botol/bekas.

Cara ini akan mengelakkan daripada pembaziran kerana susu yang telah dipanaskan harus dihabiskan dalam masa satu jam.Susu mudah terdedah dengan jangkitan pertumbuhan bakteria. Pastikan semua botol/bekas sudu/cawan kegunaan bayi terjamin bersih. Basuh tangan sebelum menyusui bayi atau selepas menyalin lampin.

No comments:

Post a Comment

Testimoni Shaklee

Testimoni (47)
 

Shaklee Different

Shaklee Different

Ziarah Blogku