Social Icons

13 January 2015

Fakta atau Auta : Bersolek Ketika Hamil Rendahkan IQ Bayi Anda

Alhamdulillah pagi ini sempat Arma membaca akhbar KOSMO secara online...
Tertarik diruangan kesihatan yang menyatakan "Bersolek Ketika Hamil Rendahkan IQ Anak" Terkejut juga Arma bila membacanya...

Mungkin kajian dari yang pakar menemui bukti mengenai tentang ini..Arma kongsikan dengan rakan-rakan blogger di luar sana...

PHTHALATES yang digunakan dalam alat solek mampu merendahkan IQ bayi dalam kandungan.
– Gambar hiasan

Hamil merupakan saat yang dinanti-nantikan setiap wanita terutama bagi mereka yang merindui kehadiran seorang bayi dalam kehidupan berumahtangga. Ketika mendapati diri mereka hamil, kebanyakan wanita akan menjaga kandungan mereka dengan sangat berhati-hati.

Sayangnya, ramai wanita hamil masih melakukan rutin yang sama seperti ketika belum hamil dan salah satunya ialah menggunakan alat solek atau produk kosmetik.

Pada masa ini terdapat perdebatan berkenaan kesan penggunaan alat solek terhadap kehamilan. Ramai pakar kesihatan berpendapat, kandungan bahan kimia yang dikenali sebagai phthalates pada alat solek mampu menurunkan darjah kecerdasan (IQ) anak dalam kandungan.

“Hingga kini kami beranggapan, phthalates mampu memberikan impak negatif pada kesihatan otak bayi dalam kandungan. Kami mengetahuinya setelah melakukan kajian untuk memeriksa tahap IQ anak-anak.

Pendedahan tinggi pada phthalates mencatatkan tahap IQ sekitar enam hingga tujuh kali lebih rendah daripada bayi yang tidak terdedah kepada bahan kimia berkenaan. Tahap IQ rendah ini termasuk kesukaran dalam menumpukan perhatian dan mengingat sesuatu benda,” 
jelas ketua penyelidik daripada Columbia University’s Mailman School of Public Health, Profesor Robin Whyatt.

Tambahnya, phthalates merupakan bahan kimia yang mampu merosakkan hormon manusia dan daripada penyelidikan sebelumnya mendapati, bahan itu menjadi faktor dalam peningkatan risiko diabetes dan asma.

“Dalam alat solek, ia digunakan untuk melarutkan bahan kimia lain dan banyak digunakan dalam pewarna kuku,” ujarnya.

Sumber : Kosmo Online 

P/S: Ini adalah kajian dari penyelidik, terpulanglah kepada wanita di luar sana. Mungkin ada kebenaran, tambahan pula segalanya kini terdedah kepada pencemaran.
Bersolek biaralah ala kadar. Sebenarnya yang neutral itu lebih indah dan cantik dan kecantikan yang hakiki adalah di mata Penciptanya. Wallahhualam.

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers

Testimoni Shaklee

 

Shaklee Different

Shaklee Different

Ziarah Blogku