Social Icons

10 September 2013

Benarkah Kolesterol- Punca Penyakit Jantung Masa Kini?


Punca Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol? 

            
Saban hari kita diingatkan mengenai bahaya kolesterol, antaranya ia merupakan punca penyakit jantung. Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. 
Sementara itu, menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, akibat tidak bersenam dan gagal mengamalkan gaya hidup sihat dipercayai menjadi faktor bilangan penghidap penyakit jantung yang baru mencecah sehingga 38,000 orang setiap tahun.

Jumlah tersebut menggambarkan penyakit jantung sebagai penyumbang kematian terbesar di hospital-hospital kerajaan iaitu 7,597 kematian atau sebanyak 16.54 peratus daripada keseluruhan 45,936 jumlah kematian yang dicatatkan pada 2008.

Di Malaysia terdapat seramai 141 orang menghidap penyakit jantung koronari bagi setiap 100,000 orang setiap tahun iaitu bersamaan 38,000 kes baru setiap tahun.


Artikel Penuh: Utusan Malaysia

Kita semua tahu yang kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Kolesterol HDL datang untuk membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL. Kita juga diberitahu semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita mendapat penyakit jantung.

Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik. Kolesterol LDL dalam keadaan asal adalah baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel, bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL dari makanan, badan kita sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan paras kolesterol LDL dalam tubuh anda.

Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol bukan penyebab penyakit jantung seperti yang selalu digambarkan oleh media. Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine keluaran 23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh dari mereka yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal. Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan serangan jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol anda sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung.

Kolesterol LDL bukan satu-satunya penyebab masalah radang pembuluh darah. Penyebab utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil homosistein dan radikal bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak baik. Pernahkah anda mendengar tentang homosistein? Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein dalam darah yang tinggi.

Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer dari Harvard Public Health School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan dalam paras homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak tiga kali ganda. Dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995 pula, Dr. Jacob Selhub, Ph.D., melaporkan bahawa paras homosistein dalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan menyebabkan strok). Selain dari itu Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit yang mempunyai paras homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka.

Kalau dulu dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok adalah kolesterol, kajian-kajian dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan bahawa homosistein merupakan puncanya. Namun begitu kita tidak perlu bersusah hati kerana masalah tersebut dapat diatasi dengan mengambil bekalan anti-oksidan, asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang cukup.

Apa yang Shaklee tawarkan untuk kesihatan jantung yang menyeluruh adalah dengan pengambilan kesihatan jantung iaitu COQHealth Plus, Omega Guard dan Garlic Complex.

CoQHealth™ Plus - Membantu MEMBERI TENAGA KEPADA JANTUNG *

CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.

CoQ10 telah ditunjukkan dapat:
• Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
• Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
• Meningkatkan peredaran darah
• Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

Omega Guard ™ - Menggalakkan KESIHATAN JANTUNG, SENDI DAN OTAK *

Omega Guard ™ membekalkan spektrum penuh ultra tulen, asid lemak Omega-3 bergred farmaseutikal untuk menyokong jantung, fungsi sendi dan otak yang sihat *. Dibuat dengan proses penyulingan molekul proprietari berperingkat untuk ketulenan terbaik dan potensi asid lemak omega-3 termasuk EPA dan DHA. Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan. Omega Guard ™ merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan Omega Guard ™ menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.

Garlic Complex - MEMBANTU MENGEKALKAN TEKANAN DARAH NORMAL *

Kajian menunjukkan bahawa bawang putih menggalakkan kesihatan kardiovaskular dengan membantu mengekalkan tekanan darah dan paras kolestrol yang normal apabila digunakan sebagai diet rendah lemak dan kolestrol.¹ Allicin, komponen yang dijumpai di dalam bawang putih telah dibuktikan mempunyai kaitan terhadap pelbagai mekanisma antaranya termasuklah sokongan untuk mengekalkan tahap mikroorganisma berfaedah yang sihat. Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah. Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan. Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik.* Garlic Complex Shaklee menggabungkan faedah kesihatan bawang putih dengan sifat-sifat antioksidan spearmint dan rosemary.

Hubungi saya sekarang:
WA/SMS : 0126874142 Arma Ariffin
BLOG:
http://preciousinsyirah.blogspot.com/
Like My Page:https://www.facebook.com/pages/Precious-Insyirah-Wardrobes.

¹ Silagy C, Neil A. Garlic as a lipid lowering agent—a meta-analysis. Journal of the Royal College of Physicians London. 1996; 30:329-334.
Sumber:

Rujukan:            


Buku "What Your Doctor Doesn't Know About Nutritional Medicine May Be Killing You (Apa Yang Doktor Anda Tidak Ketahui Mengenai Ubat Pemakanan Mungkin Membunuh Anda)" karangan Dr. Ray Strand, seorang doktor perubatan.

No comments:

Post a Comment

Testimoni Shaklee

Testimoni (47)
 

Shaklee Different

Shaklee Different

Ziarah Blogku