Vivix antara produk terkini yang dihasilkan
Shaklee berdasarkan penyelidikan saintifik yang dilakukan selama bertahun-tahun.
Berikut adalah soalan yang selalu ditanya (Frequently Asked Question, FAQ)
mengenai VIVIX :
Q : Apa itu Vivix
A : Vivix
adalah campuran polifenol dengan paten tertunda yang kuat dan eksklusif dari
bahan-bahan botanikal yang terbukti di dalam makmal mampu memberi kesan positif
terhadap empat mekanisme utama penuaan selular, termasuk meningkatkan ketahanan
sel, tenaga sel, pembaikan sel dan prestasi sel*
Q : Apa bahan-bahan dalam Vivix
A : Vivix
mengandungi campuran resveratrol dan phytonutrient proprietari. Campuran
phytonutrient ini menggunakan sifat antioksida yang kuat pada anggur Muscadine
yang unik dan terbukti 10 kali lebih berkuasa dalam melambatkan mekanisme utama
penuaan selular berbanding resveratrol tunggal*
Q : Apa yang menjadikan anggur Muscadine berbeza daripada anggur lain?
A : Anggur
Muscadine adalah salah satu anggur yang paling jarang ditemui, paling mujarab,
dengan profil unik polifenol yang menawarkan beberapa manfaat kesihatan. Tidak
seperti anggur lain, anggur muscadine dibanggakan dengan keunggulan kepekatan
ellagitannins dan asid ellagic yang apabila digabungkan dengan polifenol anggur
muscadine lain, akan menghasilkan antioksidan yang berkuasa yang besar. * Anggur
Muscadine juga boleh hidup di dalam persekitaran yang mencabar kerana profil
fenoliknya menyediakan perlindungan tambahan terhadap bakteria, kulat, yis,
kemarau, lembapan lebihan, dan suhu keterlaluan, manakala anggur lain adalah
lebih lemah dalam persekitaran sebegitu.
Q : Apakah polifenol?
A : Polifenol
adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan sekumpulan fitonutrien yang
mempunyai faedah antioksidan dan berpotensi memberi kesan dalam perlindungan
terhadap penuaan selular. Malah, kajian menunjukkan bahawa polifenol mungkin
menimbulkan pelbagai kesan biologi sekaligus memberi ketahanan dan
penambahbaikan terhadap tahap kesihatan manusia *
Q : Apakah resveratrol?
A :
Resveratrol adalah sebatian antioksidan semulajadi yang terdapat dalam
sesetengah tumbuhan, biji benih, dan buah-buahan, termasuk anggur dan produk
dari anggur seperti wain merah. Resveratrol adalah polifenol yang telah didapati
berpotensi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan dalam kajian makmal dari
seluruh dunia. Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa resveratrol boleh
melambatkan penuaan selular dan boleh mengaktifkan pengawalselia genetik jangka
hayat selular yang lebih panjang, yang mungkin mempunyai kesan positif terhadap
DNA, kesihatan selular, dan kadar metabolisme *
Q : Berapa banyak resveratrol tersedia dalam Vivix?
A : Vivix
menyediakan 100 mg resveratrol setiap hidangan. Ekstrak resveratrol mempunyai
kandungan resveratrol semula jadi sebanyak 98%, dan jumlah resveratrol dalam
Vivix adalah berpandukan oleh kajian saintifik terbaru yang dijalankan. Vivix
adalah menjangkaui resveratrol kerana ia menggabungkan campuran polifenol
tambahan yang diperolehi dari anggur muscadine. Kajian makmal mendapati bahawa
campuran yang masih menunggu kelulusan paten ini adalah 10 kali lebih berkuasa
daripada resveratrol*
Q : Adakah Vivix produk antioksidan?
A : Vivix
mempunyai bahan-bahan polifenol yang telah terbukti dalam makmal memberi kesan
positif terhadap empat kunci mekanisme penuaan selular. Oleh itu, ia sebenarnya
lebih dari menyediakan sokongan antioksidan*
Q : Bila waktu yang sesuai untuk ambil Vivix?
A : Vivix
sesuai diambil satu sudu teh setiap hari, sebaik-baiknya selepas makan (seperti
sarapan/ makan tengahari). Goncang sebelum diminum.
Q : Boleh ke ambil lebih dari satu sudu teh sehari?
A : Vivix mengandungi campuran
resveratrol dan phytonutrient proprietari. Campuran phytonutrient ini
menggunakan sifat antioksida yang kuat pada anggur Muscadine yang unik dan
terbukti 10 kali lebih berkuasa dalam melambatkan mekanisme utama penuaan
selular berbanding resveratrol tunggal*
Q : Bolehkah Vivix diambil bersama makanan tambahan Shaklee yang lain?
A : Vivix
boleh diambil bersama semua rangkaian produk makanan tambahan Shaklee. Malahan
digalakkan ambil bersama sesetengah produk seperti Nutriferon dan Cinch Shake
sebagai pelengkap harian yang sangat baik kepada pilihan gaya hidup
sihat.
Q : Adakah terdapat sebarang langkah berjaga-jaga dengan Vivix?
A : Tiada
sebarang inteaksi yang diketahui antara Vivix atau mana-mana bahan-bahan
kandungannya dengan sebarang makanan tambahan lain. Sebagai langkah
berjaga-jaga, kami mengesyorkan individu yang berada di bawah pengawasan doktor
atas sebab perubatan atau penyakit, atau yang mengambil ubat-ubatan preskripsi,
terutamanya ubat mencairkan darah.- membincangkan penggunaan Vivix dengan doktor
atau perunding kesihatan profesional.
* Kenyataan-kenyataan ini belum dinilai oleh
mana-mana badan professional berkaitan pemakanan dan ubatan. Produk ini tidak
bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang
penyakit.
No comments:
Post a Comment