Social Icons

09 April 2012

Stimulasi-Panduan Untuk Ibu 1


  • Proses stimulasi adalah penting untuk meneruskan laktasi atau pengaliran susu, adalah penting ibu terus menyusu bayi pada masa ibu berada di rumah dan pada hujung minggu dan hari-hari kelepasan, anda akan merasa kepenuhan atau lebihan takungan susu setiap selepas hari kelepasan/cuti.

  • JANGAN mengharapkan dengan memerah susu sahaja boleh mengekalkan bekalan susu ibu.

  • Perahan susu ibu sebaiknya diberikan oleh pengasuh.

  • Perahan susu ibu boleh diberikan kepada bayi dengan menggunakan sudu kecil/cawan.

  • Minum air secukupnya dan makan makanan seimbang.

  • Cuba mengambil masa untuk berehat kerana ini penting untuk penghasilan susu ibu.

  • Bangun dari tidur lebih awal (20 minit) dan susukan bayi walaupun bayi sedang tidur atau separuh tidur, ini membuatkan bayi kenyang dan tenteram sementara ibu bersiap untuk pergi bekerja.

  • Bersarapan dengan makanan yang mengeyangkan dan susukan bayi sekali lagi sebelum keluar bekerja.

  • Sementara menunggu ibu pulang, beritahu pengasuh supaya susu sekadar mencukupi keperluannya untuk menghilangkan dahaga. Ibu mungkin akan mengalami rasa 'kepenuhan' di kedua-dua buah dada dan mengharapkan bayi akan menghisap sepuasnya sejurus sampai di rumah.

  • Ibu harus susukan bayi secepat mungkin (30 minit) sebaik sampai di rumah
    Susukan bayi pada kedua-dua belah buah dada. Ini adalah amalan yang sangat digalakkan.

  • Bila tiba-tiba terdapat tumpahan susu dan membasahi baju. Gunakan 2 jari dan beri tekanan bahagian puting buah dada beberapa minit. Gunakan alas bayu dalam (nursing pads) dan amalkan menukarnya selalu bila basah. Ini boleh mengelakkan daripada sakit puting.

  • Ketumpahan susu boleh juga berlaku apabila ibu teringatkan bayi.

  • Jangan biarkan buah dada djpenuhi susu lebih dari 3 jam tanpa memerah susu. Ini boleh membuatkan ibu tidak selesa dan terjadinya bengkak susu (engorgement). Perahkan susu keluar sambil mengurut perlahan-lahan untuk melegakan rasa keperitan, jika perlu lakukan demahan sejuk (untuk hilangkan sakit) dan lakukan demahan panas (untuk galakkan pengaliran susu).

Tujuan Memerah Susu
Ia menyebabkan bekalan susu ibu tidak putus
Ia merupakan makanan terbaik untuk bayi
Ia mengurangkan risiko bayi terdedah kepada pelbagai penyakit dan alahan
Ia mengelakkan dan mengurangkan bengkak buah dada
Ia mengelakkan infeksi atau terjadinya radang buah dada (mastitis)


Ibu-ibu yang sudah biasa memerah susu mereka boleh memperolehi susu yang banyak dalam 15 - 20 minit. Kuantiti susu yang diperolehi berbeza-beza pada setiap masa perahan yang dibuat. Umur dan berat badan bayi juga menentukan kuantiti susu yang perlu ditinggalkan untuk bayi.


Di tempat kerja memerah susu boleh dilakukan di mana-mana, asalkan tidak menarik perhatian ramai.



  • Di ruang pejabat bertutup

  • Dalam bilik stor yang bersih

  • Dalam surau atau bilik sembahyang

  • Sekiranya anda terpaksa memerah di tempat yang ada kebersihannya, gunakan pump susu dimanas susu ibu akan terus masuk ke dalam botol. Ini untuk menjamin kebersihan dan mengelakkan daripada terdedah kepada pertumbuhan bakteria..

  • Memerah dengan tangan untuk mengurut buad dada bagi memerah susu, tekankan kedua-dua belah tangan secara mendatar di atas kedua-dua buah dada. Lengan mestilah tegak ke tepi sambil menekan dengan kuat, gerakkan jari dengan perlahan ke bahagian puting dan areola. Untuk mengeluarkan susu dari laktiferous sinus. Tekan dengan perlahan-lahan bahagian areola menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.

  • Susu perlu diperah ke dalam bekas yang telah dibersihkan. Gunakan bekas yang berlainan setiap perahan dibuat. Bila menggunakan pump susu pastikan bahagian pump yang bersentuhan dengan susu mestilah dibersihkan setiap kali digunakan. Harus juga berhati-hati supaya pump yang digunakan dengan sedutan yang kuat. Ini boleh menyebabkan puting terasa sakit.

  • Ibu akan merasa selesa sekiranya mereka berpakaian yang longgar serta mudah ditutup dan diangkat dari bahagian depan. Pakaian yang berzip atau berbutang dibelakang adalah tidak sesuai untuk memerah susu. Contoh baju kurung, baju kedah atau pakaian sepasang seperti blaus dan skirt adalah bersesuaian.

kredit dari: Kak Engku

No comments:

Post a Comment

Testimoni Shaklee

Testimoni (47)
 

Shaklee Different

Shaklee Different

Ziarah Blogku