Social Icons

09 April 2012

Latihan Memerah Susu

Assalammualaikum wth.. Pagi ini Arma ingin berkongsi latihan memerah susu utk persediaan ibu-ibu yang bekerja bagi membuat bekalan stok. Tak mustahil utk anda-anda diluar sana utk dapat hasil seperti diatas..asalkan membuat persediaan dari awal...jom kita baca bersama2...


Kredit dari blog: Kak Engku



  • Berlatih memerah susu dua minggu selepas kelahiran

  • Pastikan peralatan penyusuan telah dibersihkan dan disteril (cuci peralatan dengan air dan sabun, kemudian rendam dalam air panas selamat 5 - 10 minit dan keringkan.

  • Pada awalnya, jumlah susu yang dapat diperah sememangnya sedikit tetapi lama kelamaan, jumlahnya akan meningkat selepas beberapa kali percubaan.


  • Sebelum mula memerah, basuh tangan dengan bersih


  • Perah susu ke dalam bekas bersih yang mempunyai penutup


  • Biarkan susu yang baru diperah sebentar ke suhu bilik dan kemudian simpan susu perahan tersebut ke dalam peti sejuk

Jadual Latihan Memulakan Perahan Susu Ibu:1.
Hari 1 - 3
sarapan pagi (07.30 - 0930am): MSI/PI2.


Hari 4 - 6
Sarapan pagi (07.30 - 09.30am) : MSI/PI
Pertengahan pagi (10.30 - 11.30am) : MSI/PI3.


Hari 7 - 9
Sarapan pagi (07.30 - 09.30am) : MSI/PI
Pertengahan pagi (10.30 - 11.30am) : MSI/PI
Makan tengahari (01.30 - 02.30pm) : MSI/PI4.


Hari 10 - 12
Sarapan pagi (07.30 - 09.30am) : MSI/PI
Pertengan pagi (10.30 - 11.30am) : MSI/PI
Makan Tengahari (01.30 - 02.30pm) : MSI/PI
Makan Petang (03.30 - 04.30pm) : MSI/PI


*MSI : Memerah Susu Ibu (Ibu boleh mula berlatih memerah susu untuk di simpan samada secara manual atau menggunakan pam dua minggu selepas kelahiran. Ibu boleh memerah di sebelah payudara sekiranya anak telah cukup menghisap di sebelah payudara satu lagi.


*PI : Penyusuan Ibu - susu yang disusui terus dari ibuNota: Perah dan simpan susu anda pada bila-bila masa apabila masih ada susu lagi yang berlebihan


Program Latihan Bayi Untuk Minum Susu Ibu Perahan:Mulakan program latihan bagi bayi untuk minum susu perahan apabila bayi berumur 1 bulan atau selepas 4 minggu. Program ini dirancang untuk membantu ibu yang bekerja dari jam 07.30 pagi hingga 06.30 petang. Bagi ibu yang bekerja shif, boleh mengubahsuaikan mengikut masa bekerja.

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers

Testimoni Shaklee

 

Shaklee Different

Shaklee Different

Ziarah Blogku