Social Icons

16 April 2012

Kerak Di Kepala Bayi




KERAK di KEPALA BAYI

Apa menyebabkannya?

#Adalah disangka ianya akibat hormon yang tertinggal dalam badan bayi anda dari kehamilan. Hormon itu merangsangkan sekresi dari kelenjar yang ada pada kulit kepala, membuatkan sel-sel kulit atas... kepala bayi anda melekat ke kulit kepala. Sekresi berkurangan beberapa minggu atau bulan selepas kelahiran, justeru menerangkan bagaimana ia boleh hilang begitu sahaja.


#Ia juga dikaitkan dengan sejarah kondisi alergi keluarga, seperti ekzema, termasuk masalah dermatitis seborea lain, iaitu kelemumur, di masa dewasa kelak. >>Berapa lamakah ianya berlanjutan? # Ia selalunya hilang dengan sendiri dalam beberapa bulan selepas kelahiran.


#Dalam kebanyakan kes ianya hilang apabila usia anak anda dua tahun


#boleh berlanjutan atau datang semula secara bertompok-tompok untuk masa yang lebih lama. >>Bolehkah ianya dirawat? Terdapat beberapa strategi yang anda boleh cuba untuk menanggalkan sisik-sisik itu:

• Basuh rambut bayi anda secara kerap dengan syampu bayi kemudian tanggalkan kepingan-kepingan kerak dengan menggunakan berus lembut.

• Gosok minyak bayi yang lembut atau minyak zaitun ke atas kulit kepala bayi anda, biarkan sekejap (semalaman jika mahu) kemudian tanggalkan kepingan-kepingan itu, dan buangkan minyak pada rambut dengan syampu bayi yang lembut.

• Dalam kes-kes yang teruk di mana kerak kepala itu menjadi radang atau mendapat infeksi, doktor anda boleh mempreskripsikan krim antifungus, seperti krim 2 peratus ketokonazola. !


AWAS ! Elakkan mengikis-ngikis kepala bayi anda, kerana perbuatan demikian akan menyebabkan tompok-tompok kemerahan yang boleh mendapat infeksi.

Kerak kepala akan hilang dengan sendirinya, tetapi berjumpaah dengan doktor atau pakar pediatrik anda jika kondisi itu berlarutan, atau menjadi lebih parah, atau merebak ke muka atau leher anak anda.


Ihsan : babycenter.com

No comments:

Post a Comment

Google+ Followers

Testimoni Shaklee

 

Shaklee Different

Shaklee Different

Ziarah Blogku