Vivix - Anti Penuaan Kuat!
----------------------------
.
Pabila semakin tua
Kulit pun mula jadi kedut3x
Bawah dan tepi mata mula ada garis3x
Dahi pun ada garis3x kalau berkerut lg jelas
.
Itu antara proses penuaan yang kt
mmg xboleh elak
.
Apa yang Vivix ada adalah anti penuaan kuat!
.
Anti penuaan bukan bermaksud confirm xjadi tua..bukan..salah tu..maksudnya adalah melambahkan proses penuaan.itulah fungsi anti penuaan
.
Jadi Vivix ni sgt special sebab kandungan dia sgt bermutu tinggi (patent pending) dan ia sgt berbaloi 😊
.
Nak tau lebih pasal Vivix, boleh 📲📲📲
Arma 012-6874142
.
Sy sendiri dh minum lebih Vivix ini dan rasai perbezaannya 😊
11 July 2015
Vivix Anti Penuaan Kuat!!!
16 May 2015
Konsep Rezeki
KONSEP REZEKI
Konsep Rezeki Pertama
Kita usaha dan kita dapat. Contohnya, kita bekerja dan kita dibayar gaji. Itulah bentuk rezeki pertama. Kita selalu nampak rezeki yang ni.
Konsep Rezeki Kedua
Rezeki yang kita usaha, tapi bukan untuk kita.
Contohnya, kita dah dapat gaji tadi, tiba-tiba kereta rosak atau mungkin handphone hilang. Atau, kita beri pinjamkan duit kepada orang lain.
Contoh yang lain, adalah bersedekah, memberikan bahagian rezeki kita untuk orang lain.
Banyak orang yang tak nampak rezeki bahagian ni. Sedangkan ini adalah rezeki juga. Banyak daripada kita bila tiba rezeki ni, kita complain, kita banyak merungut dan menyalahkan takdir, menyalahkan segala-galanya. Kan?
Sebenarnya, Tujuan Allah aturkan rezeki begini untuk kita adalah kerana nak menyucikan harta kita. Tujuannya nak mengampunkan dosa kita. Tujuannya nak beri kita nikmat yang lebih banyak Tapi kita mesti diuji terlebih dahulu.
Konsep Rezeki Ketiga
Rezeki yang kita tak usaha pun, tapi kita dapat. Masya Allah, cuba bayangkan, kita tak usaha pun, tapi kita dapat, punyalah sayang betul Allah kat kita ni. Banyak rezeki bahagian ni yang kita selalu lupa dan selalu tak nampak.
Apa contoh bentuk rezeki ketiga ni? Antaranya, tiba-tiba ada orang belanja makan steamboat, kita usaha tak? Tapi Allah datangkan steamboat melalui orang tadi tu untuk kita.
Contoh lain, kemudahan dalam menuntut ilmu, seronok beribadah. Kemudahan dalam berurusan, tiba-tiba sales meningkat, dilapangkan masa, tak tahu tiba-tiba duit datang daripada mana. Tup-tup ada orang sponsor kita pergi Umrah, Haji dan sebagainya. Kita tak usaha pun, tapi Allah bagi hadiah ni untuk kita. Seronok kan?
Punyalah banyak nikmat Allah beri ni, tapi kita tak bersyukur. Kalau check balik Surah Ar Rahman, Allah ada ingatkan,
“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”
Allah terangkan dalam surah tu, banyaknya rezeki yang diturunkan, tapi kita yang tak bersyukur. Selang satu ayat Allah ingatkan kita dengan ayat di atas. Malu rasanya dengan Allah. Sebab kita hanya banyak complain dari beryukur. kan?
Untuk datangnya rezeki yang ketiga ni, kita mesti melalui rezeki yang kedua DULU. Sebab tulah, tiba-tiba peti ais rosak, amaun tu cukup-cukup sahaja nak bayar. Kereta pulak rosak, macam tau-tau sahaja cukup-cukup baki bulan tu.
Sebab apa? Sebab salah kita yang tak keluarkan terlebih dahulu. Mungkin kita kurang memberi sedekah! Sebab tu lah Allah tarik sikit nilai dari rezeki tu, nak bagi kita share jugak dengan orang lain. Supaya rezeki kita tu dapat disucikan, supaya dosa kita dapat diringankan.
Masya Allah punya sayang Allah kat kita, dia ampunkan dosa kita, ringankan tanggungan azab kita ni, tapi bila tiba sahaja benda rosak, barang hilang, orang pinjam duit tak bayar, kita nak marah-marah. Kita geram kat Allah dan complain. Betul tak?
Konsep Rezeki Keempat
Mudah sahaja nak faham, kita tak usaha, maka tak dapatlah. Orang yang berusaha, maka dia dapat. Man jadda, wa jadda, kata pepatah arab ni.
Nampak dan faham tak konsep rezeki ni?
Rezeki bukan duit semata. Kita selalu nampak rezeki ini adalah harta. Sedangkan rezeki, nikmat Allah ni luas sangat.
Ilmu adalah rezeki, kawan-kawan yang baik adalah rezeki, kesihatan, kemudahan, kelapangan masa, kasih sayang, kefahaman, jodoh, zuriat, keluarga dan macam-macam lagi! Subhanallah, kalau senaraikan, cuba bayangkan, berapa banyak lagi nikmat yang kita tak bersyukur ni?
Insya Allah, bila kita faham konsep rezeki ni, kita akan lebih bersyukur, kita akan lebih mengenali indahnya, baiknya Allah ni. Alhamdulillah.
03 May 2015
Magnet Rezeki
Selamat pagi semua?..
Semoga anda berada dalam keadaan sihat selalu & bermotivasi disamping keluarga tersayang.Perkongsian ini saya copy paste dari seorg kawan saya. Just for sharing utk kita amal bersama-sama.
Saya pergi semalam ke SEMINAR MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI di Melaka anjuran SEK REN i-MUSLEH bagi mengutip dana pembinaan sekolah.
Penceramah seminar ini adalah Pn.Areena Ahmad Jurulatih Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki yang dilatih oleh USTAZ FATHURI SALEHUDDIN.
Apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH..Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana beliau kata di luar sana kebanyakan biasa berbanding luar biasa.
Dia menceritakan kita penat untuk mencari rezek, tapi kita tak penat untuk menjemput rezeki.
Formula yang saya dapat:
----------------------------
1. Networking pertama adalah DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat..sekarang ubah lebih rakaat..makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya.
Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT
2. Tahajjud.
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.
3. Membaca Al-Quran.
Apa yang di cerita, bangun pagi kita jangan buka hp atau rancang nak buat apa dulu..mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.
Ini kerana apabila kita melakukan ini..Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah "TIADA MASA".
4. Berzikir..Beliau meminta semua berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari.
Ini adalah latihan kita bersama dengan Allah. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.
5. Solat Berjemaah.
Terutama lelaki,,solat berjemaah di surau atau masjid. Pergi awal 10 minit awal sebelum azan. Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih.
6. Bersilaturrahim..
Janganlah kita memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang yang lapang dan tenang.
7. Bersedekah.
Ini amalan yang sangat dititikberatkan oleh pn.areena kerana sedekah satu power yang luar biasa. Nak sakit sembuh, nak anak dengar cakap kita, nak kaya perlu kita sedekah. 1 kali memberi..Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.
Contoh yang dia beri semalam..Jika inginkan pendapatan bulan ini RM5000..10% daripada RM5000 yang kita inginkan..RM500 perlu kita sedekahkan pada bulan ini.
Bila bersedekah terang-terang kita minta dengan Allah.
Testimoni beliau tentang sedekah..seorang peniaga online setiap bulan sedekah RM120,000. Pendapatan setiap bulan RM600,000.
Testimoni beliau lagi..seorang kawan pergi outstation 7 hari. Sebelum outstation..kawan dia pergi bayar 'INSURANS'..bukan insurans prudential atau takaful tapi insurans SEDEKAH. Dia sedekah 3 tempat anak yatim.
Dijadikan cerita..iron rumah dia tak tutup. Selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia..iron tu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH
8. Solatlah di awal waktu. Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya.
Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu..batu yang ke 39 azan berkemandang, agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak??
Pesan beliau sambunglah batu terakhir selepas solat..
9. Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.
10. Tawakal dan Usaha. Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal. Betul tak ?? Tapi pn.rina kata ..tawakal dulu baru usaha..minta bulat-bulat pada Allah..baru kita usaha.
4 amalan surah setiap hari.
----------------------------
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur
Pesan beliau juga minumlah air masak 3 liter sehari.
Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki. Ini kerana mak dia adalah pesakit KANSER..Tapi dia tak. Sebab dia tidak beremosi seperti mak,selalu minum air. Mak dia jarang minum air.
Yang ikut adalah adik dia pesakit KANSER. Ini kerana adik dia seperti mak yang selalu beremosi dan kurang minum air.
BILA ANDA CUKUP AMALAN...BARULAH SEMUA AKAN BERUBAH. SEKARANG SEMUA TERLETAK PADA DIRI KITA SAMA ADA INGIN BERUBAH ATAU TIDAK.
BERPEGANG TEGUH PADA AL-QURAN & AS-SUNNAH
Masa balik..beliau berlari ke arah saya dan kawan supaya membeli buku kitab selawat barakat makiyyah yang dijual oleh pihak penganjur.
Beliau berpesan jika diamalkan..RESULT dia memang AMAZING.
Semoga perkongsian saya ini mendapat manfaat untuk semua.
~semoga kita semua menjadi Jutawan Beriman~
Precious Insyirah
Allah Tempat Meminta
i am money magnet...
02 May 2015
Vitalea Iron Percuma
Bismillah Walhamdulillah ☺
Sapa nak VITALEA IRON FORMULA percuma???
Apa itu vitalea?
Vitalea ini suplemen yang penuh nutrisi..
Pertama sekali wahai ibu-ibu/bapa/tuan/puan, info yang anda wajib tahu ialah, Shaklee Vita-Lea Iron Formula ialah sejenis MultiVitamin & MultiMineral yang mengandungi 28 nutrients yang penting, temasuklah 12 jenis Vitamin & 7 jenis galian.
Sesuai untuk setiap golongan...
✔Ibu dan ayah saya juga mengambil vitalea ini sebagai suplemen harian.
✔ibu hamil
✔Para pekerja
✔Para pelajar
✔Warga emas.
Sekiranya anda ingin membeli mininum suplemen bernilai RM22 @ Pembelian set prenatal/Postnatal Diskaun 5 % + daftar ahli RM79.50(Termsk postage)
free Sebotol Vitalea RM89....💸💸💸💸
wahhh!!! 😄😄😄
Menarik bukan???
Buat julung kalinya offer terbaik untuk.bulan ini...
Shaklee ianya semulajadi...
Mai pakat daftar shaklee ramai-ramai...
Pm/whatsApp/sms Arma: 0126874142
#free5%Diskaun untuk set
#sidkulim
#Shakleekulim
Doaku Hari ini.
Bismillah Walhamdulillah
Assalamualaikum wth.
Saat ditimpa musibah, teruslah tersenyum, kerana itulah petanda Allah ingat padamu.
Saat kamu difitnah, teruslah tersenyum, kerana Allah telah memilihmu untuk merasa sedikit apa yang pernah dilalui oleh Rasulullah.
Dan ketahuilah, Rasulullah itu difitnah lebih teruk daripadamu.
Saat kamu putus asa, bangunlah. Kerana sudah pasti Rasulullah akan sedih bila melihat umat baginda berputus asa.
Saat kamu menyayangi, berpadalah. Kerana bimbang cinta itu merosakkan cinta kamu pada Allah dan Rasulullah.
Saat kamu gembira, jangan lupa kepada Allah. Kerana sesungguhnya kegembiraan itu datang dari Allah.
Saat kamu kehilangan orang yang kamu sayang, ketahuilah kamu masih ada Allah. Yang sentiasa sayang dan cinta padamu.
Sesungguhnya Allah itu sangat sayang padaku, jua padamu
Musabah diri pada pagi ini.
01 May 2015
Menu Istimewa Kami 1 Mei.
Alhamdulillah istimewa Menu hari ini..
Sebelum Laling Rizal Azmi ke masjid..
menjenguk ke dapur...
"Ma..
Masak istimewa ka hari ini?
Sambil senyum..yerlah bang...😊
Hari ini hari cuti..."
Senyum panjang cik abang tadi...😉
Menu Istimewa hari ini...
✔Udang galah Masak lemak cili api
✔Kobis tumis ikan bilis
✔Ikan keli goreng..
Alhamdulillah...terima kasih Allah.
Anak-anak pun suka...
Sambutan Shaklee 100 tahun...
Sapa nak Vitalea percuma???
Vitalea ini suplemen yang penuh nutrisi..
Pertama sekali wahai ibu-ibu/bapa/tuan/puan, info yang anda wajib tahu ialah, Shaklee Vita-Lea Iron Formula ialah sejenis MultiVitamin & MultiMineral yang mengandungi 28 nutrients yang penting, temasuklah 12 jenis Vitamin & 7 jenis galian.
Sesuai untuk setiap golongan...
✔Ibu dan ayah saya juga mengambil vitalea ini sebagai suplemen harian.
✔ibu hamil
✔Para pekerja
✔Para pelajar
✔Warga emas.
Sekiranya anda ingin membeli zinc RM27 + daftar ahli RM79.50(Termsk postage)
free Sebotol Vitalea RM92..wahhh!!!
Menarik bukan???
Buat julung kalinya offer terbaik untuk.bulan ini...
Shaklee ianya semulajadi...
Pm/whatsApp/sms Arma: 0126874142
#sidkulim
#Shakleekulim
#sayajualShaklee
#freeVitalea
#bestofferOfTheMonth
30 March 2015
13 Tahun Lebih Muda Dengan Shaklee
Pakej #1
Total Wellness ��
Kesihatan Menyeluruh ��
PAGI
Lecithin
Bcomplex
Vitamin C
Vitalea
TENGAHARI
OmegaGuard
Alfalfa Complex
Performance Drink
Cinch Tea
MALAM
Vitamin E
OsteoMatrix
SETIAP HARI
Vivix
SEMINGGU SEKALI
HerbLax
--------------
Rutin diatas adalah rutin Master Farah Wahida dalam mencapai usia badannya 18tahun iaitu hampir 13 tahun lebih muda daripada usia sebenarnya sekarang!!!!
Adalagi tambahan pada rutin diatas iaitu Collagen pada awal pagi (Collagen tidak available buat masa ni)
Alhamdulillah; berkat konsisten makan Shaklee; Farah dapat menjaga kesihatan dengan baik dan terus berkongsi dgn orang lain akan manfaat yang sama dgn Shaklee
Shaklee adalah vitamin dan makanan tambahan; walaupun berShaklee, aktiviti bersukan dan keluar peluh juga digalakkan bg menjaga gaya hidup sihat ��
Alhamdulillah ��
1. Daftar Keahlian PERCUMA
2. Untung runcit sehingga 30%
3. Bonus pada pertengahan bulan depan sebanyak 5%
4. Memberkit permulaan untuk pengguna dan peluang perniagaan Shaklee
5. Sertai bimbingan exclusive bersama #s2uFamilies;
The BEST HOME Based Business
13 Masters
Up to 7000 distributors
Up to 700 leaders
Kepakaran kami bisnes secara 100% Online dan Offline ������
Shaklee bukan hanya produk kesihatan malah ia adalah salah satu peluang kerjaya seumur hidup dan kami adalah pakar dlm bidang biznes ini. Jom sertai kami ��
Peluang jana pendapatan hanya dgn Makan Shaklee dan Kongsi manfaatnya dgn orang lain. Konsultansi seterusnya adalah percuma selepas anda menjadi sebahagian dr keluarga #s2uFamilies kami ✌️
*Setiap individu mempunyai gaya hidup dan pemakanan berbeza; oleh itu sila
dapatkan konsultansi penuh dgn Distributor Shaklee kami untuk plan Shaklee intake dan pemakanan anda ��
Kami sedia membantu sehabis baik
Mencegah lebih baik dr Merawat
Jom ikhtiar kesihatan cemerlang bersama Shaklee
Keistimewaan dan Kelainan Shaklee adalah
Sentiasa Selamat
Sentiasa Berkesan
Sentiasa Mesra Alam
PM : https://www.facebook.com/preciousInsyirah
Sms/Whatsapp : 012-6874142
Blog : http://preciousinsyirah.blogspot.com/
CONTOH MENU BAGI SETIAP TRIMESTER IBU GDM
CONTOH MENU BAGI SETIAP TRIMESTER
Menu bagi Trimester pertama ( Minggu 1 - Minggu 14) |
Menu bagi Trimester Kedua ( Minggu 15 - Minggu 29) |
Menu bagi Trimester pertama ( Minggu 29 - Minggu 40)
Hubungi saya di sini:
PM : https://www.facebook.com/preciousInsyirah
Sms/Whatsapp : 012-6874142
Blog : http://preciousinsyirah.blogspot.com/
Be 1 Of Our Team!!!
kt : gdmcares
PM : https://www.facebook.com/preciousInsyirah
Sms/Whatsapp : 012-6874142
Blog : http://preciousinsyirah.blogspot.com/
Apakah Indek Glisemik (GI) & Kepentingannya?
Apakah itu Indeks Glisemik ( GI )?
Kepentingan Indeks Glisemik ( GI )
KUMPULAN MAKANAN
|
RENDAH GI (<55)
|
SEDERHANA GI (56-69)
|
TINGGI GI (>70)
|
Bijirin
|
Nasi Perang
Oat Bran Roti dan biskut penuh bijirin |
Nasi Basmati
Croissant Roti pita Makaroni Pasta Spaghetti |
Nasi Putih
Corn flakes Roti Putih |
Sayur-sayuran
|
Lobak merah
Kobis Bunga
Brokoli
Terung
Kobis
Cendawan
Tomato
Cili ( merah, hijau )
Bawang ( putih, besar ) |
Jagung
Keladi |
Ubi kentang
Ubi kayu Kundur Labu |
Buah-buahan
|
Epal
Oren Pic Kiwi Pir Strawberri Cheri |
Anggur
Aprikot Mangga Pisang Betik |
Tembikai
Nanas |
Susu dan produk tenusu
|
Susu skim
Susu penuh Yoghurt |
Kastard
|
|
Kekacang
|
Kacang hijau
Kacang soya Lentil Chick Peas |
Kekacang panggang
|
|
Snek
|
Kacang ( badam, tanah, walnut )
|
Ais krim rendah lemak
Kastard Pudding Segera |
Pancakes
Waffles Muffins Kek cawan Donut Ais krim |
Minuman
|
Jus buah-buahan yang rendah GI
|
|
Minuman ringan
|
PIRAMID MAKANAN MALAYSIA
Hubungi saya di sini:
PM : https://www.facebook.com/preciousInsyirah
Sms/Whatsapp : 012-6874142
Blog : http://preciousinsyirah.blogspot.com/
Be 1 Of Our Team!!!
kt :gdmcares
Hubungi saya di sini:
PM : https://www.facebook.com/preciousInsyirah Sms/Whatsapp : 012-6874142 Blog : http://preciousinsyirah.blogspot.com/
Be 1 Of Our Team!!!
|
||||
kt :gdmcares | ||||
Kepentingan pemakanan sihat terhadap ibu yang mengalami Diabetes Melitus Gestasi
- Mengawal aras glukosa di dalam darah
- Memastikan kenaikan berat badan ibu yang sesuai semasa hamil
- Membantu mengelakkan kecacatan kelahiran bayi
- Membantu dalam proses melahirkan bayi dengan lebih mudah
- Melindungi bayi dan ibu daripada infeksi
- Mengurangkan risiko keguguran bayi:
- Bayi akan menjadi lebih sihat
- Melindungi ibu daripada anemia
PM : https://www.facebook.com/preciousInsyirah
Sms/Whatsapp : 012-6874142
Blog : http://preciousinsyirah.blogspot.com/
kt: gdmcares
Cadangan Menu Untuk Ibu GDM
Waktu Makan | Menu | Kuantiti Hidangan |
Sarapan pagi 7.30 pagi |
Roti mil penuh/ idli/putu mayam ATAU Nasi/ bee hoon/ mee/ kuetiau/ makaroni ATAU Thosai/ capati ATAU Oat dan Susu rendah lemak |
2 keping 2 senduk rata 1 keping 6 sudu makan 3-4 sudu makan |
Minum pagi 10 pagi |
Biskut krim kraker ATAU Kuih tidak manis ATAU Roti mil penuh ATAU Susu rendah lemak |
3 keping 1 biji 1 keping 3 sudu makan |
Makan Tengahari 1 tengahari |
Nasi/ bee hoon/ mee/ kuetiau/ makaroni ATAU Capati ATAU Roti mil penuh ATAU + ikan/ ayam + sayur + buah |
2 senduk rata/ 1 cawan 1 keping 2 keping 1 keping/ 1 ketul 1-1 1/2 cawan/ sama banyak dengan nasi /mee 1 potong/ biji |
Minum petang 4 petang |
Biskut krim kraker ATAU Kuih tidak manis ATAU Roti mil penuh ATAU Susu rendah lemak |
3 keping 1 biji 1 keping 3 sudu makan |
Makan malam 8 malam |
Nasi/ bee hoon/ mee/ kuetiau/ makaroni ATAU Capati ATAU Roti mil penuh ATAU + ikan/ ayam + sayur + buah |
2 senduk rata/ 1 cawan 1 keping 2 keping 1 keping/ 1 ketul 1-1 1/2 cawan/ sama banyak dengan nasi /mee 1 potong/ biji |
Minum malam 10 malam |
Biskut krim kraker ATAU Roti mil penuh ATAU Susu rendah lemak |
3 keping 1 keping 3 sudu makan |
-
Makan pada waktu yang tetap setiap hari untuk mengelakkan makan pada kuantiti yang banyak jika makan pada lewat waktu.
-
Tidak digalakkan mengambil buah-buahan semasa snek (minum pagi atau petang)
-
Pesakit diabetes perlu mengambil makanan tinggi serat seperti sayur-sayuran berdaun hijau terurama semasa mengambil sumber karbohidrat (nasi/ mee/ roti) untuk kawalan paras gula yang lebih baik.
Hubungi saya di sini:
PM : https://www.facebook.com/preciousInsyirah
Sms/Whatsapp : 012-6874142
Blog : http://preciousinsyirah.blogspot.com/Be 1 Of Our Team!!!
Diet Seimbang Untuk Ibu GDM
Diet seimbang yang berkhasiat amat perlu untuk mengekalkan kesihatan ibu yang sihat dan kehamilan yang berjaya. Bagi wanita yang mengalami GDM, diet yang sempurna dapat memastikan paras gula dalam darah adalah normal dan secara amnya ia adalah langkah pertama yang dilakukan sebelum menggunakan terapi insulin. Tumpukan sepenuh perhatian terhadap pengambilan kalori setiap hari dan pemilihan makanan yang betul untuk mengekalkan paras gula di dalam darah.
Keperluan kalori setiap hari meningkat sebanyak 300 kalori semasa trimester kedua dan ketiga kehamilan. Jika pengambilan kalori semasa tidak hamil adalah 1800 kcal sehari dan berat badan kekal, pengambilan kalori sebanyak 2100 kalori setiap hari adalah biasa dari tempoh 14 minggu kehamilan hingga proses kelahiran. Berikut adalah pola pemakanan yang baik untuk mengekalkan paras gula yang normal di dalam darah:
- Mengambil karbohidrat kompleks (bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran, dan makanan berkanji)
- Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).
- Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).
- Memastikan diet yang rendah lemak, terutama lemak tepu (mentega, daging berlemak, krim dan lain-lain). Pilihlah hirisan nipis daging dan ayam tanpa kulit.
- Elakkan makanan yang bergoreng.
PM : https://www.facebook.com/preciousInsyirah
Sms/Whatsapp : 012-6874142
Blog : http://preciousinsyirah.blogspot.com/
Diabetis Semasa Hamil
Diabetes Semasa Hamil
Diabetes Mellitus adalah sejenis gangguan atau ketidakaturan yang menghalang badan dari menggunakan makanan dengan berkesan. Karbohidrat ringkas (gula di dalam minuman ringan, kek, atau jem) dan karbohidrat kompleks (kanji di dalam nasi dan mee) akan dihadamkan di dalam badan untuk membentuk glukosa. Glukosa dalam aliran darah kemudiannya akan dicernakan di dalam pelbagai tisu badan dan proses ini dikawal atur oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas iaitu organ kecil yang terletak di belakang perut. Kekurangan insulin dan/atau rintangan insulin (insulin resistance) menyebabkan glukosa tidak dapat memasuki sel badan di mana ia digunakan sebagai sumber tenaga, sebaliknya glukosa akan terkumpul di dalam darah dengan berlebihan dan menyebabkan diabetes melitus. |
Lebih 90% pesakit Diabetes menghidap Diabetes Jenis 2. Bagi kes Diabetes Jenis 1, insulin yang dihasilkan oleh sel beta-islet di dalam pankreas adalah tidak mencukupi atau tiada langsung. Manakala bagi Diabetes Jenis 2, reseptor insulin yang tidak sensitif dianggap menjadi penyebab utama masalah ini dan pesakit Jenis 2 biasanya mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk. Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit disebabkan oleh pelbagai hormon yang dihasilkan oleh plasenta/uri (organ yang membekalkan zat pemakanan kepada bayi melalui tali pusat) . Ini dikenali sebagai rintangan insulin.
Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan human placental lactogen akan mengganggu pengeluaran insulin. Plasenta anda akan membesar pada trimester kedua dan ketiga, di mana lebih banyak hormon penghalang dikeluarkan dan seterusnya menyebabkan rintangan yang lebih tinggi terhadap tindakan insulin. Semakin plasenta membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi. Lazimnya, organ pankreas akan bertindak balas dengan menghasilkan insulin tambahan untuk menangani rintangan tersebut. Jika ia gagal maka GDM akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes kemudian nanti.
Sejarah keluarga menghidapi diabetes |
---|
- Wanita berumur (> 25 tahun) |
- Berat badan yang berlebihan sebelum hamil |
- Menghidap GDM ketika kehamilan yang lalu |
- Mengalami masalah yang berkaitan semasa hamil seperti hipertensi, penghasilan cecair amnion berlebihan (polihidramnios), keguguran |
- Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar (>4kg) ketika kelahiran terdahulu, lahir mati, atau bayi yang dilahirkan cacat |
- Jangkitan Kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada kulit |
Doktor akan menjalankan ujian darah Oral Glucose Tolerance Test (OGTT) ke atas anda untuk mengesan GDM sama ada semasa lawatan pertama jika anda berisiko tinggi atau pada minggu ke 24 hingga 28 kehamilan, jika risiko anda tidak begitu tinggi. Jika ujian pertama untuk wanita yang berisiko tinggi negatif, maka ujian kedua perlu dilakukan antara minggu ke 28 hingga ke 32.
Venous plasma glucose (mmol/l) | ||
---|---|---|
Fasting | 2 hours post glucose load | |
Normal | < 6.1 | < 7.8 |
GDM | - | > 7.8 |
Bacaan di bawah 7.8 mmol/L biasanya dianggap normal untuk ujian OGTT ini tetapi doktor mungkin akan mengulangi ujian tersebut jika anda berisiko tinggi.
Doktor akan menasihatkan anda supaya mengikuti pelan pemakanan yang sesuai dan juga meningkatkan aktiviti fizikal supaya paras glukosa darah yang tinggi dapat dikurangkan. Anda juga perlu memantau paras glukosa darah anda dengan kerap (secara ideal, 4 hingga 6 kali sehari) bagi memastikan paras glukosa darah sentiasa berada di tahap yang normal.
Sesetengah wanita yang menghidap GDM mungkin memerlukan suntikan insulin, selain daripada amalan pemakanan sihat dan bergiat aktif dalam aktiviti fizikal, untuk mencapai paras glukosa darah yang disarankan.
Ubat oral antidiabetik (OAD) secara amnya tidak disarankan ketika mengandung. Tetapi, terdapat kajian-kajian terkini yang menunjukkan bahawa sesetengah OAD adalah selamat untuk digunakan ketika hamil.
Doktor mungkin mempreskripsikan salah satu ubat-ubatan ini jika peningkatan paras glukosa darah anda tidak terlalu tinggi. Berita baiknya, pemantauan paras glukosa darah yang kerap di samping mengamalkan diet sihat dan kerap bersenam adalah sudah cukup untuk mengawal GDM anda sekali gus dapat mengurangkan risiko terhadap anda dan bayi. Selepas bayi anda dilahirkan dan hormon plasenta sudah tidak lagi mengalir dalam badan anda, paras glukosa dalam darah anda biasanya akan kembali ke paras normal (melainkan jika paras glukosa anda sememangnya sudah tinggi, tetapi tidak disedari, sebelum hamil). Oleh itu, anda tidak perlu berasa terlalu bimbang terhadap keadaan ini, namun begitu, anda perlu menjaga diri dengan baik dan nikmatilah kehamilan.
Jika anda memang menghidap diabetes dan bercadang untuk hamil, anda perlu berusaha untuk mengawal diabetes pada tahap optima beberapa bulan sebelum mengandung kerana paras glukosa yang tinggi semasa trimester pertama akan meningkatkan risiko kelahiran bayi cacat.
Wanita yang mengidap penyakit diabetes Jenis 1 dan Jenis 2 sebaiknya menghadiri ‘klinik penjagaan pra-hamil’ atau ‘pre-pregnancy care clinic’.;
Ia juga dapat membantu mencegah keadaan ketidakselesaan semasa hamil seperti sembelit, sakit belakang dan kekejangan otot.
Berjalan, meregangkan badan dan mengangkat pemberat ringan dapat membantu anda mengeluarkan peluh semasa kehamilan.
Bermulalah dengan sesi selama 15 minit sebanyak tiga kali seminggu dan tingkatkan kekerapan dan tempoh bersenam secara beransur-ansur, jika anda berasa selesa dengan senaman itu.
Banyakkan minum air untuk mencegah penyahhidratan dan amalkan langkah berjaga-jaga apabila bersenam semasa hamil. Berat tambahan yang anda tanggung di abdomen akan mengalihkan pusat graviti anda.
Oleh itu, elakkan aktiviti yang dapat membuatkan anda tidak seimbang. Hentikan senaman jika anda mengalami sebarang kesakitan, pening, sesak nafas, berasa hendak pitam, berdebar-debar, sakit belakang atau pelvis, atau mengalami pendarahan faraj.
Pada keadaan sebegini, doktor anda mungkin akan mengesyorkan suntikan insulin. Insulin tidak boleh diberi secara oral kerana ia akan dihadamkan seperti protein di dalam makanan dan menyebabkan kesan terapeutiknya hilang. Ia selamat digunakan semasa hamil dan hanyalah bersifat sementara kerana bagi kebanyakan kes, paras glukosa darah anda akan kembali normal selepas bersalin.
Ia diberi secara suntikan di bawah kulit dengan menggunakan jarum yang sangat halus, oleh itu anda akan merasa kurang selesa sedikit ketika suntikan diberi. Ia selalu dilakukan oleh anda sendiri dan anda akan diajar oleh doktor atau jururawat bagaimana untuk melakukannya. Jumlah insulin yang diperlukan untuk memastikan paras glukosa darah dalam tahap normal akan meningkat mengikut perkembangan kehamilan. Ini tidak bermakna GDM semakin teruk. Uri yang membesar seiring dengan berlanjutnya kehamilan akan menghasilkan paras hormon yang menentang tindakan insulin yang semakin meningkat. Akhirnya anda memerlukan lebih insulin untuk mengatasi kesannya.
Paras glukosa darah perlu diambil pada waktu pagi apabila anda bangun (paras 'berpuasa') dan satu atau dua jam selepas setiap hidangan (paras 'selepas makan'). Pengukuran paras glukosa darah sebelum makan juga digalakkan untuk membolehkan pengubahsuaian dos insulin untuk disuntikkan sebelum hidangan.Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa pengawalan paras glukosa darah 'selepas makan' adalah lebih baik untuk ibu dan bayi berbanding pengawalan paras glukosa darah ketika 'berpuasa'.
Doktor mungkin menasihatkan anda untuk memeriksa paras glukosa darah sebelum dan selepas bersenam bagi memastikan anda tidak mengalami hipoglisemia (glukosa darah rendah) semasa bersenam.
Semasa anda hamil, sasaran paras glukosa darah yang disyorkan untuk anda adalah lebih ketat berbanding orang biasa yang menghidap diabetes. Ini penting kerana paras glukosa darah yang di luar batasan dikaitkan dengan kadar komplikasi lebih tinggi untuk ibu mengandung dan bayi yang dikandung. Bagi mengurangkan risiko komplikasi untuk wanita yang menghidap GDM, paras glukosa darah yang disyorkan ialah 5.3 mmol/L atau kurang semasa berpuasa atau 6.7 mmol/L atau kurang dua jam selepas makan. Untuk ukuran sebelum makan, disyorkan paras glukosa darah ialah 5.5 mmol/L atau kurang.
Doktor anda akan berbincang dengan anda tentang paras glukosa darah yang disarankan untuk diri anda. Ujian air kencing untuk memeriksa paras glukosa adalah tidak digalakkan kerana ia tidak tepat terutamanya semasa kehamilan.
Walaubagaimanapun doktor anda mungkin mengesyorkan agar anda memeriksa kehadiran keton di dalam air kencing anda, untuk memastikan anda ada mendapat kalori yang secukupnya dan anda tidak pula sebegitu ketat dengan pengambilan karbohidrat. Keton adalah hasil sampingan dari penguraian lemak. Ia boleh dijumpai di dalam darah dan air kencing akibat insulin yang tak mencukupi atau kalori yang tidak mencukupi dalam diet anda. Walaupun tidak diketahui jumlah keton yang boleh mengancam bayi, keton yang banyak akan disertai dengan asidosis, iaitu satu keadaan yang boleh mengancam bayi.
Sebagai langkah keselamatan, anda perlu mengawasi kehadirannya dalam air kencing dan melaporkan sebarang keputusan yang positif kepada doktor. Untuk menguji kehadiran keton di dalam air kencing, anda boleh menggunakan jalur ujian khusus yang telah dirawat dengan bahan kimia. Ujian dapat dilakukan dengan mendedahkan sehelai jalur pakai buang pada aliran air kencing atau mencelup jalur ke dalam bekas yang mengandungi air kencing. Jalur akan berubah warna bergantung kepada jumlah keton yang hadir di dalam air kencing. Warna jalur bolehlah dibandingkan pada carta untuk menunjukkan paras keton. Penasihat kesihatan boleh menasihatkan anda masa yang sesuai untuk melakukan ujian dan berapa kerap anda perlu melakukannya.
Anda tidak disarankan mengambil alkohol sepanjang tempoh kehamilan kerana ia mungkin dapat menjejaskan bayi anda. Elakkan merokok sepenuhnya kerana kajian telah membuktikan bahawa pendedahan kepada asap rokok walaupun sebagai perokok pasif, boleh menjejaskan perkembangan yang sihat untuk bayi anda.
Bayi akan mendapat tenaga (dalam bentuk glukosa) yang berlebihan dari yang diperlukannya, dan tenaga lebihan ini akan tersimpan sebagai lemak badan yang akan menyebabkan makrosomia (didefinisikan sebagai bayi yang lahir dengan berat 4.0kg atau lebih).
Jika bayi anda mengalami makrosomia, dia berkemungkinan akan menghadapi masalah kesihatan yang serius seperti kecederaan di bahu semasa kelahiran dan meningkatkan risiko untuk menjalani pembedahan Caesarean. Walaupun tidak mempunyai makrosomia yang nyata, bayi anda mungkin mempunyai paras glukosa darah yang sangat rendah (hipoglisemia) selepas dilahirkan disebabkan pengeluaran insulin berlebihan daripada pankreas bayi anda. Hormon insulin berlebihan ini juga merangsang pembesaran bayi yang berlebihan atau makrosomid.
Paras gula di dalam darah bayi akan diawasi dengan teliti semasa penjagaan bayi dan adalah perlu memberi glukosa secara intravena kepada bayi jika paras gula terlalu rendah. Bayi juga mudah terdedah kepada Jaundis yang berpanjangan, ketidakimbangan paras elektrolit di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yang rendah, masalah pernafasan mahu pun kecacatan bayi.10 Adalah dipercayai bahawa bayi yang bersaiz besar cenderung menjadi obes di masa akan datang.
Bayi anda juga berisiko untuk menjadi obes dan menghidap diabetes jenis 2 apabila dewasa kelak.
Pemeriksaan ultrasound semasa antenatal adalah berguna untuk mengawasi saiz bayi dan mengesan polihidramnios serta keabnormalan bayi. Seperti pesakit diabetes yang lain, ibu yang hamil dengan GDM adalah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti jangkitan pada saluran kencing, diabetik ketoasidosis, dan jangkitan kulat pada kulit. Mereka juga mudah terdedah kepada kelahiran pramatang disebabkan Polihidramnios dan bayi yang bersaiz besar.
GDM juga boleh mendatangkan masalah kepada ibu. Dalam kebanyakan kes, jika bayi anda besar, anda akan mengalami kerumitan ketika melahirkan bayi dan anda mungkin perlu menjalani pembedahan Caesarean.
Anda juga berisiko tinggi mendapat praeklampsia (berkait dengan peningkatan tekanan darah yang tinggi yang boleh menjadi serius, sehingga membahayakan keadaan bayi dan diri anda) semasa kehamilan.
Anda juga lebih mudah untuk mendapat GDM lagi semasa kehamilan akan datang. Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan (National Institute of Health, NIH) Amerika Syarikat, wanita yang pernah mengalami GDM mempunyai 20 hingga 50 peratus kemungkinan untuk mendapat diabetes jenis 2 dalam tempoh 5 hingga 10 tahun selepas kehamilan.
Walau bagaimanapun, ini boleh dicegah - seperti yang telah dibuktikan dalam beberapa kajian ternama yang menunjukkan bahawa pengubahsuaian gaya hidup sahaja atau dengan penambahan ubat-ubatan oleh individu yang berisiko tinggi (termasuk wanita yang menghidap GDM) dapat mengurangkan risiko menghidap diabetes jenis 2 sehingga 58 peratus.
Apabila anda disahkan menghidap GDM, doktor anda mungkin mencadangkan untuk menjalani pemeriksaan antenatal setiap 2 minggu sehingga kehamilan anda berusia 32 minggu dan selepas itu lakukan pemeriksaan setiap minggu sehinggalah melahirkan bayi. Semasa pemeriksaan, pemeriksaan ultrasound akan dilakukan untuk mengesan sebarang keabnormalan dan komplikasi di samping mengawasi tumbesaran bayi. Profil gula di dalam darah akan diperiksa sekurang-kurangnya setiap 2 minggu untuk menilai keberkesanan pengawalan diabetes anda.
Ketika hampir bersalin, anda mungkin dinasihatkan untuk memantau pergerakan bayi di rumah, sebagai contoh, dengan mengira berapa banyak 'tendangan' yang anda rasai.
Berkemungkinan besar, doktor anda akan mengaturkan tarikh bersalin anda pada minggu ke-38 hingga 40 kehamilan kerana bagi wanita yang menghidap GDM, risiko komplikasi mungkin meningkat jika tempoh kehamilan menjangkau tempoh ini.
Jika terapi insulin diperlukan semasa kehamilan, anda akan diberi suntikan insulin pada waktu pagi semasa pelahiran bermula atau diberi melalui intravena sepanjang proses pelahiran. Selepas bayi dilahirkan paras gula di dalam darah biasanya akan kembali ke paras normal dan insulin tidak diperlukan lagi.
Ujian OGTT perlulah dilakukan selepas 6 - 12 minggu selepas kelahiran untuk memastikan paras glukosa telah kembali normal. Selepas itu, ujian saringan diabetes jenis 2 perlu dijalani secara berkala5 dan disyorkan sekali setahun.
Berita baiknya adalah, walaupun terdapat bahaya dari GDM ini, anda telah dapat lihat secara jelas bagaimana diet yang terurus bersama-sama dengan senaman yang kerap dapat membantu anda mengawal paras glukosa darah dan mengurangkan risiko komplikasi untuk anda dan bayi anda.
Dengan mematuhi garis panduan yang dijelaskan di atas, anda mempunyai peluang yang baik untuk bersalin normal dan melahirkan bayi yang sihat walaupun menghidap GDM.Yang penting - sentiasa berbincang dengan pasukan penjaga kesihatan anda bagi mencapai matlamat.
Semakan Akhir | : | 26 April 2012 (Sumber : http://www.myhealth.gov.my/index.php/dewasa/kesihatan-reproduktif/diabetes-semasa-hamil) | |||||
Penulis | : | Dr. Mastura Ismail | |||||
Penyemak | : | Dr. Haris Njoo Suharjono |
13 February 2015
KALAU SHAKLEE BAGUS SANGAT, KENAPA TAK DIJUAL DI GIANT, GUARDIAN ATAU TESCO?
Sebelum saya jawab soalan tu, saya ada satu soalan. Pernah nampak giant, guardian, atau tesco jual hand bag PRADA, CHANEL atau GUCCI? pernah?
Kat mane nak beli hand bag branded mcm ni? Kat pavillion ada. Tu pun kat butik dia sendiri. Harga memang mahal. Kenapa??? Sebab barang-barang branded ni EXCLUSIVE. Memang tak dijual kat tempat-tempat biasa.
Sama jugak seperti Shaklee. Kalau nk dibandingkan, brand Shakley ni setaraf dgn jenama hand bag atau kereta yang eksklusif ni. Sebab tu lah tak di jual dengan sewenang nye kat giant, guardian dan tesco. Sebab Shaklee ni EXCLUSIVE.
Kami sebagai SID (para pengedar) perlu memberikan info yang tepat dan betul kepada customer kami. Dan kami telah di coaching oleh senior-senior kami dgn proper. Bayangkan kalau hand bag PRADA tu di jual kat pasar malam. Letak sebelah-sebelah dengan Prada tak ori dengan Prada ori. Orang ramai yang tengok tak akan fikir yang tu Prada ori. Faham faham ^_^
- credit suharmitalib