Social Icons

02 February 2012

Bahaya air dan susu formula????

Pagi ini terbaca salah satu keratan artikel tentang bahaya air dan susu formula bagi bayi kurang 6bulan. Ma ingin berkongsi tentangnya di blog Ma.
Jom kita baca, bagi Ma sharing is caring with each other mommies outside there... ^_^




  1. Amalan memberikan air kepada bayi sebenarnya boleh memdedahkan bayi kepada pelbagai risiko termasukmerencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik.. (seram sejuk bila baca artikel ini...alhmdulillah Izzah still fully bf until now)

  2. Tumbesaran bayi yang diberikan air akn terencat kerana perutnya yang kecil itu sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat.


  3. Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada peringkat sama ada sumber air @ bekas yang tidak bersih. Ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai penyakit.


  4. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.


  5. Bayi yang menhidap jaundis, air yang terlalu banyak boleh merencatkan akal manakala bagi yang berusia di bawah lima minggu, air yang terlalu banyak akan mencairkan garam didalam darah, yang mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung @ sawan tarik.

No comments:

Post a Comment

Testimoni Shaklee

Testimoni (47)
 

Shaklee Different

Shaklee Different

Ziarah Blogku