Social Icons

16 May 2015

Konsep Rezeki

KONSEP REZEKI

Konsep Rezeki Pertama

Kita usaha dan kita dapat. Contohnya, kita bekerja dan kita dibayar gaji. Itulah bentuk rezeki pertama. Kita selalu nampak rezeki yang ni.

Konsep Rezeki Kedua

Rezeki yang kita usaha, tapi bukan untuk kita.

Contohnya, kita dah dapat gaji tadi, tiba-tiba kereta rosak atau mungkin handphone hilang. Atau, kita beri pinjamkan duit kepada orang lain.

Contoh yang lain, adalah bersedekah, memberikan bahagian rezeki kita untuk orang lain.

Banyak orang yang tak nampak rezeki bahagian ni. Sedangkan ini adalah rezeki juga. Banyak daripada kita bila tiba rezeki ni, kita complain, kita banyak merungut dan menyalahkan takdir, menyalahkan segala-galanya. Kan?

Sebenarnya, Tujuan Allah aturkan rezeki begini untuk kita adalah kerana nak menyucikan harta kita. Tujuannya nak mengampunkan dosa kita. Tujuannya nak beri kita nikmat yang lebih banyak Tapi kita mesti diuji terlebih dahulu.

Konsep Rezeki Ketiga

Rezeki yang kita tak usaha pun, tapi kita dapat. Masya Allah, cuba bayangkan, kita tak usaha pun, tapi kita dapat, punyalah sayang betul Allah kat kita ni. Banyak rezeki bahagian ni yang kita selalu lupa dan selalu tak nampak.

Apa contoh bentuk rezeki ketiga ni? Antaranya, tiba-tiba ada orang belanja makan steamboat, kita usaha tak? Tapi Allah datangkan steamboat melalui orang tadi tu untuk kita.

Contoh lain, kemudahan dalam menuntut ilmu, seronok beribadah. Kemudahan dalam berurusan, tiba-tiba sales meningkat, dilapangkan masa, tak tahu tiba-tiba duit datang daripada mana. Tup-tup ada orang sponsor kita pergi Umrah, Haji dan sebagainya. Kita tak usaha pun, tapi Allah bagi hadiah ni untuk kita. Seronok kan?

Punyalah banyak nikmat Allah beri ni, tapi kita tak bersyukur. Kalau check balik Surah Ar Rahman, Allah ada ingatkan,

“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”

Allah terangkan dalam surah tu, banyaknya rezeki yang diturunkan, tapi kita yang tak bersyukur. Selang satu ayat Allah ingatkan kita dengan ayat di atas. Malu rasanya dengan Allah. Sebab kita hanya banyak complain dari beryukur. kan?

Untuk datangnya rezeki yang ketiga ni, kita mesti melalui rezeki yang kedua DULU. Sebab tulah, tiba-tiba peti ais rosak, amaun tu cukup-cukup sahaja nak bayar. Kereta pulak rosak, macam tau-tau sahaja cukup-cukup baki bulan tu.

Sebab apa? Sebab salah kita yang tak keluarkan terlebih dahulu. Mungkin kita kurang memberi sedekah! Sebab tu lah Allah tarik sikit nilai dari rezeki tu, nak bagi kita share jugak dengan orang lain. Supaya rezeki kita tu dapat disucikan, supaya dosa kita dapat diringankan.

Masya Allah punya sayang Allah kat kita, dia ampunkan dosa kita, ringankan tanggungan azab kita ni, tapi bila tiba sahaja benda rosak, barang hilang, orang pinjam duit tak bayar, kita nak marah-marah. Kita geram kat Allah dan complain. Betul tak?

Konsep Rezeki Keempat

Mudah sahaja nak faham, kita tak usaha, maka tak dapatlah. Orang yang berusaha, maka dia dapat. Man jadda, wa jadda, kata pepatah arab ni.

Nampak dan faham tak konsep rezeki ni?

Rezeki bukan duit semata. Kita selalu nampak rezeki ini adalah harta. Sedangkan rezeki, nikmat Allah ni luas sangat.

Ilmu adalah rezeki, kawan-kawan yang baik adalah rezeki, kesihatan, kemudahan, kelapangan masa, kasih sayang, kefahaman, jodoh, zuriat, keluarga dan macam-macam lagi! Subhanallah, kalau senaraikan, cuba bayangkan, berapa banyak lagi nikmat yang kita tak bersyukur ni?

Insya Allah, bila kita faham konsep rezeki ni, kita akan lebih bersyukur, kita akan lebih mengenali indahnya, baiknya Allah ni. Alhamdulillah.


03 May 2015

Magnet Rezeki

Bismillah walhamdulilah..
Selamat pagi semua?..
 

Semoga anda berada dalam keadaan sihat selalu & bermotivasi disamping keluarga tersayang.Perkongsian ini saya copy paste dari seorg kawan saya. Just for sharing utk kita amal bersama-sama.
 
Saya pergi semalam ke SEMINAR MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI di Melaka anjuran SEK REN i-MUSLEH bagi mengutip dana pembinaan sekolah.
Penceramah seminar ini adalah Pn.Areena Ahmad Jurulatih Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki yang dilatih oleh USTAZ FATHURI SALEHUDDIN.

Apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH..Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana beliau kata di luar sana kebanyakan biasa berbanding luar biasa.
Dia menceritakan kita penat untuk mencari rezek, tapi kita tak penat untuk menjemput rezeki.
 

Formula yang saya dapat:
----------------------------
1. Networking pertama adalah DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat..sekarang ubah lebih rakaat..makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya.
Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT


2. Tahajjud.
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.


3. Membaca Al-Quran.
Apa yang di cerita, bangun pagi kita jangan buka hp atau rancang nak buat apa dulu..mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.
Ini kerana apabila kita melakukan ini..Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah "TIADA MASA".


4. Berzikir..Beliau meminta semua berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari.
Ini adalah latihan kita bersama dengan Allah. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.


5. Solat Berjemaah.
Terutama lelaki,,solat berjemaah di surau atau masjid. Pergi awal 10 minit awal sebelum azan. Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih.


6. Bersilaturrahim..
Janganlah kita memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang yang lapang dan tenang.


7. Bersedekah.
Ini amalan yang sangat dititikberatkan oleh pn.areena kerana sedekah satu power yang luar biasa. Nak sakit sembuh, nak anak dengar cakap kita, nak kaya perlu kita sedekah. 1 kali memberi..Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.


Contoh yang dia beri semalam..Jika inginkan pendapatan bulan ini RM5000..10% daripada RM5000 yang kita inginkan..RM500 perlu kita sedekahkan pada bulan ini.

Bila bersedekah terang-terang kita minta dengan Allah.

Testimoni beliau tentang sedekah..seorang peniaga online setiap bulan sedekah RM120,000. Pendapatan setiap bulan RM600,000.

Testimoni beliau lagi..seorang kawan pergi outstation 7 hari. Sebelum outstation..kawan dia pergi bayar 'INSURANS'..bukan insurans prudential atau takaful tapi insurans SEDEKAH. Dia sedekah 3 tempat anak yatim.

Dijadikan cerita..iron rumah dia tak tutup. Selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia..iron tu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH


8. Solatlah di awal waktu. Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya.
Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu..batu yang ke 39 azan berkemandang, agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak??
Pesan beliau sambunglah batu terakhir selepas solat..


9. Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10. Tawakal dan Usaha. Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal. Betul tak ?? Tapi pn.rina kata ..tawakal dulu baru usaha..minta bulat-bulat pada Allah..baru kita usaha.

4 amalan surah setiap hari.
----------------------------
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur


Pesan beliau juga minumlah air masak 3 liter sehari.
Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki. Ini kerana mak dia adalah pesakit KANSER..Tapi dia tak. Sebab dia tidak beremosi seperti mak,selalu minum air. Mak dia jarang minum air.
Yang ikut adalah adik dia pesakit KANSER. Ini kerana adik dia seperti mak yang selalu beremosi dan kurang minum air.


BILA ANDA CUKUP AMALAN...BARULAH SEMUA AKAN BERUBAH. SEKARANG SEMUA TERLETAK PADA DIRI KITA SAMA ADA INGIN BERUBAH ATAU TIDAK.
BERPEGANG TEGUH PADA AL-QURAN & AS-SUNNAH


Masa balik..beliau berlari ke arah saya dan kawan supaya membeli buku kitab selawat barakat makiyyah yang dijual oleh pihak penganjur.
Beliau berpesan jika diamalkan..RESULT dia memang AMAZING.
Semoga perkongsian saya ini mendapat manfaat untuk semua.


~semoga kita semua menjadi Jutawan Beriman~

Precious Insyirah
Allah Tempat Meminta
i am money magnet...

02 May 2015

Vitalea Iron Percuma

Bismillah  Walhamdulillah  ☺

Sapa nak VITALEA IRON FORMULA  percuma???

Apa itu  vitalea?
Vitalea  ini suplemen yang penuh nutrisi..
Pertama sekali wahai ibu-ibu/bapa/tuan/puan, info yang anda wajib tahu ialah, Shaklee Vita-Lea Iron Formula ialah sejenis MultiVitamin & MultiMineral yang mengandungi 28 nutrients yang penting, temasuklah 12 jenis Vitamin & 7 jenis galian.

Sesuai untuk  setiap golongan...
✔Ibu dan ayah saya juga mengambil  vitalea ini  sebagai suplemen  harian.
✔ibu hamil
✔Para pekerja 
✔Para pelajar
✔Warga  emas.

Sekiranya  anda ingin membeli mininum suplemen  bernilai  RM22 @ Pembelian  set prenatal/Postnatal Diskaun  5 % + daftar ahli RM79.50(Termsk postage)

free Sebotol Vitalea RM89....💸💸💸💸
wahhh!!! 😄😄😄

Menarik bukan???
Buat julung kalinya offer terbaik untuk.bulan ini...
Shaklee ianya semulajadi...

Mai pakat daftar shaklee ramai-ramai...

Pm/whatsApp/sms Arma: 0126874142 
#free5%Diskaun untuk set
#sidkulim 
#Shakleekulim 


Doaku Hari ini.


Bismillah  Walhamdulillah 
Assalamualaikum  wth.

Saat ditimpa musibah, teruslah tersenyum, kerana itulah petanda Allah ingat padamu. 

Saat kamu difitnah, teruslah tersenyum, kerana Allah telah memilihmu untuk merasa sedikit apa yang pernah dilalui oleh Rasulullah.

Dan ketahuilah, Rasulullah itu difitnah lebih teruk daripadamu.

Saat kamu putus asa, bangunlah. Kerana sudah pasti Rasulullah akan sedih bila melihat umat baginda berputus asa.

Saat kamu menyayangi, berpadalah. Kerana bimbang cinta itu merosakkan cinta kamu pada Allah dan Rasulullah.

Saat kamu gembira, jangan lupa kepada Allah. Kerana sesungguhnya kegembiraan itu datang dari Allah.

Saat kamu kehilangan orang yang kamu sayang, ketahuilah kamu masih ada Allah. Yang sentiasa sayang dan cinta padamu.

Sesungguhnya Allah itu sangat sayang padaku, jua padamu 

Musabah diri pada pagi  ini.


01 May 2015

Menu Istimewa Kami 1 Mei.

Alhamdulillah  istimewa  Menu hari ini..

Sebelum Laling Rizal Azmi ke masjid..
menjenguk  ke dapur...

"Ma..
Masak istimewa  ka hari ini?
Sambil senyum..yerlah bang...😊
Hari ini hari cuti..."

Senyum panjang  cik abang tadi...😉

Menu Istimewa  hari  ini...
✔Udang galah Masak lemak  cili  api
✔Kobis tumis ikan bilis
✔Ikan keli goreng..

Alhamdulillah...terima  kasih  Allah.
Anak-anak  pun suka...


Sambutan Shaklee 100 tahun...

Sapa nak Vitalea  percuma???

Vitalea  ini suplemen yang penuh nutrisi..
Pertama sekali wahai ibu-ibu/bapa/tuan/puan, info yang anda wajib tahu ialah, Shaklee Vita-Lea Iron Formula ialah sejenis MultiVitamin & MultiMineral yang mengandungi 28 nutrients yang penting, temasuklah 12 jenis Vitamin & 7 jenis galian.

Sesuai untuk  setiap golongan...
✔Ibu dan ayah saya juga mengambil  vitalea ini  sebagai suplemen  harian.
✔ibu hamil
✔Para pekerja 
✔Para pelajar
✔Warga  emas.

Sekiranya  anda ingin membeli zinc RM27 + daftar ahli RM79.50(Termsk postage)
free Sebotol Vitalea RM92..wahhh!!!

Menarik bukan???
Buat julung kalinya offer terbaik untuk.bulan ini...
Shaklee ianya semulajadi...

Pm/whatsApp/sms Arma: 0126874142 
#sidkulim 
#Shakleekulim 
#sayajualShaklee 
#freeVitalea
#bestofferOfTheMonth


Testimoni Shaklee

Testimoni (47)
 

Shaklee Different

Shaklee Different

Ziarah Blogku