(1) Faktor permintaan
- Kerapkan penyusuan secara terus dengan bayi. Susukan bayi selama yang mungkin. Sebaik bayi bertukar ke payudara sebelah lagi, pam payudara sebelah yang telah disusukan. (Contohnya kalau mula-mula susukan sebelah kanan, pam payudara kanan apabila bayi bertukar ke sebelah kiri. Kira macam double pump la)
Jangan kecewa sekiranya susu yang keluar hanya sedikit kerana langkah ini adalah bertujuan untuk menghantar signal ke otak supaya lebih banyak susu dihasilkan. Setelah bayi selesai menyusu, lakukan langkah yang sama dengan memerah susu disebelah lagi. Sebaiknya terus lakukan power pumping** Power pumping dengan menggunakan double pump - Pam 10 minit, rehat 10 minit. Ulang dalam masa sejam atau lebih.sekiranya menggunakan single pump - Pam sebelah payudara selama 10 minit kemudian bertukar ke payudara sebelah lagi. Lakukan selama sejam atau lebih.
(2) Faktor masa
- Hormon prolaktin adalah paling banyak dihasilkan pada waktu pagi. Oleh itu, lakukan power pumping sebelum tidur (sekitar pukul 12) dan sebaik bangun pagi (subuh hari)
(3) Faktor pemakanan
- Cuba pelbagai resepi baru dengan makanan yang boleh menambah pengeluaran susu ibu. Anda pasti akan dapat melihat perubahannya pada hari Isnin nanti. Sebenarnya kaedah ini tidak terhad untuk waktu hujung minggu sahaja. Kalau ada masa, hari bekerja pun boleh. Cuma, mungkin waktu bersama bayi akan lebih terhad pada hari bekerja berbanding pada hujung minggu.
Selamat Mencuba!!!
No comments:
Post a Comment