Social Icons

09 February 2012

Masalah bayi tak mahu direct feeding

Assalamualaikum


Memastikan bekalan susu mencukupi untuk ditinggalkan kepada baby sitter ketika keluar bekerja sudah cukup memeningkan kepala. Apatah lagi sekiranya bayi langsung tidak mahu minum secara direct feeding walau pun ketika berada di samping ibunya. Tidak sedikit ibu-ibu yang menghadapi masalah ini. Ada di antara mereka yang meneruskan penyusuan dengan mengepam susu bagi keperluan bayi setiap 3-4 jam sekali. Sepanjang hari! Ada juga yang patah semangat lalu memilih susu formula. Bagi meneruskan penyusuan dengan exclusive pumping juga bukan laluan mudah.


Ini kerana, tiada pam yang lebih baik dari mulut bayi itu sendiri. Oleh itu, dari masa ke semasa, ibu-ibu yang melakukan exclusive pumping akan sentiasa berisiko mengalami masalah kekurangan pengeluaran susu. Kerana kekurangan stimulasi secara terus dari bayi.Masalah ini juga dihadapi apabila bayi beralih bulan dan kurang berminat menyusu secara direct feeding berbanding biasa.

Saya melalui fasa ini selepas kelahiran anak perempuan saya. Alhamdulillah masalah ini dapat diatasi dan kini masih lagi memberikan penyusuan susu ibu kepadanya.


Persoalannya.

Apakah punca keadaan ini berlaku?Bagaimanakah mengembalikan minat bayi bagi menyusu secara terus?


Terdapat dua kemungkinan utama bayi tidak mahu menyusu secara terus dari ibunya.

(1) Susu terlalu banyakKeadaan ini biasanya berlaku diperingkat awal kelahiran bayi. Pada ketika ini, sistem badan ibu masih belum dapat mengenalpasti jumlah pengeluaran susu yang diperlukan oleh bayi. Manakala bayi pula masih dalam peringkat mempelajari teknik menyusu. Pada peringkat ini biasanya bayi sukar mengawal kadar susu yang dihisap. Sekiranya susu ibu terlalu banyak, kemungkinan besar mereka akan menghadapi masalah sering tersedak. Sekiranya keadaan ini sering berlaku, sedikit sebanyak bayi akan mengalami trauma dan mengelak untuk minum susu secara terus dari ibunya.


(2) Bayi lebih suka minum melalui botol berbanding secara terus (direcy feeding)Ada ibu-ibu yang keliru dengan keadaan ini. Ada yang beranggapan bayi mereka menolak susu mereka dan lebih sukakan susu formula. Saya pulak keliru kerana mereka keliru. Ini kerana biasanya keadaan ini disebabkan oleh lubang pada puting susu yang besar dan bayi tidak perlu bersusah payah menggerakkan rahang mereka untuk menyusu. Jika dibandingkan dengan menyusu secara terus, bayi perlu menggerakkan rahang bagi mendapatkan susu.


Oleh itu, mereka lebih suka susu botol sebab tak perlu berusaha terlalu gigih.Bagaimana mengatasinya

- Susukan bayi secara kerap. Bagi bayi yang baru dilahirkan, sebaiknya susukan setiap 2 jam sekali. Kejutkan bayi dari tidur sekiranya perlu. Selain dari untuk mengelakkan payudara menjadi bengkak, ia juga mengelakkan masalah demam kuning bagi bayi yang baru dilahirkan- Sekiranya payudara membengkak, perah dahulu susu sebelum mula menyusukan bayi. Ini akan mengurangkan jumlah susu dalam payudara dan sekaligus mengelakkan flow susu menjadi terlalu laju ketika proses penyusuan

-Selepas menyusukan bayi, sebaiknya perah susu hingga ke titisan terakhir. Selain dari membantu menggalakkan pengeluaran susu, ia juga mengelakkan payudara menjadi cepat bengkak sebelum sesi penyusuan yang seterusnya

- Gunakan pam yang elok dan sesuaikan diri dengan pam tersebut. Terutamanya sekiranya menggunakan pam manual.

- Susukan bayi mengikut keperluan mereka. Sama seperti masa nak mengajar mereka minum dengan susu botol, jangan bagi option.

Pastikan mereka menyusu secara terus walau pun sedikit, tapi jangan paksa secara keterlaluan. Berhenti sekiranya mereka menolak. Suakan kembali ketika mereka kelihatan haus. Anak perempuan saya kurang menyusu berbanding abangnya, bagi mengelakkan dari dia kekurangan susu, saya perlu sentiasa bersedia bagi menyusukannya. Kalau tengah malam pun, dia "ek" sikit je terus sumbat dengan susu. Biasanya menyusukan bayi ketika mereka agak mamai lebih mudah.

- Jangan susukan bayi ketika mereka terlalu lapar. Offer susu secara berkala. Eg: sejam sekali, atau setengah jam sekali.- Susukan bayi dalam suasana yang tenang. Jauhkan diri dari kebisingan dan distraction lain'

- Banyakkan sentuhan dengan bayi dan luangkan lebih banyak masa dengan bayi

- Elakkan penggunaan puting kosong- Pada hujung minggu, haramkan langsung penggunaan botol walau pun ketika berada diluar. Pelajari teknik penyusuan di tempat-tempat awam

- Jangan marah dan jangan paksa.

-Sabar.


Takkan buat sekali terus berjaya. Ambil cuti panjang sekiranya perlu untuk luangkan lebih banyak masa dengan bayi.

Selamat berjaya dan jangan putus asa.

kredit dari blog: Susu Terbaik

No comments:

Post a Comment

Testimoni Shaklee

Testimoni (47)
 

Shaklee Different

Shaklee Different

Ziarah Blogku