Social Icons

Showing posts with label Muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah diri. Show all posts

03 May 2015

Magnet Rezeki

Bismillah walhamdulilah..
Selamat pagi semua?..
 

Semoga anda berada dalam keadaan sihat selalu & bermotivasi disamping keluarga tersayang.Perkongsian ini saya copy paste dari seorg kawan saya. Just for sharing utk kita amal bersama-sama.
 
Saya pergi semalam ke SEMINAR MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI di Melaka anjuran SEK REN i-MUSLEH bagi mengutip dana pembinaan sekolah.
Penceramah seminar ini adalah Pn.Areena Ahmad Jurulatih Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki yang dilatih oleh USTAZ FATHURI SALEHUDDIN.

Apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH..Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana beliau kata di luar sana kebanyakan biasa berbanding luar biasa.
Dia menceritakan kita penat untuk mencari rezek, tapi kita tak penat untuk menjemput rezeki.
 

Formula yang saya dapat:
----------------------------
1. Networking pertama adalah DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat..sekarang ubah lebih rakaat..makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya.
Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT


2. Tahajjud.
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.


3. Membaca Al-Quran.
Apa yang di cerita, bangun pagi kita jangan buka hp atau rancang nak buat apa dulu..mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.
Ini kerana apabila kita melakukan ini..Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah "TIADA MASA".


4. Berzikir..Beliau meminta semua berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari.
Ini adalah latihan kita bersama dengan Allah. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.


5. Solat Berjemaah.
Terutama lelaki,,solat berjemaah di surau atau masjid. Pergi awal 10 minit awal sebelum azan. Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih.


6. Bersilaturrahim..
Janganlah kita memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang yang lapang dan tenang.


7. Bersedekah.
Ini amalan yang sangat dititikberatkan oleh pn.areena kerana sedekah satu power yang luar biasa. Nak sakit sembuh, nak anak dengar cakap kita, nak kaya perlu kita sedekah. 1 kali memberi..Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.


Contoh yang dia beri semalam..Jika inginkan pendapatan bulan ini RM5000..10% daripada RM5000 yang kita inginkan..RM500 perlu kita sedekahkan pada bulan ini.

Bila bersedekah terang-terang kita minta dengan Allah.

Testimoni beliau tentang sedekah..seorang peniaga online setiap bulan sedekah RM120,000. Pendapatan setiap bulan RM600,000.

Testimoni beliau lagi..seorang kawan pergi outstation 7 hari. Sebelum outstation..kawan dia pergi bayar 'INSURANS'..bukan insurans prudential atau takaful tapi insurans SEDEKAH. Dia sedekah 3 tempat anak yatim.

Dijadikan cerita..iron rumah dia tak tutup. Selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia..iron tu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH


8. Solatlah di awal waktu. Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya.
Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu..batu yang ke 39 azan berkemandang, agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak??
Pesan beliau sambunglah batu terakhir selepas solat..


9. Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10. Tawakal dan Usaha. Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal. Betul tak ?? Tapi pn.rina kata ..tawakal dulu baru usaha..minta bulat-bulat pada Allah..baru kita usaha.

4 amalan surah setiap hari.
----------------------------
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur


Pesan beliau juga minumlah air masak 3 liter sehari.
Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki. Ini kerana mak dia adalah pesakit KANSER..Tapi dia tak. Sebab dia tidak beremosi seperti mak,selalu minum air. Mak dia jarang minum air.
Yang ikut adalah adik dia pesakit KANSER. Ini kerana adik dia seperti mak yang selalu beremosi dan kurang minum air.


BILA ANDA CUKUP AMALAN...BARULAH SEMUA AKAN BERUBAH. SEKARANG SEMUA TERLETAK PADA DIRI KITA SAMA ADA INGIN BERUBAH ATAU TIDAK.
BERPEGANG TEGUH PADA AL-QURAN & AS-SUNNAH


Masa balik..beliau berlari ke arah saya dan kawan supaya membeli buku kitab selawat barakat makiyyah yang dijual oleh pihak penganjur.
Beliau berpesan jika diamalkan..RESULT dia memang AMAZING.
Semoga perkongsian saya ini mendapat manfaat untuk semua.


~semoga kita semua menjadi Jutawan Beriman~

Precious Insyirah
Allah Tempat Meminta
i am money magnet...

13 November 2014

Hikmah Bersujud

♥{Penambahan Ilmu Kita Bersama Dari Sudut Perspektif}
.
☞ Sujud bukan sahaja mendekatkan kita dengan Allah SWT tetapi dari sudut perubatan pun ada hikmahnya. Antara hikmah sujud menurut keterangan perubatan ialah:-

█ 1. ☞  Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
.
█ 2. ☞ Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
.
█ 3. ☞ Melegakan sakit hernia.
.
█ 4. ☞ Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
.
█ 5. ☞ Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan.
.
█ 6. ☞ Mengurangkan kesakitan pada apendiks atau limpa.
.
█ 7. ☞ Meringankan bahagian pelvis.
.
█ 8. ☞ Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud.
.
█ 9.  ☞ Gerakan otot-otot ini menjadikannya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelancaran darah.
.
█ 10. ☞ Bagi wanita gerakan otot ini menjadikan buah dadanya lebih baik dan mudah berfungsi untuk menyusukan bayi.
.
█ 11.  ☞ Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal .
.
█ 12.  ☞ Mengurangkan kegemukan.
.
█ 13. ☞ Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
.
█ 14.  ☞ Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
.
█  15.  ☞ Memberi dorongan untuk mudah tidur.
.
█ ☞ Selain itu kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). █
Tabarakallah

12 November 2014

Muhasabah Diri : Iktibar Dari Sebatang Pensel

Bismillah Walhamdulillah..
Syukur masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ini.

InshaAllah hari ini, Arma ingin kongsikan sekilas tazkirah yang Arma baca di blog ini Islam2u. Ia amat berkait rapat dengan kehidupan kita sebagai seorang hamba, sebagai ibu & ayah.

Selamat membaca...

Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.

"Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?"

"Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini."
"Apa yang istimewa tentang pensel ini?" tanya si anak.

"Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?"

"Ya, ibu."


Pertama, pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini.
Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

Kedua, ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya.

Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga, pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula.

Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

Keempat, tahukah anak ibu mana yang lebih penting; luar atau isi pensel? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya.

Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

Kelima, pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

Notakaki:
Inilah antara kata-kata yang baik untuk seseorang membawa prinsip yang positif terutamanya buat para ibu bapa untuk memberikan prinsip hidup yang baik buat anak-anak. Apa sahaja kata-kata semangat yang kita ulang-ulangkan pasti memberi bekas dalam jiwa kita mahupun anak-anak. Yang penting sebagai ibu @ ayah kita perlu sentiasa sabar..teruskan mengingatkan anak dan tak lupa juga berdoa kepada yang Maha Esa agar dibukakan pintu hati anak ini.

Precious Insyirah,
Hidup Untuk Memberi...

31 October 2014

7jenis persahabatan hanya 1sampai akhirat

7 JENIS PERSAHABATAN HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT :
.
1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.
.
2. TAARIIKHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.
.
3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.
.
4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.
.
5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.
.
6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semutpun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120)
.
Rasulullah SAW mengajarkan doa :
"Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."
.
7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam di penghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala.
.
Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 hingga 6 akan LENYAP di Akhirat.

Yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatanyang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT : "Pada hari itu (Kiamat) sahabat - sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf :67)
.
Semoga dieratkan persahabatan kita
kerana Allah. Aamiin...!!!

Precious  Insyirah 
Hidup  Untuk  Memberi 

Testimoni Shaklee

Testimoni (47)
 

Shaklee Different

Shaklee Different

Ziarah Blogku