Social Icons

12 November 2014

Muhasabah Diri : Iktibar Dari Sebatang Pensel

Bismillah Walhamdulillah..
Syukur masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ini.

InshaAllah hari ini, Arma ingin kongsikan sekilas tazkirah yang Arma baca di blog ini Islam2u. Ia amat berkait rapat dengan kehidupan kita sebagai seorang hamba, sebagai ibu & ayah.

Selamat membaca...

Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.

"Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?"

"Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini."
"Apa yang istimewa tentang pensel ini?" tanya si anak.

"Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?"

"Ya, ibu."


Pertama, pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini.
Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

Kedua, ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya.

Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga, pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula.

Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

Keempat, tahukah anak ibu mana yang lebih penting; luar atau isi pensel? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya.

Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

Kelima, pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

Notakaki:
Inilah antara kata-kata yang baik untuk seseorang membawa prinsip yang positif terutamanya buat para ibu bapa untuk memberikan prinsip hidup yang baik buat anak-anak. Apa sahaja kata-kata semangat yang kita ulang-ulangkan pasti memberi bekas dalam jiwa kita mahupun anak-anak. Yang penting sebagai ibu @ ayah kita perlu sentiasa sabar..teruskan mengingatkan anak dan tak lupa juga berdoa kepada yang Maha Esa agar dibukakan pintu hati anak ini.

Precious Insyirah,
Hidup Untuk Memberi...

No comments:

Post a Comment

Testimoni Shaklee

Testimoni (47)
 

Shaklee Different

Shaklee Different

Ziarah Blogku