Social Icons

Showing posts with label Resepi Sihat. Show all posts
Showing posts with label Resepi Sihat. Show all posts

04 July 2014

Strawberi Vanilla Shake..yum..yum..lazat...

Sumber: Shaklee Malaysia
 
 
 
Sedap tak tengok Strawberi shake di atas???
Wajib cuba ini... resepi yang mudah dan simple...
Jika rakan-rakan tidak ada Vanilla Shake...boleh gantikannya dengan
Energizing Soy Protein/Mealshake.

Strawberry Banana Shake:
1. 2 Scoop Vanilla Cinch Mix/ ESP/Mealshake
2. 1 cawan fresh milk
3. Sebiji Pisang
4. 5biji strawberi segar
5. Ais kiub @ Ketul ais

Cara-cara:
Masukkan semua bahan tadi dan blender hingga sebati..

Selepas itu, masukkan dalam cawan dan sedia untuk diminum...
Armawati Ariffin

Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Independent Distributor
COD di daerah Kulim/Kedah
Shaklee ID: 858240
Sms/Whatsapp: 012-6874142

19 April 2013

Bubur Oat, Ikan & Saderi Untuk Bayi

Bubur Oat, Ikan & Saderi untuk Bayi
(7 bulan keatas)
Bahan-bahan:
1.3 sudu oat untuk dimasak (oat biru jika quaker oat)
2.ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis secukupnya
3.1 helai daun sedari beserta batangnya
4.secawan air

Penyediaan:
Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
Masak oat, ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
Hidangkan.



Selamat mencuba!

Pelbagai Cara Memasak Bubur Nasi

Pelbagai Cara Memasak Bubur Nasi Bayi
Sesetengah ibu selesa memberikan bayi mereka bijirin segera yang dibeli di kedai-kedai. Namun ramai juga yang rasa lebih yakin memberikan bayi mereka bubur nasi yang dimasak sendiri. Memasak bubur nasi bayi tidak rumit, cuma ianya agak leceh. Ianya boleh dipermudahkan, jika anda kreatif mencuba cara baru...

Cara 1
Masak nasi seperti biasa.
Ambil nasi mengikut kadar yang bayi makan.
Kisarkan nasi dan beberapa sudu susu menggunakan alat pengisar.
Cairkan dengan menambahkan susu lagi jika perlu.
Tambahkan kepekatan dengan mengurangkan jumlah susu apabila anak sudah semakin selesa makan bubur yang lebih pekat.

Cara 2
Basuh beras mengikut kuantiti bayi makan (atau lebih).
Goreng beras tanpa minyak dengan api kecil sehingga beras keperang-perangan.
Setelah beras sejuk, kisarkan sehingga menjadi serbuk dengan alat pengisar kering.
Simpan dalam bekas kedap udara.
Jika anda ingin memasaknya, ambil mengikut kuantiti bayi makan.
Bancuhkan dengan air dan kacau sehingga rata.
Jerangkan di atas api kecil sehingga bubur mendidih beberapa minit.
Campurkan susu jika ingin bubur nasi bersusu.

Cara 3
Masak nasi seperti biasa.
Apabila nasi hampir kering, cedukkan sedikit nasi (amaun bubur yang bayi makan) dan masukkan ke dalam mangkuk yang tahan panas.
Masukkan air mendidih ke dalam nasi dalam mangkuk tadi.
Letakkan mangkuk tadi di atas nasi sebelum anda menutup periuk nasi dengan penutupnya.
Biarkan sehingga nasi masak dan bubur nasi bayi lembut.
Ini untuk bayi yang besar sedikit.(Petua Shiha)

Cara 4
Beras dicampur dengan air dengan nisbah 1 beras : 4 air.
Masak dengan api kecil sehingga beras kembang dan pecah.

Cara 5
Masak menggunakan slow cooker.

Petikan dari http://www.hamidarshat.com

Testimoni Shaklee

Testimoni (47)
 

Shaklee Different

Shaklee Different

Ziarah Blogku