Social Icons

Showing posts with label Kepentingan Menu Sihat Ibu GDM. Show all posts
Showing posts with label Kepentingan Menu Sihat Ibu GDM. Show all posts

30 March 2015

CONTOH MENU BAGI SETIAP TRIMESTER IBU GDM

CONTOH MENU BAGI SETIAP TRIMESTER


Menu bagi Trimester pertama ( Minggu 1 - Minggu 14)

Menu bagi Trimester Kedua ( Minggu 15 - Minggu 29)

 
Menu bagi Trimester pertama ( Minggu 29 - Minggu 40)



Hubungi saya di sini:
PM : https://www.facebook.com/preciousInsyirah
Sms/Whatsapp : 012-6874142
Blog : http://preciousinsyirah.blogspot.com/
Be 1 Of Our Team!!! 

kt : gdmcares

          

Apakah Indek Glisemik (GI) & Kepentingannya?

Apakah itu Indeks Glisemik ( GI )?


Indeks glisemik (GI) adalah satu ukuran yang menunjukkan kelajuan peningkatan tahap glukosa (gula) dalam darah selepas pengambilan makanan. Ia juga dikenali sebagai indeks pengukuran mengenai kesan makanan yang mengandungi karbohidrat ke atas paras glukosa darah. Makanan yang mengandungi karbohidrat akan ditukarkan kepada glukosa selepas penghadaman dan akan diserap ke salur darah. Glukosa amat penting untuk membekalkan tenaga kepada badan untuk menampung kehidupan seharian.

Kepentingan Indeks Glisemik ( GI )


Namun begitu, bagi pesakit GDM, pengawalan aras glukosa darah menjadi masalah utama mereka. Jadi, pengetahuan tentang nilai indeks glisemik boleh membantu dalam pengawalan glukosa darah. Glisemik indeks biasanya dibahagikan kepada 3 kategori, iaitu tinggi , sederhana dan rendah. Glukosa mempunyai indeks glisemik yang paling tinggi iaitu 100. Makanan dalam kategori indeks glisemik tinggi akan meningkatkan paras glukosa darah dengan cepat. Manakala, makanan dalam kategori indeks glisemik rendah lambat dicerna dan diserap. Ini dapat meningkatkan paras glukosa secara beransur-ansur. Oleh itu, sangat penting bagi ibu yang mengalami GDM untuk mengambil makanan di dalam kategori rendah indeks glisemik.

KUMPULAN MAKANAN 
               RENDAH GI (<55) 
  SEDERHANA  GI (56-69)
   TINGGI  GI (>70)
  Bijirin
Nasi Perang
Oat Bran
Roti dan biskut penuh bijirin
Nasi Basmati
Croissant
Roti pita
Makaroni
Pasta
Spaghetti
  Nasi Putih
Corn flakes
Roti Putih
  Sayur-sayuran
Lobak merah
Kobis Bunga
Brokoli
Terung
Kobis
Cendawan
Tomato
Cili ( merah, hijau )
Bawang ( putih, besar )
Jagung
Keladi
  Ubi kentang
Ubi kayu
Kundur
Labu
  Buah-buahan
Epal
Oren
Pic
Kiwi
Pir
Strawberri
Cheri
  Anggur
Aprikot
Mangga
Pisang
Betik
Tembikai
Nanas
  Susu dan produk tenusu
Susu skim
Susu penuh
Yoghurt
Kastard
 
  Kekacang
Kacang hijau
Kacang soya
Lentil
Chick Peas
  Kekacang panggang
 
  Snek
  Kacang ( badam, tanah, walnut )
Ais krim rendah lemak
Kastard
Pudding Segera
Pancakes
Waffles
Muffins
Kek cawan
Donut
Ais krim
  Minuman
  Jus buah-buahan yang rendah GI
 
  Minuman ringan

 
PIRAMID MAKANAN MALAYSIA





 
Hubungi saya di sini:
PM : https://www.facebook.com/preciousInsyirah
Sms/Whatsapp : 012-6874142
Blog : http://preciousinsyirah.blogspot.com/
Be 1 Of Our Team!!! 







kt :gdmcares



















 


Kepentingan pemakanan sihat terhadap ibu yang mengalami Diabetes Melitus Gestasi

 
Kepentingan pemakanan sihat terhadap ibu yang mengalami Diabetes Melitus Gestasi 



Diet yang seimbang semasa mengandung akan memberikan bayi anda satu permulaan hidup yang sihat. Diet yang baik dapat :
  • Mengawal aras glukosa di dalam darah
 - Ibu perlulah mengambil makanan yang rendah kandungan gula serta rendah indeks glisemik. Ini dapat mengekalkan aras glukosa dalam darah pada julat normal ( 4.0 mmol/l - 6.0 mmol/l )

  • Memastikan kenaikan berat badan ibu yang sesuai semasa hamil
- Memastikan diet ibu mengandungi karbohidrat, buah-buahan, sayur-sayuran, protein, susu dan produk tenusu, serta mengurangkan pengambilan gula dan lemak.
  • Membantu mengelakkan kecacatan kelahiran bayi     
- Kecacatan kelahiran seperti spina bifida mempunyai hubungan yang rapat dengan diet ibu . Nutrisi yang baik dan seimbang merupakan asas pembinaan yang penting bagi tubuh badan yang sihat.

  • Membantu dalam proses melahirkan bayi dengan lebih mudah 
- Apabila tubuh ibu mendapat nutrient yang cukup dan seimbang , tubuh badan akan berada dalam keadaan yang baik dan sihat. Nutrient tertentu seperti zinc dan protein mempunyai hubungkait dengan proses bersalin dan juga kesihatan uterus.

  • Melindungi bayi dan ibu daripada infeksi
- Vitamin seperti vitamin C diperlukan untuk menguatkan sistem pertahanan tubuh bayi dan ibu.

  • Mengurangkan risiko keguguran bayi: 
- Diet yang baik membolehkan plasenta untuk bertumbuh dengan sihat serta dalam keadaan yang baik . Diet yang baik juga boleh memenuhi keperluan nutrients bayi. Plasenta yang sihat mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengalami keguguran.

  • Bayi akan menjadi lebih sihat
Diet yang sihat akan memberi kesan yang positif terhadap berat badan bayi semasa kelahiran dan juga kesihatan bayi kelak.

  • Melindungi ibu daripada anemia
Kekurangan ferum ( zat besi ) disebabkan oleh diet yang tidak seimbang. Aras ferum yang rendah dalam tubuh menyebabkan keletihan dan juga komplikasi yang lain.

Hubungi saya di sini:
PM : https://www.facebook.com/preciousInsyirah
Sms/Whatsapp : 012-6874142
Blog : http://preciousinsyirah.blogspot.com/
Be 1 Of Our Team!!! 


kt: gdmcares

Testimoni Shaklee

Testimoni (47)
 

Shaklee Different

Shaklee Different

Ziarah Blogku