Petang tadi untuk dapatkan mood yang tengah mengantuk..KakMa terjumpa blog Madam Lat, memang menarik info sihat ini. Ianya berkaitan dengan Jus Epal & Batang Celery.
Sejak beberapa hari ini, KakMa mula berjinak-jinak membuat jus dari buah+sayur.
Bagus untuk detox dan badan kita.
Ok...jom kita baca tentng khasiat-khasiat yang terdapat
di dalam epal hijau dan batang saleri ini dari Blog madam lat.
Sumber : Google |
Kelebihan dan kebaikan meminum air campuran epal hijau
dan batang saleri. Mari kita amalkan bersama. Mencegah lebih baik daripada
merawat, itulah pesanan orang tua-tua. Saya....mempunyai masalah sembelit,
Alhamdulillah...dengan pengamalan jus ini setiap pagi..masalah ini dapat
diselesaikan. Ini dapat membantu dalam proses pembuangan toksid atau
membersihkan usus, Amalkan meminumnya setiap pagi ketika perut
kosong.
Khasiat buah epal yang masam baik membersihkan usus dan
melawaskan pembuangan air besar. Kepada mereka yang ingin berdiet....turut boleh
mengamalkan.
Khasiat Saleri: merupakan sejenis sayur berbatang
lembut, kaya dengan zat besi, kalsium, foforus, sodium, vitamin A, B-Komplek dan
C. la juga dikenali sebagai Opium gravelens dan berasal dari keluarga Dula
umbelliferae yang merupakan penawar dalam amalan perubatan tradisonal untuk
menurunkan tekanan darah tinggi .
Amalan memakannya mampu menghilangkan pening- pening
dan sakit kepala yang berpunca daripada tekanan darah tinggi.
Khasiat Epal Hijau ini mampu mengurangkan pembinaan
kolesterol dalam dinding salur darah. Selain itu ia mampu mengurangkan risiko
penyakit jantung. Ia juga dapat membantu kesihatan membran paru-paru, membantu
kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang,
membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol
darah dan membantu mengekalkan berat badan. Selain itu mampu mengurangkan
tekanan penyakit asma dan mengurangkan risiko barah.
Selain itu juga, epal hijau juga mampu bertindak
sebagai penyegar kulit wajah. Hanya dengan memotong epal hijau dan rendamkan
seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan
selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia
boleh melicinkan kulit.
Selamat Mencuba!!!!
Pesanan daripada Saidina Ali Bin Abi
Thalib,
“Apabila anda hendak makan Epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan Epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh angin akan lenyap.”
“Apabila anda hendak makan Epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan Epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh angin akan lenyap.”
No comments:
Post a Comment