Hari ini Arma ingin kongsikan dari Blog seorang ustaz mengenai MLM Shaklee...
Seperti yang kita tau..Shaklee juga MLM (Multi Level Marketing) tapi ada perbezaan yang perlu kita lihat, baca dan fahami dalam-dalam...
Supaya dengan perkongsian ini, menjawab banyak persoalan diluar sana...
kredit:Ustaz Muhd Taufiq (Healthy Life)
Assalamualaikum kepada semua
pembaca.
Jom dengar cerita. Begini. Sejak ada bisnes ni, rajin sekali tangan ni nak PM kawan2 lama. So,dah alang-alang cerita terbukalah tajuk Shaklee ni. Saya ada mencadangkan bisnes ini kepada beberapa orang rakan yang sebahagian besarnya mempunyai latar belakang agama yg agak tinggi. Maklumlah kami ni 'anak-anak graduan' Universiti Al-Azhar. Jadi tentulah perhatian utamanya tertumpu kepada isu Multi Level Marketing (MLM).
Jom dengar cerita. Begini. Sejak ada bisnes ni, rajin sekali tangan ni nak PM kawan2 lama. So,dah alang-alang cerita terbukalah tajuk Shaklee ni. Saya ada mencadangkan bisnes ini kepada beberapa orang rakan yang sebahagian besarnya mempunyai latar belakang agama yg agak tinggi. Maklumlah kami ni 'anak-anak graduan' Universiti Al-Azhar. Jadi tentulah perhatian utamanya tertumpu kepada isu Multi Level Marketing (MLM).
Banyak juga kena gasak dengan soalan-soalan yg
mencabar tetapi alhamdulillah dapat dijawab dengan baik. Tau bagaimana nak
menjawab soalan maut dari kawan2 yg ada latar belakang agama ni? Mudah je, ikut
step saya ni kalau anda mampu =) :
1. Jangan berpusing-pusing. Terus jawab direct
to the point dan jangan sesekali menipu.
2. Saya ingatkan mereka saya juga graduan
Azhar. Takkan saya nak burukkan nama Azhar dengan join bisnes yag bukan-bukan
dan bersalahan pula dengan syarak.
3. Yang ni point akhir, taktik "Mati Ayat"
namanya. Saya ingatkan mereka juga bahawa saya diiktiraf sebagai Graduan Terbaik
Fakulti Usuluddin dan Dakwah Seluruh Universiti al-Azhar, 2009 di Konvokesyen
al-Azhar yg dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia-Kaherah.
Point ni saya hanya guna untuk orang-orang yang
memerli dan menghukum terus bahawa semua MLM adalah HARAM dengan yakinnya. Bukan
untuk berlagak dengan apa yang kita capai tetapi cukup sebagai ingatan kepada
mereka yg selalu menjatuh hukum bukan dari sumber hukum sebenar tetapi dari akal
pendek mereka sahaja. Agama bukan HALAL untuk diri sendiri tapi HARAM untuk
orang lain.
Sijil Halal dari ISA (Islamic Services of America) |
Ini adalah sebab UTAMA saya memilih Shaklee
sebagai side income. Jom perhalusi. Ini adalah syarat-syarat yg wajib ada pada
MLM yg patuh syarak.
1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan
tujuan yang sebenarnya seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan
dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan
lainnya.
Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan
kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui
dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah.
Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada
objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).
2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh
dijual beli secara tangguh.
Ini kerana penjualan barangan emas secara
tangguh adalah Riba jenis Nasiah.
3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk
setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas.
Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang
atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya
sahaja.
4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan
‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang
berjaya dijualnya.
Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan
kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang
(money game) atau head hunter.
5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat
belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang
bawahannya.
Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian.
Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen
kumpulan dan sebagainya, ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas
asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan
sempurna.
6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah
atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan
perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti
sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya.
Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen
itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada
keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu
keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit
usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu
diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya
lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah
haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.
7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim
siapa masuk dulu akan untung selamanya.
Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan
pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu
mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan
lebih hebat.
8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus
yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi
mengelakkan segala jenis penipuan.
9. Menstruktur plan pemasaran di anatara
ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan
rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang
ditetapkan di peringkat awal lagi.
Diharap anda dapat membuka mata dan akal untuk
melihat Islam adalah agama yg MENGAWAL bukan MENGHALANG. Dikawal perniagaan agar
semua pihak tidak rugi dan keadilan sosial dapat ditegakkan. Jangan sampai anda
menggunakan agama untuk menjadi lapik alas bagi alasan untuk tidak bergiat dalam
bidang perniagaan atau menghalang niat muslim yg lain untuk berniaga.
Jika diperhalusi, bukankah syarikat anda
bekerja juga melakukan skim MLM atau sistem piramid dan itu mungkin lebih teruk
lagi jika tidak dikawal. Contohnya, jika saya tanyakan berapa orang CEO syarikat
anda? Tentu jawapannya seorang sahaja. Tiada dua. Pengurus pula berapa? Tentu
dijawab 4-5 orang atau lebih, pekerja bawahan tentulah lebih ramai dari
atasannya. Bukankah begitu?
Dari segi keuntungan pula, berapa keuntungan yg
anda dapat berbanding atasan anda jika syarikat anda mendapat laba RM 10 juta
sebagai contoh. Tentu semua akan menjawab yg di atas tentulah mendapat
keuntungan/gaji/bonus yg lebih tinggi dari org bawahan. Inilah SISTEM PIRAMID
MLM tetapi kenapa dibenarkan? Sebab ia adalah betul dan dibenarkan oleh syrak
dengan syarat-syarat tertentu. Hendak tahu syarat-syaratnya, sila bertemu para
ulama dan belajarlah 4-5 tahun lagi untuk memahaminya secara mendalam.
Yang penting, jangan menampakkan Islam sebagai
agama RIGID dan akhirnya umat Islam sendiri kurang produktif dari sudut ekonomi
dan kekal miskin selama-lamanya.
Anda juga boleh merujuk kepada http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html.
Alhamdulillah. Terima kasih kerana membantu perjelaskan isu MLM Shaklee dan kaitannya dengan halal dan haram. Kalau ada kelapangan, jemputlah melawat blog saya yang tidak seberapa - kindhearty.blogspot.com. Tq :)
ReplyDelete