Social Icons

04 June 2012

Penawar Diabetes

DIABETES - VIVIX
DIABETES – PEMBUNUH SENYAP #1 DI MALAYSIA

Lebih 1.5 juta penghidap kencing manis / diabetes mellitus di Malaysia. Statistik Kementerian Kesihatan, golongan wanita merupakan penghidap yang tertinggi berbanding lelaki dan ia bertambah setiap tahun.

Apakah Diabetes?

Diabetes ialah sejenis penyakit kronik di mana badan kita tidak dapat menghasilkan atau menggunakan insulin, sejenis hormon yang bertanggungjawab menukar glukose kepada tenaga yang diperlukan oleh badan. Hormon insulin dihasilkan oleh sekumpulan sel yang terdapat di dalam organ pankrease. Diabetes dikategorikan kepada 2 iaitu:


Insulin-dependent (Type 1)

Penyakit auto-immune yang mana badan langsung tidak dapat menghasilkan insulin, selalunya terjadi kepada kanak-kanak dan remaja. Pesakit-pesakit diabetes jenis ini memerlukan suntikan harian insulin untuk terus hidup.


Non-insulin-dependent (Type 2 )

Pesakit-pesakit diabetes jenis ini masih boleh menghasilkan insulin sendiri tapi tidak mencukupi sepertimana yang dihasilkan oleh seorang yang sihat, ataupun mencukupi tapi badan tidak dapat menggunakan insulin tersebut. Majoriti pesakit diabetes tergolong dalam kategori ini. Di Malaysia 98% daripada 1.5 juta pesakit diabetes adalah Type 2.


Apakah symptom-symptom diabetes?

Pesakit-pesakit mungkin mengalami sebahagian atau semua symptom dibawah atau tiada langsung.

Kerap kencing, Selalu dahaga, Mudah lapar, Mudah keletihan, Penurunan berat badan mendadak, Penglihatan kabur, Luka yang lambat sembuh, Rasa kebas-kebas di tangan dan kaki serta Mudah mendapat jangkitan.



PENAWAR DIABETES – VIVIX

Dengan bahan semulajadi , kehebatan Resveratrol….. penawar kepada masalah kesihatan anda….
Anda mesti cuba hari ini juga…Hubungi saya segera…


Selamat beramal, meraih fadhilat Rejab dengan sebaiknya.
Salam sayang dari saya!


PreciousInsyirah | Shaklee Independent Distributor (Shaklee ID-858240) | 012-6874142 | ummiamir81@gmail.com | Precious Insyirah Wardrobe's  |

Kredit dari :Shaklee VIVIX

Tips Pantas Untuk Penyusuan Badan Yang Berjaya



Masa saya sekarang ini memang perlu di isi dengan pantas, perlu menaip dengan laju untuk memaksimumkan penggunaan masa. Jom saya kongsikan Tips Pantas utk Penyusuan Badan yang Berjaya.

BERSABAR
Sekiranya ini adalah anak yang pertama, menyusu badan mungkin tidak semudah atau seselesa yang anda jangka. Bersabarlah dan teruskan untuk beberapa minggu. Ia akan menjadi lebih mudah apabila anda dan bayi anda sudah dapat menyesuaikan diri dengan satu sama lain.
TERATUR
Bayi anda belajar dan mengamalkan teknik penyusuan badan yang betul melalui pengalaman penyusuannya. Ini bermakna bahawa adalah sangat penting untuk anda meletakkan bayi dipayudara setiap kali menyusunya. Apabila kedua2 payudara dan botol diberikan pada masa yang sama, bayi akan keliru dan mungkin menolak payudara. Perkara terbaik adalah untuk mengelak dari menggunakan puting selama sekurang-kurangnya beberapa minggu pertama.
KEYAKINAN
Yakinlah yang bayi anda mendapat susu yang mencukupi dari penyusuan  badan. Ramai ibu baru bimbang bahawa bayi mereka tidak mendapat khasiat yang mencukupi dari susu ibu. Jadi pemakanan yang sihat dan seimbang adalah sangat penting untuk memastikan bayi mendapat cukup nutrien.
JANGAN TAKUT UNTUK MENDAPATKAN BANTUAN
Kadang-kadang anda mungkin memerlukan bantuan khusus mengenai penyusuan badan, seperti memahami pelbagai kaeda penyusuan badan. Adalah penting untuk meminta pertolongan dari kaunselor terlatih, atau mendapat sokongan dan nasihat dari ibu-ibu berpengalaman yang lain.

Kredit dari Iffah Anuar
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Moga tips yang saya kongsikan ini dapat membantu ibu-ibu untuk menjayakan Penyusuan Badan. Sekiranya ibu-ibu ingin mendapatkan supplement Shaklee untuk menyokong kesihatan dan penyusuan badan, Ibu-ibu bolehlah berhubung terus dengan saya untuk khidmat nasihat PERCUMA dan membuat pesanan di ummiamir81@gmail.com atau di talian 012-6874142


Selamat beramal, meraih fadhilat Rejab dengan sebaiknya.
Salam sayang dari saya!

PreciousInsyirah | Shaklee Independent Distributor (Shaklee ID-858240) | 012-6874142 | ummiamir81@gmail.com | Precious Insyirah Wardrobe's  |

Testimoni Shaklee

Testimoni (47)
 

Shaklee Different

Shaklee Different

Ziarah Blogku